Dulu jadi RTM Kelantan sekejap bila musim pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir. maklumlah mereka berkuasa. habis semua jentera kerajaan dibalunnya. sekarang dah jadi RTM Sarawak pulak dah. Pembangkang takde peluang langsung. ni ker demokrasi?
pembangkang macam mana? mana jentera mu? kita tak mau dengar selepas pilihanraya yg pembangkang tak sedia, tak seia, masa kempen tak cukup, bla bla bla. pilihanraya Sarawak memang sudah diramalkan utk dicepatkan. pergiatkan usaha mu. semoga berjaya insya-Alaah.
kepada pembangkang, buatlah analisis. apa yg sudah berlaku di Sarawak selepas pilihanraya 2001, apa janji MANIFESTO yang TIDAK ditunaikan selepas BN menang dulu. semua kata BN = Barang Naik. Selepas menang harga Barang Naik. listkan barang ini, atau bayaran2, bil2, cukai2 dll, buat perbandingan dan sebarkan. biar ada isi dalam kempen. apa janji yg tidak dikota, sehingga jumpa sekali lagi pilihanraya. terutama janji2 bagi kawasan setempat, seperti DUN Beting Maro. isu nasional mungkin kurang mengancam di DUN N24 ni. kita memang berharap kepada Allah untuk menang. usahalah se optima mungkin. memang nampaknya ramai Melayu/Melanau-muslim dalam DUN N24.
tapi itu tidak menjamin kemenangan. sebabnya, jika mereka masih otak BN, dan kita pula tidak pernah mengPASkan mereka, atau memberi faham & kesedaran kepada mereka, mendidik mereka, berkhidmat kepada mereka, bergaul mesra dgn mereka, membantu mereka, menarik mereka menjadi simpatisan paling kurangnya, menunjukkan contoh yang baik kepada mereka, bagaimana mungkin mereka akan sokong kita secara
TIBA2 dimusim pilihanraya? kenyataan ini sah utk pilihanraya dimana2 & bila2 masa. pengalaman menunjukkan kita ghairah hanya pd musim pilihanraya, seronok 'berpesta' pilihanraya, mengagak sahaja kita boleh menang sebab ramai Melayu di sesuatu kawasan pilihanraya, tapi kita lupa mereka adalah Melayu BN, Melayu UMNO dan kita tak pernah atau amat sikit sekali sepanjang tempoh 5 tahun menjelang pilihanraya berusaha dengan kerja yang disebutkan diatas tadi untuk menawan hati mereka. kerja berlipatganda sekalipun, tapi hanya pada minggu2 pilihanraya sahaja tidak memadai. mana mungkin dgn ceramah rumah ke rumah yang dihadiri oleh sekelompok kecil dan kebanyakannya penyokong tetap pula, dapat membantu meningkatkan undi kita. perlu diingat, tiada demokrasi sejati dinegara kita. banyak sekatan dikenakan, walau pun sah di segi undang2, spt ceramah dlm Markas, dikacau juga.
Malaysia ni tak mungkin maju dengan pembangunan fizikal sahaja, jika tidak disertai dgn kebebasan, demokrasi dan hak sama rata termasuk di dalam hal menyampaikan mesej pembangkan. inilah ketinggalannya demokrasi dinegara kita. entah berapa puluh tahun lagi akan tercapai. Merdeka dah 50 tahun. UMNO dah 60 tahun (ada 3 tahun lagi je tu kalau ikut standard purata umur manusia sebelah sini). Dato' Shahrir mungkin sudah advance sedikit, seperti di Downing Street atau di rumah putih. tapi, Dato, kita masih di Malaysia. maaflah dato'. tiada maaf bagimu kerana berfikiran seperti pembangkang. BOHONGlah kata BN akan ada pembangkang sendiri dan tak perlu parti pembangkang.
Malaysia tidak akan maju dan tidak menjadi rujukan selagi pemimpin negara masih bersikap seperti sekarang. pimpinlah Oooh I See ja, NaaaM (kya hei) ka. tiada sapa respect kita.
|