DEMI MASA |
|
|
Menyatakan ketelusan, kebenaran, keadilan |
Wednesday, May 10, 2006 |
Melihat kepada suasana dalam negara, adalah dirasakan ketika ini agak gawat dengan berbagai isu yang sedang dan telah berlaku. Peristiwa usul di parlimen merupakan satu titik tolak bermulanya persefahaman, pertemuan, penyatuan dalam menyatakan segala ketidaktelusan dalam sistem negara yang sedia ada.
Seluruh ahli MP baik wakil kerajaan mahupun pembangkang boleh bersatu atas satu prinsip, iaitu menolak sebarang bentuk campurtangan politik dalam sistem pentadbiran awam. Ini bermakna menolak campurtangan orang politik terhadap pegawai kerajaan demi kepentingan peribadi.
Melihat akan suasana, kita merasakan cukup trajis dan malu kerana segala yang berlaku melibatkan bangsa Melayu, yang beragama ISLAM, tetapi kita sanggup menggadaikan segala prinsip kemanusiaan dan ketamadunan sejagat yang telah digariskan oleh agama kita demi kepentingan politik sempit kita sendiri
Kita bercakap tentang ISLAM dan keadilan, ISLAM dan ketelusan, ISLAM itu dan ini, tetapi dalam masa yang sama kita cuba mencampuradukkan antara kebenaran dan ketelusan ISLAM yang hakiki dengan kepentingan peribadi. Bangsa dan negara ini mulia kerana kita berjaya menjadikan ISLAM sebagai "garis perlaksanaan dalam pentadbiran", tetapi dalam masa yang sama kita berselindung atas nama ISLAM dan mengeruhkan keadaan dengan meletakan kepentingan peribadi mengatasi kehendak ISLAM itu sendiri.
Sekarang adalah wajar, kita bangkit agar umat ini terus menerus mempertahankan prinsip dalam menyatakan kebenaran walaupun terpaksa menghadapi berbagai rintangan dan onak yang akan dirasai. Kita berpegang kepada kebenaran yang berprinsip daripada bersatu atas dasar kepentingan peribadi dan kemahuan kehendak nafsu.
Salah tetap salah, walaupun manis untuk menyatakannya, benar tetap benar walaupun pahit untuk menyatakannya. Ayuh bangunlah seluruh masyarakat tanpa mengira apa jua fahaman kepartian, kita bersatu,bersama dalam menyatakan ketelusan, kebenaran, keadilan untuk masa depan agama dan negara agar umat ini terus dipandang kemuliannya |
posted by jasindaily online @ 5:54 PM |
|
|
|
DPPKJASIN |
Name: jasindaily online
Home: Jasin, Melaka, Malaysia
About Me: Di bangunkan pada bulan April 2005
See my complete profile
|
CORETAN YANG LALU |
|
ARKIB JASNIDAILY |
|
POWERED BY |
|
|