Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Minyak ditemui di kawasan daratan Kelantan
Thursday, May 04, 2006
KOTA BHARU, 4 Mei (Hrkh) - Minyak dipercayai terdapat di kawasan daratan di Kelantan. Benarkah demikian? Kalau benar ia adalah suatu bonus yang tidak diduga sesiapa pun. Rakyat negeri ini tentunya bakal menikmati manfaatnya.

Menjelas perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, terdapat laporan yang mengatakan terdapat minyak di kawasan daratan di negeri ini.

''Oleh itu bagi memastikan kedudukan sebenar, kerajaan negeri telah mengambil ketetapan untuk melantik perunding luar bagi mengkaji sumber minyak yang terdapat di perut bumi negeri ini terutamanya di Tumpat dan Bachok.

''Berdasar kepada laporan awal, kawasan daratan dua jajahan tersebut dikenalpasti mempunyai rezab minyak. Kita berharap dengan kajian yang bakal dibuat ia boleh membantu bagi menambahkan lagi simpanan minyak negara.

''Ini juga sekali gus dapat menjana ekonomi negeri ini pada masa akan datang,'' ujarnya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darulnaim petang semalam.

Sebelum ini perairan Kelantan ditemui simpanan gas yang mencapai jumlah trilion padu. Ekoran itu, kerajaan negeri mengadakan perjanjian persefahaman bagi mewujudkan projek petrokimia di Bachok dengan Koperasi Usaha Bersatu (KUB) pada 1997.

Malangnya projek itu tidak menjadi realiti apabila gas yang terdapat di kawasan tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand sebelum disalurkan melalui paip ke Gurun, Kedah.

Sedangkan kerajaan negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan sudah mewujudkan projek hiliran iaitu kilang membotolkan gas dan kilang membuat balang gas di Pantai Senok, Bachok yang masih beroperasi sehingga sekarang. Gasnya diimport dari selatan Thailand.

Husam menolak kemungkinan harga tanah di kawasan berkenaan akan melonjak naik berikutan penemuan minyak, memandangkan bahan api yang bakal dicarigali akan disalurkan ke kawasan pantai tanpa mengambil balik tanah rakyat.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata kos operasi bekalan air yang dikendalikan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain.

Katanya, kos pengurusan air di Kelantan adalah kedua terendah di negara ini selepas Pulau Pinang.

''Ini menyebabkan tarif air dikenakan kedua terendah di Malaysia. Saya mengucap tahniah kepada AKSB kerana telah berjaya mengurus air dengan baik'' ujarnya.
Menurutnya juga, kerja-kerja meningkatkan prasarana bekalan di Kelantan dibuat secara tender terbuka dan tidak dilakukan melalui syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.

Katanya, kerajaan negeri sebelum ini mendapat pinjaman mudah daripada kerajaan Pusat sebanyak RM313.8 juta bagi meningkatkan prasarana bekalan air. Hutang pinjaman itu dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.

Selain Kelantan, negeri lain yang mendapat pinjaman serupa iaitu Kedah sebanyak RM1.18 bilion, Negeri Sembilan (RM1.07 bilion), Pahang (RM959.8 juta) dan Selangor RM771.6 juta.

Bagaimanapun kata Husam, negeri-negeri lain termasuk Terengganu tidak dikenakan caj terhadap jumlah hutang yang dipinjam. Oleh itu kata beliau, Kelantan juga meminta kepada kerajaan Pusat supaya dikecualikan daripada dikenakan caj serupa.

Manakala bagi Rancangan Malaysia Ke Sembilan, kerajaan Pusat meluluskan sejumlah RM200 juta kepada Kelantan bagi projek pemulihan saluran air paip.
''Kita amat berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Pusat di atas kerjasama tersebut,'' ujar Husam.
posted by jasindaily online @ 4:05 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com