Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Shahrir kecewa, letak jawatan Pengerusi BBC
Thursday, May 04, 2006
KUALA LUMPUR 4 Mei - Datuk Shahrir Samad (kiri) hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC).

Beliau mengambil tindakan drastik itu kerana kecewa dengan sebilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak menyokong usul untuk membawa satu laporan dalam sebuah akhbar mengenai dakwaan salah laku seorang Ahli Parlimen ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Shahrir menegaskan keputusan yang diambilnya itu muktamad walaupun BBC yang mengadakan mesyuarat tergemparnya petang ini sebulat suara merayunya supaya ia ditarik balik.

Sambil menjelaskan integriti perlu dilaksanakan terlebih dahulu di Parlimen, beliau mengambil keputusan meletak jawatan kira-kira 15 minit selepas Ahli Parlimen BN menolak usul Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang di Dewan Rakyat hari ini.

Kata Shahrir, keputusan yang diambilnya itu berasaskan prinsip bahawa pandangan beliau tidak lagi mendapat sokongan anggota BBC.

''Ia bukan soal kecewa atau tidak, tetapi melibatkan soal prinsip. Kita kena pimpin secara prinsip.

''Jika rakan-rakan lain tidak memberikan persetujuan dengan prinsip kepimpinan, saya kena tarik diri (letak jawatan),'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sidang Dewan Rakyat yang bermula dengan sesi soal jawab pada pukul 10.15 pagi itu dicelahi oleh Kit Siang yang membawa usul tersebut untuk dibahaskan kerana ia membabitkan tindakan seorang Ahli Parlimen yang disifatkannya melakukan kesalahan dengan menggunakan kuasa untuk menghalang pegawai kastam menjalankan tugas.

Laporan akhbar itu memetik kenyataan sumber yang mendakwa Ahli Parlimen terbabit meminta KDRM memberi pertimbangan dalam `menyelesaikan' kes rampasan kayu bergergaji di Sungai Linggi, Melaka baru-baru ini.

Kit Siang kemudian mencadangkan supaya perkara itu dibahaskan.

Bagaimanapun, usul itu dibantah oleh Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) dengan alasan kesahihan laporan akhbar itu belum dapat dipastikan.

Menurutnya, jika benar Ahli Parlimen tersebut bertindak sedemikian, KDRM harus melaporkannya kepada Kementerian Kewangan.

Shahrir kemudian berdiri dan menyatakan sokongannya supaya usul berkenaan dibahaskan dengan menyatakan Ahli Parlimen, wartawan yang menulis laporan itu, pegawai KDRM dan pihak lain yang terbabit dalam kes itu dipanggil untuk disoal siasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib kemudian meminta semua Ahli Parlimen mengundi usul berkenaan dan disokong oleh semua anggota Dewan daripada pembangkang dengan berteriak setuju tetapi nada kebanyakan Ahli Parlimen BN sebaliknya, dengan menegaskan tidak setuju.

Oleh kerana suara tidak bersetuju melebihi suara bersetuju, Ramli memutuskan usul berkenaan tidak perlu dibahas.

Shahrir kemudian bergegas keluar dari Dewan Rakyat dengan perasaan kecewa.

Ketika ditemui pemberita semasa bersarapan, beliau melahirkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku dan menganggap keengganan anggota BN menyokong usul berkenaan dibahas bertentangan dengan prinsipnya.

''Setelah memikirkan semasak-masaknya, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Pengerusi BBC dan ia adalah keputusan terhormat yang perlu saya lakukan.

''Saya dipilih dan tidak meminta jawatan. Saya boleh letak jawatan apabila rasa tak mampu untuk memimpin,'' katanya.

Menurut Shahrir yang telah dua tahun memimpin BBC, buat masa ini beliau tidak mempunyai masa untuk menulis surat kepada Ketua Whip yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Kata beliau: ''insya-Allah saya akan mengadakan pertemuan dengan Najib dalam masa terdekat mengenai isu peletakan jawatan ini.''
posted by jasindaily online @ 5:50 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com