Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Presiden PAS Harap Shahrir Tidak Dikenakan Tindakan Disiplin
Saturday, May 06, 2006
KUALA LUMPUR, 6 Mei : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap anggota Parlimen Johor Bahru Datuk Shahrir Abdul Samad tidak akan dikenakan tindakan disiplin kerana menyokong satu usul pembangkang di Dewan Rakyat.Beliau berkata tindakan Shahrir adalah berlandaskan prinsipnya sendiri.
Abdul Hadi juga menganggap adalah hak Shahrir dalam sebuah negara demokrasi untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) berikutan majoriti anggota Parlimen Barisan Nasional tidak bersama beliau menyokong usul pembangkang.
"Dalam negara demokrasi perkara itu biasa. Cuma saya mengharapkan beliau memainkan peranan yang aktif dalam mereformasikan Parlimen Malaysia supaya menjadi pihak kerajaan yang boleh mengkritik kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Wacana Kebangsaan 2006 anjuran Lajnah (Biro) Buruh dan Peneroka Bandar PAS Pusat, di Markaz Tarbiyah PAS, Taman Melewar.
Beliau mengulas tindakan Shahrir menyokong usul Ketua Pembangkang Lim Kit Siang untuk membawa seorang anggota parlimen, yang dilaporkan media mencampuri urusan Kastam, ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
Ketua Whip Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan hari Sabtu bahawa beliau telah menerima peletakan jawatan Shahrir sebagai pengerusi BBC berdasarkan pendirian parti yang melarang anggota parlimen BN menyokong usul pembangkang.
Segerakan Akta Gaji Minimum
Semasa berucap merasmikan Wacana Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS menggesa kerajaan segera mengemukakan Akta Gaji Minimum di Dewan Rakyat untuk dijadikan sebagai undang-undang yang perlu dilaksanakan.
Turut hadir ialah, Naib Presiden PAS, Haji Muhammad Sabu, Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohammud; aktivis Anuar Tahir, S.Aruttchelvan, Saari Sungip, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Ustaz Riduan Mohd Noor dan lebih 200 peserta seminar.Seminar yang membincangkan soal pekerja dan isu-isu pekerja ini dibuat bersempen sambutan hari pekerja yang disambut 1 Mei lalu.
"PAS tidak teragak-agak menyokong dengan syarat angka gaji minimum yang diputuskan kelak bersesuaian dengan kos sara hidup yang kian meningkat," tegasnya.
Pihak pemerintah wajib mengambil perhatian terhadap tekanan dan kesengsaraan yang dialami setiap pekerja dalam mencari nafkah hidup lebih-lebih lagi selepas kenaikan harga minyak dan pengswastaan pelbagai perkhidmatan dan bekalan asas, katanya.
Berikutan kesengsaraan itu, golongan pekerja hari ini terpaksa meanjalankan dua atau tiga kerja dalam sehari bagi menampung kos kehidupan yang menghimpit, katanya.
Malangnya, kesengsaraan ini tidak pernah diambil perhatian oleh kerajaan yang hari ini terus mengumpul kekayaan bagi diagihkan kepada kumpulan kroni serta sanak saudara pemimpin negara, katanya."Rakyat berjaya disenyapkan oleh kerajaan dengan pelbagai akta yang menghimpit dan media yang dibisukan,"katanya.
Justeru beliau menggesa kerajaan segera memikirkan soal gaji minimum yang perlu diimplimentasikan dalam kadar segara supaya nasib golongan pekerja terbela diketika mereka terhimpit hari ini, katanya.
Selain itu beliau juga menyeru kestuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan terus memainkan peranan mereka untuk memperjuang nasib dan hak pekerja, katanya.Meskipun kesedaran rakyat terhadap isu pekerja dan penindasan pekerja masih kurang, tetapi ianya perlu dimobilisasikan untuk kebangkitan rakyat, katanya.
enyokong pendapat itu Mohammad Sabu dalam ucapannya turut mahu semua kesatuan sekerja bangkit lebih berani untuk memperjuang hak mereka.
Baginya, kebangkitan perlu supaya kesengsaraan golongan pekerja hari ini yang ditindas dengan pelbagai akta, kezaliman majikan dan sikap tidak endah kerajaan akan menjadi agenda kebangkitan rakyat, katanya.
Sementara itu Presiden MTUC, Syed Shahir turut menyokong kenyataan Abdul Hadi supaya kerajaan segera memastikan akta gaji minimum digubal seterusnya dijalankan, katanya.Sehingga hari ini, masih ada sektor pekerjaan yang upahnya hanya sekitar RM400 hingga RM600 sebulan.
posted by jasindaily online @ 9:44 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com