DEMI MASA |
|
|
KUSZA Hanya Tinggal Nama................ |
Tuesday, May 23, 2006 |
Dalam keadaan hampir semua negeri termasuk Perlis bahkan MIC dan MCA mahukan institusi pengajian mereka sendiri........tetapi Kerajaan negeri Terengganu secara drastik mengambil tindakan membubarkan KUSZA dan menyerahkan KUASA sepenuhnya institusi ini kepada KERAJAAN PUSAT di bawah penubuhan Universiti Darul Iman, Terengganu.
Sebagai anak watan negeri Terengganu, terasa hancur luluh hati ini apabila mendapat tahu pihak kerajaan negeri telah sebulat suara meluluskan enakmen memansuhkan KUSZA iaitu satu-satunya institusi kebanggaan negeri Terengganu sebelum ini . Kini, KUSZA hanya pada nama, tetapi lambang dan identitinya telah lenyap... Rakyat Terengganu telah kehilangan institusi pendidikan mereka sendiri..WAJARKAH ini terjadi??? Mengapa tidak KUSZA dikekalkan dan DINAIK TARAFKAN ? Adakah kerajaan negeri sengaja mahu melepaskan tangan kerana tidak mahu menampung dan membiayai kos 80 juta setahun terhadap KUSZA?..Agaknya inilah antara kejayaan Kerajaan Pimpinan Islam Hadhari...........
Sekiranya Kerajaan Pusat benar-benar memahami tanggungjawab mereka dalam aspek pendidikan, mereka seharusnya telus untuk membela nasib rakyat dalam menangani masalah pendidikan anak bangsa. Tetapi sebaliknya pendidikan dijadikan ISU POLITIK. Kerajaan menjanjikan penubuhan universiti baru sekiranya mereka menang dalam pilihanraya lalu. Begitu juga janji Kerajaan pada negeri Sarawak dan Kelantan..........sedangkan tanggungjawab itu sememangnya sudah termaktub dalam perlembagaan yang mana wajib dan seharusnya ditunaikan oleh kerajaan pusat.
Jika benar - benar kerajaan pusat ikhlas, MENGAPA PERLU KUSZA DI AMBIL......MENGAPA TIDAK MENUBUHKAN UNIVERSITI BARU SAHAJA??
Adakah dengan sewenangnya kita mahu melupakan jasa pimpinan-pimpinan terdahulu yang berusaha bertungkus lumus menubuhkan KUSZA? Seawal penubuhannya pada Jun 1980, pimpinan UMNO telah berusaha mencari jalan keluar untuk meningkatkan taraf penuntut anak-anak orang Terengganu dan dengan sepakat berwawasan menubuhkan KUSZA. Walaupun pada ketika itu pendapatan kerajaan negeri hanyalah menerusi tambahan hasil dari royalty petroleum iaitu tidak lebih dari 230 juta setahun. Namun hari ini, menerusi bajet belanjawan 2006, di mana kerajaan negeri telah memperolehi peruntukan sebanyak 1.7 Billion setahun, adakah KUSZA yang hanya memerlukan kos 80 juta setahun itu tidak dapat kerajaan negeri biayai dan tanggung demi kemudahan pada anak-anak Terengganu yang masih lagi memerlukan institusi ini?
Adakah KUSZA gagal dalam menjalankan atau memenuhi aspirasi rakyat Terengganu??
Sepanjang penubuhannya, KUSZA yang merupakan institusi pendidikan berteraskan Islam ini telah berjaya melahirkan ramai golongan elit menerusi 23 program yang telah ditawarkan dalam bidang pengajian Agama dan Technological Study. Penuntut-penuntut ini bukan sahaja diiktiraf, bahkan berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah dan barat juga di Institut-Institut Pengajian lain di seluruh Negara. Dengan prestasi Kemajuan dan Pertumbuhan ini, KUSZA benar-benar memiliki potensi untuk menjurus ke arah usaha menaik tarafkan pusat pengajian ini sebagai Universiti. Justeru, mengapakah KUSZA yang tidak ada cacat celanya ini dibubarkan dan dimansuhkan segala visi dan misinya? Walaupun UDI ada..dan KUSZA dijadikan sebahagian dari pusat pengajian UDI, tetapi kuasa telah berada di bawah kawalan kerajaan Pusat..
Kami selaku rakyat Terengganu telah banyak kali mengalami kekecewaan apabila telah banyak kali membuat perjanjian dengan kerajaan pusat :- 1) Perjanjian Royalti Petroleum (sehingga kini masih lagi menjadi kes mahkamah) 2) Perjanjian Pegawai Tadbir Agama (PTD) 3) Perjanjian MRSMYT (campurtangan kerajaan pusat menyebabkan MRSMYT ditutup dan dijadikan isu politik) 4) Pembinaan Jambatan Sultan Mahmud ( Kerajaan Negeri terpaksa menampung kos pembinaannya sedangkan sepatutnya di bawah tanggungan Kerajaan Pusat)
APAKAH TIDAK CUKUP LAGIKAH PENGAJARAN UNTUK KITA JADIKAN PENGIKTIBARAN?? : Apabila melepaskan sesuatu yang menjadi milik kita, akhirnya menjadi diluar kekuasaan dan tidak ada lagi kawalan, hanya sekadar melihat dengan putih mata...........
Tun Mahathir sendiri dalam pemerhatiannya terhadap nasib Negara yang ''mudah menggadaikan hak milik sendiri''pernah bersuara ''We made a mistake of giving Singapore to British (Lee Kuan Yew), We want to give some more?''
Pimpinan kerajaan negeri seharusnya memandang secara objektif terhadap justifikasi isu ini. Dalam keadaan lebih 500 pusat pengajian yang terdapat di seluruh Negara, Terengganu masih lagi jauh ketinggalan.........dengan ranking Negara kedua paling miskin....dan masih tidak ada universiti yang diberi oleh pusat . Sedangkan kerajaan negeri sepatutnya perlu berusaha untuk berjuang mengekalkan dan menaik tarafkan KUSZA dan mampu memperoleh 2 universiti. Namun kini tiada apa lagi yang boleh diharapkan.....kerana KUSZA telah diMANSUHKAN....kedalam suatu Institusi (UDI) yang dianggarkan akan kita nikmati tetapi Kuasa TIDAK ADA LAGI........
|
posted by jasindaily online @ 9:45 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|