Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Mendidik Dengan Kesenangan?
Sunday, May 07, 2006
Segmen sepetang bersama badminton pernah menghiasi satu hari bosan dalam hidup saya. Malaysia VS Denmark. Boleh dikatakan pertembungan ini melibatkan maruah (the battle of dignity!) Apa tidaknya, malaysia sebagai negara Islam(?) dan denmark pula negara yang memusuhi Islam dan menghina Rasulullah saw.

Saya meraikan perlawanan itu tidak sebagai seorang "kaki penyokong negara" kerana dah banyak kali saya kecewa dek kerana kegagalan pasukan negara di kejohanan antarabangsa. Sebab itulah saya tidak menaruh harapan apa-apa, takut-takut kalau harapan itu tidak kesampaian dan tak pasal-pasal satu "kecewa free" akan membeku dihati. Mungkin tugas "balas dendam" kerana kebiadaban akhbar Denmark tempoh hari tidak layak lansung dipikul oleh kontinjen "lapar habuan" negara! Dan unsur inilah yang ingin saya ulas disini.

Suatu hari saya dan seorang senior bercakap mengenai penemuan "blue ray" oleh seorang pengkaji dari Jepun. Lalu terlepas kata-kata ini dari mulut senior saya, "orang Jepun yang dapat anugerah nobel pun kerajaan Jepun hanya bagi ichi man (RM300) jer. "Sungguh menarik!! Fikirkan jika rakyat malaysia dapat anugerah nobel fizik atau seumpamanya!! Entah berapalah habuan yang akan diperoleh dari kerajaan.

Budaya memberi habuan bukanlah satu budaya yang bagus. Bayangkan seorang kanak-kanak yang hanya berpuasa semata-mata untuk seringgit sehari puasa. Apa yang akan budak itu faham maksud puasa dan tuntutan sebenarnya. Lihatlah perjalanan dakwah Rasulullah, pengikut-pengikut Rasulullah tidak pernah mendambakan Allah SWT akan mengurniakan bukit-bukit emas dan kesenangan jika mereka setia dengan Islam. Malah sebaliknya mereka ditimpakan dengan halangan dan halangan yang bertali arus dan tidak putus-putus. Fikirkan, didikan sebegitulah yang diajar oleh Allah swt, mendidik dengan kepayahan dan bukan kemewahan!

Bila susah, ada manisnya, ada jerihnya, ada kenangannya, ada penghayatannya, ada hikmahnya dan sebagainya. Cuba fikirkan, mengapa semasa kecil Rasulullah dibela oleh Halimatul Saadiah yang tinggal jauh di pedalaman? Mengapa? Itu satu lagi bukti bahawa mendidik dengan kesenangan bukan satu solution yang wajar dipilih tetapi mendidik dengan kesusahan itulah yang sebaiknya.

Apabila ada ganjaran, orang akan hendak! Satu logik biasa dan tidak pelik sedikitpun. Dan budaya memberi ganjaran yang mengunakan taktik mendidik dengan kesenangan ini pasti akan menemui kegagalan. Buktinya ada, contohnya ada. Pemisahnya juga ada iaitu samada kita berfikir atau tidak berfikir. Pangkat Dato', Datuk, Tan Sri, Tun dan seterusnya yang diwarisi dari zaman berzaman itu pun samalah juga. Apabila ada, orang akan hendak!! Di Jepun, saya tak pernah dengar pula ada gelaran-gelaran sedemikian. Tapi orang Jepun tetap berbakti kepada bangsa Jepun dan berusaha memajukan negara mereka. Mereka berusaha bukan untuk gelaran tapi untuk menunaikan tuntutan kesedaran bahawa "hidup mesti berbakti"! Paling tidak pun berbaktilah untuk keluarga dan paling koman pun berbaktilah untuk diri sendiri.

Sejarah membuktikan bahawa tidak ada satu tentera rasmi pun yang mampu menewaskan tentera Israel. Ini fakta sejarah!! Tidak boleh dinafikan. Tetapi sejarah juga membuktika al-Ikhwanal Muslimoon yang hanya bersenjatakan senapang patah dan pedang itu mampu menewaskan tentera israel!! Pelik tapi benar. Mengapa begitu?Tentera rasmi negara adalah terdiri daripada tentera yang bekerja makan gaji. Berperang itu merupakan "kerja" mereka. Manakala al-Ikhwanal Muslimoon yang berperang dengan tentera Israel itu merupakan sukarelawan yang rela mengorbankan segala-galanya malah memilih mati syahid itu sebagai cita-cita hidup mereka! Nah! Satu lagi bukti mendidik dengan kesusahan itu lebih baik dari mendidik dengan kesenangan. Tidak kita sedar akan kebenarannya? Kiss your brain and find the answer yourself!!

wassalam
www.dhays.info
posted by jasindaily online @ 5:54 PM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
DPPKJASIN

Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
CORETAN YANG LALU
ARKIB JASNIDAILY
POWERED BY

Free Blogger Templates

BLOGGER

© 2005 Info Template by Isnaini Dot Com