DEMI MASA |
|
|
Tahlil untuk Umno |
Monday, May 08, 2006 |
Umno akan mengadakan satu majlis tahlil dan seluruh pemuda Umno telah digesa agar mengibarkan bendera bagi menandakan ulangtahun ke 60 parti tersebut pada 11 Mei, demikian menurut laporan dalam salah sebuah akhbar utama negara. Berita sebenar sepatutnya berbunyi, " Umno akan mengadakan satu majlis tahlil dan seluruh pemuda telah digesa agar mengibarkan bendera separuh tiang bagi mengingati tarikh kematian Umno tahun 1988.
Timbalan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata bahawa pergerakan pemuda Umno akan menganjurkan kempen menggalakkan anggotanya mengibarkan bendera sehingga 18 Mei. "Kempen ini merupakan simbol kepada penyatuan dan kecintaan kami terhadap Umno, bagi generasi muda, ia merupakan simbol penghargaan kami kepada perjuangan yang tiada penhujung bagi parti terhadap agama, bangsa dan negara,: katanya semasa melancarkan kempen di Pusat Dagangan Dunia Putra minggu lalu.
Pertamanya, Umno bukan berumur 60 tahun. Umno yang didaftarkan pada 11 Mei 1946 telah terkubur sebelum sempat menyambut hari kelahiran ke 42nya. Umno yang ada kini adalah Umno Baru yang dilahirkan selepas Umno diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 dan usianya kini hanyalah 18 tahun. Mungkin dari segi panggilannya masih sama tetapi ia tetap Umno Baru dari generasi kedua. Keduanya, Umno yang baru berusia 18 tahun, sepatutnya meraikan hari lahirnya pada pada 18 Februari, tiga bulan yang lalu dan bukannya pada 11 Mei. Majlis yang sepatutnya diadakan pada 11 Mei adalah majlis tahlil bagi mengingati tarikh kematian Umno asal.
Kita harus ingat bahawa mereka yang berjuang untuk Umno asal, seperti beberapa orang veteran termasuk mereka yang telah menjadi Perdana Menteri negara ini, enggan menyertai Umno Baru dan pada hakikatnya kesemua mereka mati tanpa seorangpun menyertai Umno Baru. Bari mereka ini, mereka tidak menganggap sebagai menyertai Umno tetapi menganggapnya sebagai menyertai parti baru. Mereka ini, seperti bapa kepada Ketua Pemuda Umno Baru, Hisamuddin dan Bapa Merdeka telah menghindari Umno Baru dan menganggapnya sebagai salinan murahan atau cetak rompak kepada Umno yang asal
Kita harus ingat bahawa para veteran Umno, yang termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam dan Tunku Abdul Rahman telah berusaha untuk mendaftarkan kembali Umno dengan menamakannya sebagai Umno Malaysia sebaik sahaja mahkamah mengharamkan Umno asal. Permohonan mereka telah ditolak oleh Pendaftar Pertubuhan dengan alasan bahawa nama Umno telah diambil. Seminggu selepas permohonan Umno Malaysia ditolak, Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pendaftaran Umno Baru dan bukan sebelumnya. Oleh itu penolakan pendaftaran Umno Malaysia adalah satu penipuan. Permohonan Umno Baru dihantar kemudian, iaitu selepas pendaftaran Umno Malaysia ditolak.
Salah satu fakta penting yang perlu disentuh disini ialah, Umno Baru terpaksa menyerahkan permohonan untuk menyertai Barisan Nasional. Mesyuarat Barisan Nasional yang diadakan dalam bulan Februari 1988 di PWTC bagi membincangkan permohonan Umno Baru telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang berbangsa Cina yang pertama yang merupakan presiden MCA. Barisan Nasional telah membincangkan permohonan pernyertaan parti baru ke dalam Barisan Nasional. Oleh itu, Umno Baru adalah sebuah parti baru dan tidak sama dengan parti Umno asal.
Seterusnya, Khairy bercakap mengenai perjuangan Umno untuk Agama, Bangsa dan Negara. Sejak bila perjuangan Umno diubah, kerana apa yang terdapat dalam perlembagaan Umno Baru perjuangan mereka adalah untuk Bangsa, Agaa dan Negara. Sejak bilakah perlembagaan Umno diubah di mana agama menjadi objektif pertama perjuangan mereka dan diikuti oleh bangsa dan negara?
Mungkin anda akan berkata ia hanyalah perkara kecil sahaja. Tidak! Amat jelas perjuangan parti Umno Baru meletakkan bangsa sebagai prioriti pertama mereka. Umno Baru tidak pernah mengubahnya, bagaimana Khairy boleh mengubahnya? Sebenarnya Khairy cuba mengalahkan PAS dengan memberi gambaran bahawa objektif pertama Umno Baru adalah agama. Tidak! Sebaliknya objektif pertama Umno adalah Ketuanan Melayu ala Apartheid.
Artikel 3 Perlembagaan Umno tertulis: FASAL 3: ASAS DAN TUJUANUMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara
Seterusnya mereka memberitahu anda bahawa Umno berjuang untuk kemerdekaan. Itu tidak betul. Dalam kesemua perjumpaan diantara pemimpin Umno tahun 1940 dan 1950 dengan pihak British, mereka tidak pernah mengemukakan isu kemerdekaan. Hatta semasa mereka membantah penubuhan Malayan Union dalam tahun 1946, mereka tidak pernah mengemukakan isu kemerdekaan. Yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan telah ditangkap oleh pihak British dan dipenjarakan. Ada yang digantung diatas tuduhan menderhaka. Ada yang didapati hilang dan kemudiannya ditemui mati terbunuh. Sehingga pihak British merasakan memegang Malaysia sebagai koloni amat mahal harganya dan menghadapi bahaya kemungkinan jatuh ke tangan komunis, lalu mereka memberikan kemerdekaan kepada Malaysia. Selepas pihak British membuat keputusan untuk memerdekakan Malaysia barulah pemimpin Umno bercakap mengenainya. |
posted by jasindaily online @ 5:43 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|