Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Tiada perbincangan, terus tampal notis
Thursday, May 04, 2006
ALOR GAJAH: Sebahagian 400 penduduk Kampung Sungai Jerneh, Brisu, dekat sini, membantah cadangan kerajaan negeri membina Empangan Sungai Jerneh, sebagai takungan air mentah yang akan menenggelamkan 183 lot tanah di kampung mereka.

Kebanyakan penduduk mendakwa tiada wakil penduduk atau pihak berkuasa tampil membincangkan pelaksanaan projek di kawasan tanah pusaka tinggalan nenek moyang mereka yang diwarisi secara turun temurun.Turut terbabit, tanah pertanian termasuk kebun dan ladang getah yang menjadi sumber pendapatan penduduk di situ selain Felcra Ramuan Cina serta 'rumah tua' atau Rumah Naning Lama yang menjadi tempat persinggahan Datuk Dol Said iaitu pahlawan Melayu dalam Perang Naning 1832.
Penduduk hanya mengetahui kira-kira 100 hektar tanah mereka terbabit projek bernilai hampir RM100 juta melalui peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), melalui laporan akhbar dan televisyen. Malah, notis daripada Pejabat Tanah dan Galian negeri bertarikh 23 Februari 2006, memaklumkan kemungkinan tanah mereka akan diambil berhubung pelaksanaan cadangan itu, hanya ditampal di balai raya dan Masjid Kampung Sungai Jerneh pada bulan lalu.
Manakala, pada 17 April sehingga 19 April lalu, Perbadanan Air Melaka (PAM) mengeluarkan notis memaklumkan pelaksanaan kajian terma rujukan (TOR) cadangan projek dan meminta mengemukakan ulasan berhubung perkara itu kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya sebelum 8 Mei ini.Tinjauan Harian Metro mendapati, kebanyakan mereka yang ditemui, mengakui belum menerima sebarang surat mengenai pengambilan tanah mereka, projek pembinaan atau pampasan yang akan diterima, selain perancangan pembangunan dan perpindahan penduduk berhubung perkara itu.
Penduduk, Rosli Abdul Muis, 30, berkata surat bantahan mengenai pelaksanaan cadangan terbabit bertarikh 27 April 2006 sudah dihantar terhadap JAS negeri, Balai Polis Lubok China, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Idderis Kassim.Turut dilampirkan, 117 tandatangan penduduk yang dikumpulkan sejak 18 April lalu sebagai bantahan terbabit.Beliau berkata, surat bantahan terhadap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan dihantar dalam minggu ini.
''Macam mana kami hendak setuju (pelaksanaan projek)? Tiada perjumpaan langsung dengan penduduk. Penduduk kampung tidak tahu apa-apa.''Hanya notis ditampal pada balai raya dan masjid. Apabila kita tanya Adun, dia jawab 'kamu duduk diam-diam, biar saya yang buat kerja','' katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Rosli berkata, JAS sudah melihat kawasan kampung pada 21 April lalu manakala Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berbuat demikian pada 24 April lalu, namun, wakil kedua-dua agensi terbabit tidak memaklumkan apa-apa kepada penduduk kampung.Saudah Muhammad, 66, mempertikaikan tindakan pihak terbabit yang dianggap menceroboh kawasan penempatan dan tanah penduduk.
''Cara ini tidak betul, tiada perjumpaan sama ada di kalangan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau pejabat tanah. Orang kampung tidak tahu, kita cuma sedar bila sudah heboh dalam surat khabar.
''Hanya dalam perjumpaan hari raya lalu, Adun memberitahu hendak membina empangan air tetapi tiada pula mesyuarat diadakan,'' katanya.Dr Rosnah Ismail, 32, berkata penduduk tidak menentang pembangunan, tetapi mereka juga berhak dimaklumkan mengenai perancangan yang dibuat kerana membabitkan pengambilan tanah berpuluh ekar warisan nenek moyoang.
''Ini sentimen Melayu, kita sudah tidak ada tanah lain. Tanah pusaka seperti ini susah dicari ganti, kecualilah kerajaan ada perancangan lain (mengganti tanah pusaka),'' katanya.
posted by jasindaily online @ 3:42 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com