Penangguhan pemilihan dalam parti Umno, yang dijadualkan tahun depan kepada selepas pilihan raya umum akan datang, menandakan Pilihan Raya Umum ke-12 sudah hampir dan besar kemungkinan akan diadakan antara 10 hingga 18 bulan akan datang.
Walaupun Umno sudah dua kali menangguhkan pemilihan dalam parti sehingga selepas pilihan raya umum bagi mengelak kempen-kempen yang menikam satu sama lain dalam parti, keputusan majlis tertinggi Umno itu dilihat sebagai kelemahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai Presiden Umno.
Jika pemilihan parti diadakan tahun hadapan, Abdullah dijangka akan dicabar sebagai Presiden Umno walaupun terdapat halangan-halangan dalam cara calon lain dicalonkan bagi jawatan tertinggi itu. Pertandingan akan menjadi lebih sengit daripada pertembungan antara Mahathir-Ghafar lwn Razaleigh-Musa dalam tahun 1987.
Dengan menangguhkan pemilihan dalam parti Umno, Abdullah kini mampu mencantas pemimpin-pemimpin Umno yang menentangnya dalam pemilihan calon PRU 12 nanti, sama ada di parlimen atau DUN. |