Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Tauladan : Kau Munafik..!!
Saturday, May 06, 2006
Rashid melipat sejadah. Dia baru saja menunaikansolat Asarberimamkan bapa mertuanya, Haji Sarip. Sudah tiga hari dia bercuti dikampung. Esok dia harus memulakan tugas seperti biasa. Setelah bersalaman dengan ibu dan bapa mertua. Rashid dan isterinya, Zakiah meminta diri untukpulang.
Tidak lama kemudian, kereta Wira Aeroback yangdipandu olehRashid meluncur di jalan raya. Perjalanan dijadualkan akan mengambilmasalebih kurang empat jam. Rashid meluruk ke wajah Zakiah, isteri yang dikahwininya dua tahun yang lalu. Mungkin belum rezeki, mereka belum dikurniakan cahaya mata. Rahisd tidak memikirkan sangat soal zuriatkerana perkahwinan mereka masih muda. Lagipun mereka berdua sama-sama bekerja.Cadangnya setelah ekonomi mereka kukuh sedikit, barulah merancang untukmenerima cahaya mata.
Hampir sejam berlau, Rashid membelok memasukilebuhraya.Bahang matahari sudah mengendur. Keremangan petang membuatkan cuaca lebih nyaman. Ketika mengerling ke wajah isterinya, Rashid tersenyum.Zakiah sudah terlena. Rashid menghidupkan radio. Mendengar lagu untuk mengatasiperasaanmengantuk.
Ketika jam menunjukkan pukul 7:30 malam, Zakiah membuka mata. Dilirik wajah suaminya sepintas lalu. Sudah masuk waktu Mahgrib. Kalautidak dingatkan, pasti suaminya tidak akan berhenti untuk menunaikan solat Mahgrib.
"Dah Mahgrib, bang. Berhenti sekejap."
Wajah Rashid kelihatan keruh. Membayangkan perasaan kurangsenang mendengar permintaan isterinya. Zakiah sedia maklum. Suaminya bukan sembahyang sepanjang waktu. Hanya di depan kedua orang tuanya. Malahan didepan orang tuanya sendiri, Rashid tidak pernah sembahyang. Zakiah kesal dengan sikap suaminya, sudah puas dia memberikan nasihat tetapi langsung tidak mempan.
Beberapa kilometer kemudian, Rashid membelok masuk ke tempat rehat. Zakiah kurang yakin suaminya akan turut sama menunaikan solatMahgrib. Selalunya Rashid lebih rela menunggu di dalam kereta atau membasahkan tekak di medan selera. Tempat rehat kelihatan sesak dengan kenderaan. Rashid tidak menemui ruang untuk memarkir kereta. Diamenghentikan kereta, meminta Zakiah turun.
"Abang tak turun sekali?" tanya Zakiah penuh harapan.
"Kiah pergilah...abang tunggu kat sini. Tak ada parking,"jawab Rashid mudah.
Sepeninggalan Zakiah yang turun bersama beg berisi telekung,Rashid memejamkan mata. Tempat parking masih penuh. Dia terlelap seketika,terjaga semula sewaktu Zakiah membuka pintu kereta. Perjalanan diteruskan.
"Abang tidur?" tegur Zakiah.
"Ha...terlelap sekejap. Letih rasa badan ni."
"Kalau abang letih, biar Kiah bawak."
"Tak apa...kalau tak tahan sangat Kiah bawaklah nanti."
Zakiah tidak membantah. Lagipun dia sendiri terasapenat.Hujan mulai turun membasahi jalan. Rashid memperlahankan kereta.Memandu dalam keadaan jalan licin mengundang risiko. Namun malang tidak berbau.Rashid sudah berhati-hati tetapi ada pemandu lain yang kurang memikirkan keselamatan diri dan orang lain. Secara tiba-tiba Rashid merasakan sesuatu merempuh bahagian belakang keretanya. Dentuman yang amat kuat kedengaran.Serentak dengan itu kereta yang dipandunya melambung sebelum menghempas jalan dengan bahagian atas ke bawah.
Apabila sudah menyedari apa yang sebenarnya berlaku,Rashid berusaha keluar.
Namun kakinya tersepit sedangkan Zakiah di sebelahnya tidaksedarkan diri.
"Ya Allah...selamatkan kami..." bisiknya perlahan.Terasa mukanya basah, darah merah mengalir.
Orang ramai datang membantu. Mengeluarkan Zakiah terlebih dulu. Kemudian giliran Rashid tetapi usaha mereka gagal kerana kakiRashid tersepit.
"Tersepit...tak boleh tarik..."
"Kena tunggu bantuan. Kita bawa dulu yang perempuan kehospital."
Rashid berdoa dan berdoa tanya henti agar Allah S.W.T menyelamatkan Zakiah dan dirinya.
"Bertahan, encik. Kami sudah memanggil bomba!"
Anehnya Rashid tidak merasakan kesakitan yang sewajarnya.Boleh dikatakan kakinya tidak terasa dihimpit oleh sesuatu. Namun dia gagal untuk menggerakkannya.
"Tolong saya, encik..." pinta Rashid dengan nada sayu.
"Mengucap...cik...berdoa kepada Allah...cik akan selamat."
"Sabar encik...tak lama lagi pasukan penyelamat akan sampai."
Kata-kata memberi semangat silih berganti menusuk telinganya. Dengan keremangan malam, Rashid melihat begitu ramai yangmahumembantu. Syukur... Pandangannya tertumpu pada seorang lelaki yang memakaijubah seba putih. Berserban dan berjanggut lebat. Kelihatan mulutnya terkumat-kamit sambil tangannya memegang tasbih.
"Ya Allah...selamatkanlah aku..."
Bunyi siren agak melegakan Rashid. Bantuan sudah tiba.Pasukan bomba dengan tangkas mengeluarkan alat kelengkapan untuk mebebaskanRashid dari himpitan.
Beberapa minit berlalu, kemudian suasana menjadi sunyi apabila salah seorang anggota bomba bersuara.
"Kakinya tak tersepit apa-apa. Pelik...kenapa tak boleh keluar?"
Usaha untuk mengeluarkan Rashid terhenti. Semua yang ada disitu kebingungan. Mereka tidak mampu menarik Rashid keluar, sedangkan tidakada apa-apa yang menghimpitnya. Rashid sendiri kebingungan. Bencana apa yangsedang menimpanya.
"Ini bukan kerja manusia macam kita...kena panggil orang yang tahu..." terdengar sebuat pendapat.
Rashid semakin gementar. Doanya tidak putus-putus. Ketika mulutnya terkumat-kamit berdoa, tiba-tiba dia merasakan seseorang berjongkok di sebelahnya. Rashid berpaling, agak tersentak melihat lelaki berjubah tadi berada di sebelahnya.
"Tuan...tolong saya tuan..."
"Saya tak boleh menolong, Yang Berkuasa hanyalah AllahTaala..."
"Saya tak berhenti berdoa, tuan. Tolonglah saya,tuan..."
"Kamu berdoa kepada siapa?"
Rashid terdiam. Aneh bunyi pertanyaan lelaki itu.Dalam keadaan cemas begitu, Rashid merasakan bukan tempatnya untuk bergurau.Apatah lagi lelaki itu kelihatan seperti orang alim.
"Sudah tentulah pada Allah."
"Tetapi Allah bukanlah Tuhan kamu!"
Rashid tidak mampu hendak menggerakkan sebarang anggota.Kalau tidak, sudah pasti dia akan mengerjakan lelaki itu. Nampak saja alim, tetapi bercakap seperti orang yang tidak berilmu.
"Bukankah selama ini kamu tak pernah menyembah Allah.Kamu hanya mendirikan sembahyang di depan mentua kamu. Sedangkan dibelakang mereka, kamu tidak pernah ingat pada Allah. Tidakkah kamu malu meminta pertolongan dari Allah.
Kenapa kamu tidak meminta pertolongan dari mentua kamu!"
Tekak Rashid terasa amat kering. Dia ingin bersuara,memohon ampun atas kesilapannya selama ini, tetapi tidak ada suara yang keluar. Lelaki berjubah itu hanya tersenyum, kemudian bangun dan meninggalkan Rashid. Rashid berusaha untuk memanggil, ingin memaklumkan bahawa dia menyesal tetapi mulutnya tidak mampu lagi dibuka. Sedangkan kesakitan mula terasa. Sesuatu yang amat berat menghimpit sehingga dia tidakmampu bernafas. Rashid cuba meronta tetapi usahanya hanya sia-sia.Tidaklama kemudia dia tidak sedarkan diri. "Abang...bang! Abang!!" Perlahan Rashid membuka mata. Wajah isterinya memenuhipandangan. Syukurlah isterinya selamat. Rashid memanjatkankesyukuran didalam hati. Akhirnya mereka mampu keluar dari bencana.
"Sedapnya tidur...naik serak suara Kiah mengejutkan abang..."Tidur? Rashid terpinga-pinga. Segera dia memandang sekeliling. YaAllah! Diamasih berada di tempat rehat.
"Kiah tunggu sekejap...abang nak solat Mahgrib!" kata Rashid sambil terkocoh-kocoh membuka pintu kereta.
Zakiah tercengang, namun senyuman merekah di bibirnya.
posted by jasindaily online @ 9:09 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com