Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
BETULKAH PERKIM BERGOLAK SELEPAS DR M JADI PRESIDEN?
Monday, October 02, 2006
PULAU PINANG: Satu kontroversi telah meletus dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) berikutan perlantikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai presiden dan pemecatan beberapa penjawat utama Perkim.

Dipercayai bahawa antara mereka yang dipecat keahliannya adalah setiausaha agung Perkim Mohamed Shaifudin Mohamed Ariff, naib presiden Datuk Noor Mohamad Backer Abu Backer, ketua Wanita Datuk Amar Laila Taib, isteri kepada bekas presiden Perkim Tan Sri Abdul Taib Mahmood, dan pengerusi Negri Sembilan Datuk Siti Rahmah Kassim.

Setengah ahli merasa agak hairan bahawa Dr Mahathir telah mengambil alih sebagai presiden Perkim kerana awal daripada ini dia telah menolak untuk memegang jawatan tersebut selepas mengalahkan presiden Perkim Abdul Taib dalam pemilihan yang diadakan dalam mesyuarat agung tahunan pada Januari.

Difahamkan bahawa Dr Mahathir telah menulis sepucuk surat kepada majlis kebangsaan menyatakan bahawa dia tidak berminat memegang jawatan tersebut kerana hanya menang tipis, dan terdapat ahli-ahli yang tidak menyokongnya.

Anggota-anggota Perkim Pulau Pinang memberitahu bahawa mereka tidak dijemput majlis berbuka puasa yang diadakan oleh Perkim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya baru-baru ini.

Noor Mohamad, yang juga pengerusi Perkim Pulau Pinang, berkata dia tidak akan letak jawatan kerana surat pemecatannya dikeluarkan oleh jawatankuasa disiplin yang tiada kuasa memecat mana-mana anggota.

"Menurut perlembagaan, pemecatan keahlian hanya boleh ditentukan oleh jawatankuasa majlis kebangsaan.

"Oleh itu, setakat yang tahu saya masih pengerusi negeri," katanya, memberitahu bahawa dia menerima surat pemecatan pada 12 Jun.

Sementera itu di Kula Lumpur, penjawat Perkim menafikan sebarang kenyataan bahawa berlaku pergolakan dalaman pertubuhan tersebut.

Bendahari Kehormatnya, Lt. Kol. (B) Abdul Karim Abdul Hamid turut menegaskan bahawa dakwaan yang kononnya Puan Sri Laila Taib dipecat sebagai Ketua Wanita Perkim juga tidak benar.

"Beliau (Laila) masih kekal sebagai ahli Perkim yang memegang jawatan Pengerusi Perkim bahagian Sarawak merangkap Ketua Wanita Perkim Kebangsaan.

"Sementara Datuk Sri Rahmah Kassim juga masih kekal sebagai ahli Perkim yang memegang jawatan sebagai Pengerusi Perkim bahagian Negeri Sembilan," katanya dalam satu kenyataannya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Perkim, Datuk Noor Mohamad Backer Abu Backer, yang menyebut Perkim bergolak berikutan pemecatan keahlian beramai-ramai pemimpin kanannya atas alasan melanggar disiplin pertubuhan berkuatkuasa 26 September lalu.
posted by jasindaily online @ 6:37 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com