Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
SHAHRIR SALAHKAN RAMLI
Sunday, May 07, 2006
JOHOR BAHRU 7 Mei - Datuk Shahrir Samad menyalahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib sehingga beliau dan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak sepakat berhubung usul membawa seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Menurut beliau, percanggahan pendapat di antara beliau dan Ahli-ahli Parlimen BN lain berhubung usul yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang itu mungkin tidak berlaku jika Yang Dipertua memaklumkan perkara tersebut lebih awal kepada beliau atau wakil Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC).

Shahrir berkata, ekoran itu, beliau tidak membuat sebarang persiapan dan apabila usul tersebut dikemukakan di dalam dewan, pandangan beliau dan ahli BBC tidak sepakat.

''Sepatutnya, mengikut amalan apabila ada usul hendak disampaikan (oleh pembangkang), Yang Dipertua sepatutnya memberitahu kepada wakil BBC supaya wakil BBC boleh mengambil sikap.

''Jadi saya pelik mengapa Yang Dipertua tak memberitahu saya kerana saya ada pada pagi itu. Saya hanya tahu ada usul apabila saya masuk dan duduk dalam dewan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Malam Demonstrasi Silat Seni Gayong Pasak di Dewan Raya Taman Perbadanan Islam di sini, malam tadi.

Kecewa

Khamis lalu, Shahrir meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi BBC secara mengejut kerana kecewa dengan sebahagian besar Ahli Parlimen BN yang tidak menyokong usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Usul tersebut telah dikemukakan oleh Kit Siang dalam Dewan Rakyat pada hari tersebut dan Shahrir telah bangkit menyokong usul tersebut sedangkan majoriti Ahli Parlimen BN yang juga ahli BBC menolak usul tersebut.
''Kalau kita diberitahu awal-awal, kita akan mengadakan perbincangan sama ada hendak menyokong atau menolak cadangan tersebut,'' katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, bagaimanapun berkata, jika usul tersebut dimaklumkan terlebih awal, beliau akan meminta ahli-ahli BBC supaya menyokong usul tersebut.

Sementara itu, beliau turut menyelar kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Nazri Aziz yang mahu polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat kes itu dan bukannya Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.

Beliau berkata, kenyataan menteri itu sebenarnya dianggap menghina Ahli Parlimen kerana mempersoalkan kebolehan dan kemampuan BBC untuk menyiasat secara telus dan bertanggungjawab berhubung kes tersebut.

''Jika disiasat oleh pihak berkuasa sudah tentu akan menjurus kepada jenayah sedangkan jawatankuasa dapat menentukan perkara itu dengan lebih tepat selepas memanggil semua pihak memberi keterangan termasuk pihak Kastam dan media yang membuat laporan tersebut,'' katanya.
posted by jasindaily online @ 5:40 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com