1. Membatalkan pembinaan jalan keretapi berkembar.
1 (a) Membebaskan DSAI dan menggunakan beliau untuk menghentam TDM. Ini kerja sial Dato Seri yang terbesar.
2. Membayangkan Tun berhutang banyak semasa menjadi PM.
3. Menyokong pemecatan Tan Sri Tunku Mahaleel walaupun Proton membuat keuntungan.
4. Menggalakkan perang mulut antara Dato Seri Rafidah dan Tun Mahathir dalam isu AP dan memalukan TDM apabila mengekalkan Dato Seri Rafidah dalam barisan Kabinet.
5. Tidak ambil peduli isu penjualan MV Augusta.
6. Menyokong dan mendoakan kereta pembuatan Korea (Naza) dan dalam masa yang sama tidak membantu Proton.
7. Menjadikan Dato Shahrir Samad yang ada dendam peribadi kepada TDM sebagai backbenchers Chairman.
8. Menyindir TDM dengan menyatakan kerajaan pimpinan Dato Seri kini terbuka dan lebih telus tetapi sebenarnya lebih mengongkong dan menyembunyikan fakta. (lihat ECM-Libra, direct nego, kekayaan KJ dan anak Dato Seri sendiri.
9. Membenarkan zaman Islam Hadhari dengan promosi kebaya ketat yang dilihat seperti berposing secara telanjang!
10. Tidak menyokong Dato Seri Rais apabila berpakaian ala Nehru di Parlimen.
11. Membenarkan Wawasan 2020 diperlekehkan oleh Sharir Samad
12. Membatalkan pembinaan Jambatan menggantikan Tambak Johor
13. Membayangkan niat Kerajaan menjual pasir/ruang udara
14. Membenarkan Straits Times memutar belit fakta kenyataan TDM.
Setelah semua fakta itu ternyata menyerang secara langsung kepada TDM, maka TDM perlu bersuara, itupun sedikitnya. Menteri menteri Dato Seri dah gelabah. Dato Seri Nazri sindir TDM di Parlimen walaupun tahu TDM bukan lagi ahli Parlimen. Menteri Besar Perak yang lembik dan mempunyai kesetiaan yang palsu seperti Dato Seri juga membentak TDM lebih awal.
Apakah yang Dato Seri lakukan untuk membela TDM? Perjalan Wawasan 2020 bukan seperti ini yang diharapkan. Bagi Dato Seri hanya tahu menyebutnya sahaja tetapi telunjuk lurus kelinking berkait.
Sejak menjadi PM, apakah Dato Seri pernah tanyakan apakah perkara besar yang telah Dato Seri lakukan kepada Malaysia? Jawapannya Dato Seri hanya pandai mengganggu gugat syarat syarat dan terma terma yang telah diasaskan oleh TDM dan memusnahkan harapan beliau. Dato Seri bersikap seperti gunting dalam lipatan. Dendam kesumat Dato Seri hanya Allah yang maha mengetahui. Mungkin selepas ini Dato Seri nak lanyak Mukhriz pulak.
Atau adakah Dato Seri ingat kemenangan besar Dato Seri adalah keyakinan Rakyat kepada Dato Seri. Sebenarnya TIDAK. Dato Seri benasib baik kerana
1. Kembalinya pakar politik PAS kerahmatullah - Allahyarham Ustaz Fazil Noor. Hadi Awang kurang berkesan.
2. DSAI masih berada didalam jail semasa itu
3. Kekuatan MCA/Gerakan yg mendapat sokongan kuat kaum Cina.
4. Rakyat terdorong kerana imej islam Dato Seri sendiri - anak ulamak
Sebenarnya rakyat tak suka dengan Dato Seri sekarang. Menaikkan harga minyak, memotong subsidi rakyat dan membenarkan pelaburan terus dari USA dan Singapura. Dato Seri berani menyatakan ini pasaran bebas. Yang untung ialah orang luar dan bukan majoriti rakyat Malaysia.
Allah SWT telah memberi petanda awal semasa awal Dato Seri memegang tampuk pemerintahan :-
1. Kehilangan jiwa akibat kemalangan jalanraya yang meningkat.
2. Bencana Tsunami
3. Banjir entah berapa kali termasuk di Shah Alam.
4. Penebangan hutan simpan.
5. Penyeludupan disel yang meruncing dll.
6. Kehilangan orang tersayang dalam keluarga Dato Seri
Apapulak tentang Biotech - duit berbilion ringgit dah habis tapi hasilnya tiada. Apapulak RMK - hanya rethorik. Belum tender dah tahu siapa yang akan dapat. Bagi Dato Seri biasalah tu.
Surat terbuka ini adalah siri yang pertama dan semuga disiarkan di RTM,TV3, NTV7, TV9, TV8 juga NST Utusan Malaysia dan The star yang dikuasai oleh Dato Seri. Setelah disiarkan pandai pandai lah Dato Seri menjawabnya kerana permerhatian kami Dato Seri hanya pandai menjawab setelah berbincang dengan menantu sendiri. Bincanglah baik baik dengan dia. Pasal My Team tu serahkan aje kepada Serbegeth Singh kerana Dato Seri pun bukan pandai tengok bola apatah lagi main bola.
Perbetulkan kesetiaan palsu Dato Seri dan letakkan pada tempatnya. Mintalah pandangan dan pendapat TDM bukan kerana Dato Seri rubber stampnya tetapi kerana untuk kebaikan, kemajuan dan kedaulatan negara tercinta ini.
Bersatu Bersetia Berkhidmat
Hidup Melayu