Scroll images by bigoo.ws

DEMI MASA

Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

LAJNAH DPPKJ
KENALI PAS
Lawak : Kisah ulama & pramugari
Wednesday, May 31, 2006
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....
posted by jasindaily online @ 6:37 AM   0 comments
Allahyarhamah Faridah Ismail: Perginya seorang mujahidah
Sejarah yang terukir di Muktamar Agung Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan kali ke-18 apabila perginya Ketua Dewan Muslimat Pas Negeri Sembilan, Puan Faridah Ismail, ke rahmatullah sewaktu beliau dalam perjalanan ke Muktamar Agung yang berlangsung di Gemencheh, Tampin Negeri Sembilan.

Kira-kira jam 9.45 pagi, Ustazah Azizah Khatib Mat, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat selaku perasmi Muktamar DMPNS telah tiba di Gemencheh. Selaku AJK, kami risau kerana jam hampir menunjukkan 10.00 pagi namun Ketua Muslimat PAS NS masih belum tiba. Lebih kurang jam 10.08 kami mendapat berita yang begitu menyedihkan daripada Ustaz Ali Hanafiah, suami Allahyarhamah bahawa Ustazah telah meningggal dunia dalam perjalanan ke muktamar.

Suasana sedih dan pilu telah menyelubungi dewan muktamar. Satu berita yang tidak disangka oleh semua perwakilan yang hadir. Kami semua ditenangkan oleh Ustazah Azizah dan semuanya adalah ketentuan Allah SWT.

Menurut Ustaz Ali, mereka berdua dari Kuala Lumpur kerana isterinya menghadiri mesyuarat DMPP. Allahyarhamah dan suami bermalam di Damansara memandangkan Ustaz Ali ada kuliah di sana. Selepas subuh, beliau bertolak balik ke NS untuk menghadiri muktamar agung dan setibanya di Dengkil, menurut Ustaz beliau telah nazak dan meningggal dunia di dalam kereta.

Jenazah kemudiannya di bawa ke Hospital Kuala Pilah untuk pengurusan post mortem jenazah. Kehadiran pimpinan muslimat PAS Pusat semakin ramai di Hospital Kuala Pilah yang diketuai sendiri oleh Ustazah Azizah, Dr Mariah, Senator Jamilah, dan beberapa orang lagi pimpinan muslimat pusat. Lebih kurang jam 2.45 petang jenazah mula bertolak ke Palong 1, Gemas untuk dikebumikan.

Jam 4.00 petang sewaktu kami tiba di Palong 1, telah ramai tetamu yang menanti kehadiran Allahyarhamah. Sebaik sahaja kain yang menutupi muka Allahyarhamah dibuka, Ya Allah terpancar akan senyuman dan ketenangan di wajahnya. Beliau sentiasa berdoa agar dimatikan dalam perjuangan.

Begitulah antara hasrat yang pernah di utarakan kepada suaminya Ustaz Ali. Alhamdulillah, hajat beliau dimakbulkan Allah untuk mati di dalam perjuangan.

Pengurusan jenazah diimamkan oleh Ustazah Endon selaku bilal wanita dan peluang ini tidak saya lepaskan bersama Ketua Muslimat Kawasan Rembau, Puan Maznah untuk sama-sama memandikan dan mengkafankan jenazah.

Ya Allah, Maha suciMu Ya Allah yang memudahkan urusan kami. Tiada satu pun kesusahan sewaktu mengendalikan jenazah Allahyarhamah.

Bibir kami sentiasa basah dengan zikir menatap wajah beliau, perginya seoarang mujahidah, pejuang yang ikhlas dalam perjuangan.

Jam 5.00 petang jenazah mula dibawa ke masjid untuk di sembahyangkan. Alhamdulillah, ramai yang menziarahi Allahyarhamah dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi untuk kali terakhir terutamanya Ketua DMP Negeri Melaka, Dr Khatijah; Ketua DMPN Selangor, Ustazah Wan Hasrina; AJK DMPP, Dr Mariah dan semua pimpinan yang hadir.

Marilah kita sama-sama mendokan agar Allah mengampunkan segala dosa- dosa beliau dan semoga Allah menempatkan beliau di kalangan hamba- hamba-Nya yang beriman. InsyaAllah.

Al- Fatihah.

Latar Belakang

Sedikit latar belakang beliau bagi insan-insan yang tidak mengenali beliau. Puan Faridah Ismail dilahirkan pada 18.9.57 di Kedah Darul Aman. Beliau berpindah ke Negeri Sembilan pada tahun 1985 iaitu sebaik sahaja berberkahwin dengan Ustaz Ali Hanafiah. Sejak tahun 1985, beliau telah bergerak aktif di dalam PAS dan kerja-kerja dakwah.

Beliau juga merupakan Timbalan Muslimat Pas Kawasan Jempol dan merupakan seorang tenaga pengajar di Pasti Jempol. Penglibatan beliau di dalam PAS lebih daripada 20 tahun dan kegigihan beliau dalam aktiviti-aktiviti PAS memang tidak dapat dinafikan.

Meskipun beliau pernah dinasihati doktor untuk berehat tetapi beliau tetap berjuang, menghadiri mesyuarat walaupun sakit. Seperti yang dimaklumkan Ustaz, Allahyarhamah sering berkata, "kalau duduk di rumah berehat pun, tetap sakit. Baik keluar rumah menghadiri mesyuarat, kerana sakit memang akan tetap sakit. Amanah kena dilaksanakan."

Setahu saya beliau tidak pernah ponteng dari menghadiri sebarang mesyuarat dan sekiranya ada keuzuran, beliau pasti menghantar wakilnya. Begitulah hebatnya beliau sebagai seorang pemimpin.

Kita yang masih hidup ini wajar mengambil ikhtibar di atas pemergian beliau. Moga beliau menjadi contoh kepada semua muslimat di Negeri Sembilan.
Al-Fatihah!

Norwani Ahmat
AJK DMPNS
posted by jasindaily online @ 6:31 AM   0 comments
Satu lagi bukti kerajaan Kelantan tidak abaikan ekonomi rakyat
Pada saat-saat Malaysia sedang menghadapi suatu lagi bahana kenaikkan yang datangnya daripada tarif elektrik, kerajaan kelantan pula tidak ketinggalan untuk memikirkan apakah yang perlu dilakukan untuk menolong rakyat untuk menghadapi kenaikan harga barang yang akan berlaku natijah daripada kenaikkan tersebut.

Rasanya perlu saya disini melaporkan serba sedikit tentang suatu pertubuhan yang wujud di sekitar kelantan mutakhir ini. Pertubuhan ini dikenali sebagai Pusat Pembangunan Wanita Kelantan yang ditubuhkan khas untuk meningkatkan ekonomi wanita di Kelantan.

Baru-baru ini, iaitu semasa saya bercuti di tanah kelahiran saya iaitu di Pasir Puteh, Kelantan, saya telah berkesempatan untuk melihat perkembangan pertubuhan ini. Ternyata perkembangannya di sesetengah dun agak memberangsangkan.

Berdasarkan pengetahuan saya, pertubuhan ini memfokuskan kepada 2 sektor untuk meningkatkan taraf ekonomi wanita setempat, iaitu jahitan dan masakan.
Malah dilaporkan juga, suatu peruntukkan telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Kelantan untuk membayar gaji guru masakan serta guru jahitan tersebut. Namun peruntukkan itu akan diberikan mengikut kemampuan kewangan semasa negeri, tetapi untuk musim ini peruntukkan tersebut masih lagi ada.

Sepanjang pemerhatian saya di Dun Limbongan, sambutan untuk bengkel jahitan dan masakan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada wanita setempat. Ini tidak kiralah samaada seseorang itu berada dalam ideologi politik BA ataupun BN. Malah kursus tersebut diwujudkan percuma tanpa dikenakan sebarang yuran. Di dun tersebut, ia dipenasihatkan oleh YB. Drs.Zainuddin Awang Hamat, En. Bisi serta Ustazah Kalsom, manakala pengerusinya pula adalah YM. Raja Maznah (penghulu wanita). (Bengkel jahitan diwujudkan di Kg.Dalam Kamunting, manakala bengkel jahitan diwujudkan di Kg. Padang Pak Amat)

Nampaknya ekonomi setempat untuk golongan wanita yang sebelum ini merupakan suri rumah serta wanita yang tidak bekerja tampak terjamin dengan kewujudan pertubuhan tersebut. Namun bagaimana pula dengan dun-dun yang lain ? Bagi saya, kewujudan pertubuhan tersebut perlu diteruskan walaupun selepas ini peruntukkan untuk membayar gaji guru-guru yang mengajar tiada. Disinilah perlunya strategi pengerusi Pusat Pembangunan Wanita di sesebuah dun untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menghidupkan organisasi yang telah ditubuhkan sekarang ini.

Ini memandangkan telah kedengaran khabar-khabar angin yang menyatakan akan membubarkan organisasi yang ditubuhkan sekiranya peruntukkan daripada kerajaan negeri (Kelantan) menemui noktahnya.

Baru-baru ini, suatu ekspo (yang berakhir pada 27 Mei2006) telah diadakan untuk memperkenalkan hasil produk seantero Kelantan yang datangnya daripada pelbagai sektor. Hasil keluaran Pusat Pembangunan Wanita Kelantan juga turut dipamerkan pada ekspo berkenaan.

Ternyata pemilihan tempat yang strategik di Padang Majlis Daerah Pasir Puteh (yang juga dikenali sebagai Padang Bank) mendapat sambutan yang menggalakkan.

Malah agensi dari KADA juga turut mengambil bahagian dalam ekspo tersebut.

Suatu yang agak menarik dalam ekspo itu juga agak menarik untuk diperbincangkan, biasanya apabila diperihalkan tentang ekspo maka pastilah terbayang dimata kita tentang acara nyanyian dari artis-artis yang membuka aurat serta pakaian yang menjolok mata namun lain pula pengisian malam ekspo yang diadakan pada malam tersebut, dengan dihiasi dengan acara gasing terbang, dikir barat, wayang kulit dan pelbagai acara lagi yang unik dari segi kata dan bahasanya berbanding dengan dikir barat dan wayang kulit biasa membuatkan ekspo tersebut lain daripada yang lain.

Diharapkan penghasilan produk daripada semua golongan untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat seantero Kelantan dapat diteruskan tanpa mengharapkan 'tongkat' yang berterusan daripada kerajaan negeri.
posted by jasindaily online @ 4:56 AM   0 comments
Salahudin Ayub bersama 20 aktivis ditahan
Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub, Ronnie Liu (DAP) dan Badrul Hisham Shahrin (KeADILan) antara pemimpin utama pembangkang beserta 15 aktivis lain, dan dua orang wanita ditangkap dalam demonstrasi membantah kenaikan harga minyak di hadapan KLCC kira-kira jam 10.50 pagi ini.

Semua yang ditahan telah dibawa ke Balai Polis Pudu.

Wartawan Saidatul Amani yang berada di lokasi melaporkan, anggota pasukan simpanan persekutuan (FRU) memulakan tindakan keras kira-kira jam 10.41 pagi selepas memberikan amaran agar para penunjuk perasaan bersurai.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Naib Presiden, Haji Mohamad Sabu; Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar dan Ustaz Idris Ahmad dikepung FRU dan dihalau supaya bersurai.

Lebih 2000 orang berkumpul sejak 9.30 pagi untuk melahirkan bantahan rakyat terhadap tindakan drastik kerajaan menaikkan harga minyak yang sekaligus menyebabkan hampir semua barangan keperluan harian dan tarif elektrik naik secara mendadak.

Menurut Saidatul Amani, tiga trak RFU, dua trak kecil beserta dengan water cannon mengawal keadaan dengan melepaskan tembakan air dan menyerbu ke arah penunjuk perasaan untuk menyuraikan mereka.

Kesemua aktivis telah dibebaskan jam 3.30 petang

Sementara itu, wartawan Harakahdaily, Azamin Amin yang menunggu di Balai Polis Pudu melaporkan, kesemua aktivis yang ditahan telah dibebaskan pada jam 3.30 petang tadi.

Kesemua mereka dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis Dang Wangi pada 28 Jun ini.Sehingga dibebaskan kesemua mereka tidakpun dikenakan pendakwaan kata, Salahuddin yang keluar selang beberapa minit selepas Ronnie Liu dibebaskan.

Menurut Salahuddin, dalam soal siasat kesemua aktivis yang ditahan mengambil pendekatan untuk tidak mahu menjawab sebarang soalan dari pihak berkuasa, katanya.

"Kita cabar polis agar mendakwa kami ke mahkamah.Kita akan berjumpa di sana," katanya.

Mengulas kejadian Salahuddin berkata, penahanan beliau dan beberapa aktivis lain menunjukkan betapa tidak demokratiknya kerajaan yang dipimpin Abdullah Ahmad Badawi.

Tindakan tidak bertamadun

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menyelar pihak polis dan menyifatkan tindakan pihak berkuasa terhadap perhimpunan aman membantah kenaikan harga minyak di KLCC hari ini sebagai tindakan yang tidak bertamadun. "PAS berasa amat dukacita dengan tindakan polis, kerana kami berhimpun secara aman untuk mewakili rakyat Malaysia mambantah kenaikan harga minyak dan tarif elektrik baru-baru ini. "Malangnya tindakan polis hari ini amat tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan," tegas beliau semasa dihubungi semasa berada di Pusrawi bagi melawat Amran Zulkifli yang berlumuran darah akibat kecederaan dipukul polis di kepala. Menurut Ustaz Nasharuddin, tindakan ganas ini sebenarnya hanya meletakkan imej polis ke pada tahap yang paling rendah pada pandangan rakyat jelata.

FRU pukul secara membabi buta
Timbalan Presiden PAS itu menegaskan, apa yang beliau saksikan hari ini menjadi bukti jelas bahawa pihak polis dan FRU memukul orang ramai yang berada dalam perhimpunan aman tersebut secara membabi buta. Beliau juga menyifatkan tindakan tidak profesional polis tersebut sebagai suatu tindakan yang didorong oleh tekanan pihak lain. "Kita kesal selepas pelbagai laporan mengenai polis (laporan suruhanjaya) dan perilaku yang bercanggah dengan sistem keadilan negara, pihak polis tetap tidak mengambil iktibar. "PAS tidak akan berdiam diri dan kami akan mengambil tindakan susulan," tegasnya kesal
posted by jasindaily online @ 4:30 AM   0 comments
Pusat Kajian Strategik dan Pembanguan Global (PUKAL)
Pesanan: Apa pun isu yang sedang hangat diperkatakan semuanya melibatkan kepenting umat melayu Islam di dalam negara Malaysia.Bermula daripada kenaikan harga minyak sehinggalah kepada pemberhentian pekerja dalam beberapa sektor dalam negara.Mengapa dan bagaimana ianya berlaku?? Siapa yang patut dipersalahkan?? Segala persoalan ini sebenarnya adalah hasil daripada segala amanah yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada parti dan pemimpin pada pilihanraya yang lalu.PUKAL tidak menyalahkan parti pemerintah dan mana-mana individu,kerana daripada apa yang telah berlaku sekian lamanya adalah hasil daripada sokongan rakyat terhadap pemimpin dan kerajaan yang sediaada.Semasa kenaikan harga minyak,tiada siapa pun tampil kedepan terutamanya parti pemerintah dalam menangani isu tersebut kecuali parti pembangkang.Dituruti dengan kenaikan harga barang yang lainnya,maka berteriaklah pemimpin penjaga kepada kementerian jaga barang,kita akan kawal,kita akan pantau,lawat sana, buat kenyataan akhbar sana sini,terakhirnya barang tetap naik,harga ayam contohnya terus naik,tetapi para pemimpin tadi masih mempertahankan kenyataan bahawa segala kenaikan dibawah paras siling yang telah ditetapkan pleh kerajaan.

Ini bermakna pemimpin gagal mengawal keadaan ekonomi negara.Semua rakyat mengetahui siapa taukeh besar penternak ayam,mereka bukan daripada bumiputra,maka kita lihat permintaan mereka ini seringkali akan diterima oleh parti pemerintah.Kadang kala taukeh tadi sanggup membakar anak-anak ayam demi menjamin kenaikan harga ayam,sungguh biadap terhadap makluk ciptaan tuhan.Tapi siapa yang mampu mengawal perbuatan mereka,kita hanya mampu buat kenyataan media sahaja.

Sungguh memalukan nasib dan kedudukan Melayu dalam mempertahankan ketuanan dan kekuasaan dalam membuat keputusan.Sekarang kita bisng isu takrif elektrik,sebelum itu kita kena sedar siapa yang ada syer dalam TNB,tentulah terdiri daripada khazanah dan beberapa parti politik pemerintah,bagaimana kita hendak melawan isu kenaikan ini sebab pemegang saham mempunyai kaitan terus dengan kerajaan.

Tidak ada satu sen pun saham atau syer daripada parti pembangkang.Meraunglah sekuat manapun TNB akan tetap dipertahankan,demi masa depan pemegang saham mereka,tetapi dengan berbagai hikmah mereka ini akan membuat kenyataan agar rakyat dapat menerima segala keputusan yang telah dibuat.Tiada kesukaran kerana media perdana dalam negara juga,mereka yang memiliki sahamnya,jadi segala kenyataan akan digembar gemburkan agar nampak semuanya benar
posted by jasindaily online @ 4:20 AM   0 comments
Dinar: Ketua Puteri perlekeh kewangan Islam
Thursday, May 25, 2006
MENDENGAR komen Ketua Puteri Umno Malaysia mengenai ulasan Tok Guru yang menyentuh pemakaian emas yang menganggapkan ia telalu remeh (Berita Harian - 24 Mei 06) cukup melecehkan.

Nampak benar Ketua Puteri Umno itu tidak faham isu. Orang bercakap tentang menu dalam sebuah hidangan, kamu bercakap tentang tangkai senduk dan jering petai yang mentah.

Maksud saya, tidakkah sikap Perdana Menteri yang tidak sabar-sabar terpaksa mengulas cadangan Dato' Husam Musa walaupun sedang berada nun, jauh di Sham El Sheikh berbunyi ''dasar kewangan negara tidak membenarkan Kerajaan Negeri (Kelantan) mengeluarkan mata wang sendiri (Utusan Malaysia 22 Mei 2006) menandakan apa yang sedang disentuh oleh Kerajaan Negeri adalah teramat besar?

Bagaimana Dato' Noraini boleh anggap ianya remeh sedangkan Dato' Seri Abdullah melihat yang sebaliknya.

Tahukah Puteri Umno bahawa isu penggunaan dinar emas adalah isu global. Ia dibincang dengan mendalam dalam seminar kewangan dan perbankan Islam selama dua hari anjuran kerajaan negeri pada 21 dan 22 Mei 2006. Terdapat 10 kertas yang dibentang dan diulas, dibengkel dan diseminarkan berbunyi:
i) Sistem Perbankan Islam Semasa di Malaysia dan Keadilan Ekonomi Dan Sosial.
ii) Membangunkan Sosio Ekonomi Masyarakat Berdasarkan Perspektif Ekonomi Islam.
iii) Perkembangan dan Potensi Model Kredit Mikro Islam Semasa.
iv) Pelaksanaan Sistem Kredit Mikro Islam Untuk Membangunkan Sosio-Ekonomi Masyarakat.
v) Sistem Ekonomi Islam: Antara Teori Dan Praktis.
vi) Ke arah Sistem Kewangan Dan Perbankan Islam Yang Adil Dan Efisyen.
vii) Sistem Kredit Mikro: Pengalaman dan Cabaran Di Malaysia Dan Antarabangsa.
viii) Pandangan Syara' Terhadap Sistem Ekonomi Dan Perbankan Islam Semasa.
ix) Pelaksanaan Kewangan Islam Melalui Institusi Bukan Bank.
x) Kewangan Dan Perbankan Islam Yang Adil Dan Memenuhi Maqasid Ash Shariah: Cabaran Dan Penyelesaian.
Semua ini benda-benda besar yang tentu sekali lebih besar dari penyepit pin tudung-tudung longgar Puteri Umno. Kerajaan PAS bukan menggunakan wanita untuk mempromosikan program dinar tetapi sebaliknya mahu memberi ''added value'' kepada kegemaran wanita Kelantan secara khusus dan wanita secara umumnya yang menyimpan dan berhias dengan emas perak.

Nilai ditambah inilah yang dimaksudkan dengan menggunakan barang kemas sebagai satu bentuk simpanan nilai. Ini dilihat penting kerana telah berlaku apresiasi harga emas di pasaran dunia melebihi 30 peratus dalam jangka masa setahun.

Menggalakkan wanita memiliki bahkan menyimpan emas dalam nilai dinar dikira membantu untuk lebih menyuntik nilai ekonomi kepada satu tabiat sedia ada dengan lebih teratur dan terpimpin. Mana dia remeh temehnya.

Dato' Noraini perlu faham isu ini terlebih dahulu sebelum memilih untuk terjun ke dalamnya. Sebagai penjelasan, pertama, isu ini bertolak dari sebuah platform bernama Seminar Ekonomi, Kewangan Dan Perbankan yang waras.

Kedua, seminar ini disertai oleh para sarjana dan intelektual. Ketiga, apa yang cuma dilaksanakan oleh kerajaan negeri mengenai cadangan ini ialah cuba menjayakan hasrat kerajaan Pusat dengan mengambil langkah awal melalui Pajak Gadai Islam (Ar Rahnu) sebagai platform menjual beli mata wang dinar emas.

Keempat, mencadangkan bank-bank di negara ini supaya membuka akaun berasaskan nilai dinar emas. Kelima, kerajaan negeri tidak bercadang untuk mengeluarkan mata wang sendiri seperti yang dikhuatiri oleh Perdana Menteri kerana kita pun sedar akan Dasar Kewangan Negara.

Umno sebenarnya cukup khuatir melihat betapa terkehadapannya pemikiran sebuah kerajaan yang dipimpin oleh PAS di Kelantan. Mereka cemburu dengan kecekapan dan ketangkasan pemimpin PAS dalam mengendalikan ekonomi.

Mereka cemas apabila cara kita berfikir begitu ''far fetched'', mesra Islam, mesra rakyat dan mampu mengubah paradigma. Jauh dari bersifat stereotaip, PAS sekali lagi membuktikan keupayaannya ''berfikir di luar kotak'' untuk membuka jalan kepada rakyat keluar dari perangkap dan kemelut pengurusan ekonomi Umno yang membebankan.

Minyak naik 30 sen seliter? Tarif elektrik naik 12 peratus? Semuanya disebut satu kenaikan yang wajar. Satu kenaikan yang tidak membebankan. Kerajaan Umno begitu asyik menambah ''jongkong ke belakang kura-kura'' manakala pemimpin PAS negeri Kelantan sedang tekun cuba mengeluarkan beban dari ''kura-kura'' satu demi satu.

Dari segi persiapan pelaksanaan kehadapan, Ar-Rahn yang terletak di bawah Permodalan Kelantan Berhad (PKB) telah mempunyai lapan outlet sedia ada untuk memulakan operasi di semua jajahan.

Dalam hal keuntungan kepada pelabur misalnya, ''kalau kita pergi ke kedai emas, kita serahkan satu keping dinar untuk ditukarkan kepada wang biasa, dia akan bayar kita RM350 untuk satu keping dinar. Sedangkan kalau empat tahun lalu satu keping dinar berharga RM180.

Maknanya di sini, dalam tempoh empat tahun, sekeping dinar mampu memberi keuntungan sebanyak RM170. Jika sepuluh ribu keping bagaimana? Apa yang cuma ditegur Tok guru ialah berhias dengan emas dalam keadaan yang berlebih-lebihan.

Kes-kes ragut yang meragut nyawa wanita yang sarat berassesori sangat menjelaskan rasional teguran Menteri Besar Kelantan. Tok Guru sebenarnya sedang cuba mengalih tumpuan rakyat dari kaedah simpanan dan berhias secara kampung kepada tabiat menyimpan emas perak dalam kepingan dinar di bank. Ini satu sistem tabungan yang lebih selamat dan menguntungkan.
Di sini, dapat kita lihat bagaimana wang dinar telah bertindak sebagai instrumen alternatif halal yang cukup menarik untuk disertai oleh umat Islam dan non-Islam. Ia langkah pintar berstrategik hadiah Kerajaan Negeri Kelantan kepada rakyat yang cukup lumayan. Inilah berkatnya ''Membangun Bersama Islam''.

Malah, jauh berpandangan ke hadapan, bagi pihak kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa turut membayangkan kemungkinan keping-keping dinar dijadikan aset simpanan bakal-bakal haji dan boleh juga digunakan untuk deposit tender balak atau menggunakannya untuk membayar gaji kakitangan di masa-masa akan datang.

Sikap terbuka kerajaan negeri yang sedang mengatur temujanji dengan Menteri Kewangan II termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir adalah satu lagi sikap proaktif yang perlu dijejaki oleh Dato' Noraini.

Jangan-jangan sebelum Ketua Puteri Umno itu selesai mencari lipstik sesuai dan membetul-betulkan kasut tumit tingginya, kami sudah siap memandu sebuah kereta sport Jaguar hasil habuan halal dari pelaburan emas dinar.

Jangan terkejut jika kita boleh berselisih di lampu trafik sementara kami berkaca mata hitam sedang menuju ke Masjid Muhammadi untuk bersolat Asar!
posted by jasindaily online @ 9:29 PM   0 comments
Apa kata Pak Lah, Lim Keng Yeik dan Pemuda UMNO
Setiausaha Pemuda Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata : kenaikan itu dilihat tidak akan membebankan golongan berpendapat rendah dan sederhana

Minister of Energy, Water and Communications Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, who announced this Wednesday, said however that lower income households that used 200 kilowatt-hour (kWh) per month of electricity would not be affected by the increase.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik, yang mengumumkan Rabu ini, berkata walau bagaimanapun golongan yang berpendapatan rendah yang menggunakan 200 kilowatt-hour (kWh) sebulan tidak akan terlibat dengan kenaikan ini.

Asked how the people might react to the power increase, Abdullah said a survey showed that most of them had expected an increase, the question was only how much and when. "The government did not want to burden the people further after the recent petrol price increase," he told reporters here.

Apabila ditanyatentang reaksi rakyat berhubung dengan kenaikan tenaga, Abdullah berkata kajian menunjukkan kebanyakan dari mereka telah menjangkakan kenaikan tersebut, dan persoalannya ialah berapa banyak dan bila. "Kerajaan tidak mahu membebankan lagi rakyat selepas kenaikan harga petrol baru-baru ini," beliau memberitahu wartawan di sini.

Erti 200kw kiriman pelayar umno-reform:
1. Buka TV 2 jam sehari untuk sebulan.
2. Buka kipas 2 jam sehari untuk sebulan.
3. Pasang lampu 4 jam sehari untuk 2 unit lampu sebulan.
4. Rice cooker guna sekali je sehari.
5. Cerek elektrik guna sekali je sehari.
6. Sterika elektrik guna 30 minit setiap 3 hari sebulan.
7. Komputer tu guna sekali seminggu dah jangan lebih 3 jam.
8. JANGAN pasang aircond.
9. JANGAN guna elektrik untuk kerja-kerja pertukangan, mematri, dll.


ITULAH NILAI 200 KW.

MARI KITA TENGOK SAPA YANG KENA CAJ ELEKTRIK APABILA DINAIKKAN JIKA PENGGUNAAN MELEBIHI 200KW.

JAWABNYA.... HAMPIR 90 PERATUS rakyat Malaysia... sebab pola penggunaan elektrik rakyat BUKAN SEPERTI di atas.....SEKALI LAGI HELAH MEREKA MEMBELIT LEHER RAKYAT

Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam, Noornirwan Mat Noordin berkata kenaikan tarif itu pasti akan membebankan pengguna biasa yang mempunyai bilangan isi rumah yang besar.

Penasihat Fomca Prof Datuk Hamdan Adnan berkata sebarang kenaikan tarif tenaga sudah tentu akan membebankan rakyat, oleh itu keputusan yang dibuat perlulah munasabah.
posted by jasindaily online @ 5:53 PM   0 comments
Kini kadar elektrik pula naik, lagi hadiah BN kepada rakyat
Akhirnya kerajaan Barisan Nasional menaikkan juga tariff elektrik yang dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Satu lagi beban baru kepada rakyat jelata setelah dihempap sebelum ini dengan beban kenaikkan harga minyak yang dituruti dengan kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang timpa-menimpa.

TNB rugi RM29.9 billion, TNB menanggung bil tunggakan bekalan dari syarikat-syarikat korporat yang melebihi RM1 billion (hutang Pewaja Steel sahaja mencecah RM254.33 juta), TNB dipaksa membayar lebih RM4 billion setahun kepada syarikat penjana tenaga bebas (IPP) tanpa mengira sama ada kapasiti elektrik digunakan sepenuhnya atau tidak. Hasil dari urus tadbir korporat yang longgar dan pemantauan kerajaan yang lemah ini, maka kerajaan dan TNB tiada pilihan lain melainkan mengalihkan bebanannya kepada rakyat jelata.

Maka terus meningkatlah kos hidup rakyat, kini kadar inflasi sudah mencecah ke paras yang tertinggi iaitu 4.8 peratus.

Maka berkokoklah pihak yang memang dilatih berkokok bahawa kononnya kadar kenaikkan purata 12 peratus di Semenanjung Malaysia berkuatkuasa 1 Jun ini tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana Dijangkakan 60 peratus bilangan isi rumah ini akan terkecuali dari kenaikkan tersebut kerana mereka dianggarkan menggunakan hanya 200 kilowatt-jam (kWh) elektrik sebulan.

Sejak bila pula kerajaan hanya berjuang untuk 60 peratus rakyatnya, apakah 40 peratus yang lain tidak perlu dibela?

rendah yang menggunakan hanya 200 kWh sebulan, memang mereka perlu dibela kerana kos hidup mereka sudah cukup tinggi. Tetapi bagaimana pula dengan yang 40 peratus? Mereka juga sudah sedia terbeban dengan kenaikkan harga minyak dan barangan serta perkhidmatan. Mengapa mereka ini yang didera sedangkan yang memberikan masalah sebenarnya adalah syarikat-syarikat korporat hasil dari kelemahan TNB dan kerajaan juga!

Kononnya struktur tariff baru ini akan meningkatkan pendapatan tahunan TNB sebanyak RM1.5 bilion.

Apakah jaminan kerajaan dengan kenaikkan tariff ini maka harga barangan dan perkhidmatan tidak akan turut naik? Dulu ketika diumumkan kenaikkan harga minyak sebanyak 30 sen seliter kerajaan beria-ia berjanji akan memastikan kenaikkan itu tidak akan mengakibatkan kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan, ternyata janji kini tinggal janji. Dan kini kadar letrik pula naik, jadi bagaimana?

Suka tak suka, sedia tak sedia maka terimalah kenaikkan harga ini kerana kerajaan yang ada tidak ada pilihan lain. Terpulanglah kepada rakyat untuk menerima hakikat ini. Para pengundi di Sarawak yang kononnya jauh kebelakang kalau nak dibanding demgan rakyat di Semenanjung telah menyuarakan bantahan mereka melalui peti undi baru-baru ini.

Kita di sini bagaimana?
posted by jasindaily online @ 5:49 PM   0 comments
JAIS bertindak ke atas bekas Imam Masjid Negara
Pihak Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersama beberapa orang anggota Polis telah menyerbu Surau Taman Meru Indah,Kapar pada hari Sabtu 20 Mei lalu bagi tujuan menangkap bekas Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Taib Azamuddin atas tuduhan kononnya memberikan ceramah tanpa tauliah.

Menurut laporan program kuliah Maghrib di surau tersebut telah dianjurkan oleh para penduduk tempatan dan kehadiran pada malam itu dianggarkan sekitar 300 orang.

Adalah difahamkan pihak JAIS telah bertindak ekoran tekanan yang dikenakan oleh pihak pimpinan Umno tempatan.

Menurut mereka yang hadir pihak Penguatkuasa JAIS yang diketuai Ustaz Abd Wahab itu telah bertindak dalam keadaan sungguh tidak bersopan dengan mengeluarkan kata-kata seolah-olah Ustaz Taib bagaikan seorang penjenayah besar. Tindakan kasar dan biadap pihak JAIS itu sungguh dikesali oleh para penduduk tempatan yang rata-rata telah enggan menyerahkan Ustaz Taib untuk dibawa ke Balai Polis berhampiran untuk ditahan.
Menurut mereka lagi Ustaz Taib sebenarnya memiliki tauliah seumur hidup yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Sepatutnya atas sifat beliau sebagai bekas Imam Masjid Negara serta pemegang tauliah dari JAWI, pihak JAIS menghormati status dan kedudukan itu dan tidak menganggapnya sebagai penjenayah.
Ramai dikalangan yang hadir turut kesal kerana pihak JAIS kelihatan seolah lebih ghairah dan lebih berminat untuk mengambil tindakan ke atas seorang ulamak yang diiktiraf dan dihormati masyarakat dari menjalankan kerja-kerja nahi mungkar yang lebih meruncing dan berkembang biak di negeri Selangor sejak akhir-akhir ini.
Pihak penguatkuasa JAIS dan Polis itu akhirnya telah meninggalkan tempat kejadian apabila gagal mendapatkan kerjasama penduduk tempatan yang enggan menyerahkan Ustaz Taib kepada mereka. Pihak JAIS tersebut walaubagaimanapun telah menyatakan bahawa mereka akan susuli tindakan mereka itu dengan saman yang akan difailkan terhadap Ustaz Taib nanti.
Apa nak jadi Selangor ni agaknya? Masyarakat semakin longgar dan runtuh akhlaknya tetapi JAIS yang ditindik hidungnya itu sibuk nak menahan dan menangkap ulamak yang memberi ilmu dan kesedaran kepada masyarakat!
posted by jasindaily online @ 5:44 PM   0 comments
Dr M: Anak-anak PM tidak boleh ada perniagaan dengan kerajaan
Wednesday, May 24, 2006
Terjemahan Anak-anak serta isteri Perdana Menteri, pada prinsipnya, tidak boleh menjalankan sebarang perniagaan dengan pihak kerajaan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam wawancaranya dengan malaysiakini minggu lalu.
Kerana prinsip itulah, kata Mahathir, beliau tidak membenarkan anak-anaknya atau isterinya, menjalankan perniagaan dengan kerajaan apabila beliau masih menjadi perdana menteri. "Jika anda membenarkan anak-anak anda menjalankan perniagaan dengan pihak kerajaan, nanti ia tidak disenangi orang lain," katanya, sambil menambah, beliau juga melarang anak-anaknya daripada terbabit dalam politik. "Saya tidak mahu dianggap mahu mewujudkan sebuah dinasti," kata Dr Mahathir.
Mirzan, anak lelaki sulung Dr Mahathir, telah membina empayar perkapalan tetapi terjejas teruk sewaktu Asia dilanda krisis kewangan pada 1997-98. Ketika Petronas mengambilalih Konsortium Perkapalan Bhd daripada Mirzan, syarikat tersebut menanggung hutang sebanyak RM1.7 billion.
Dua lagi anak lelaki Mahathir - Mokhzani and Mukhriz - juga terbabit dalam perniagaan tetapi tidak begitu menonjolkan diri. Hanya selepas persaraan Dr Mahathir, barulah anak lelaki bungsunya, Mukhriz - satu-satu anaknya yang aktif dalam politik - bertanding jawatan exco Pemuda Umno dua tahun lalu, dengan memperolehi undi terbanyak. Mirzan kini menjadi Presiden Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) - sebuah badan pemikir yang ditubuhkan pada 1993.
Manakala adiknya, Mokhzani memiliki syarikat impot kereta mewah porshe dan juga menjadi pengerusi Litar Antarabangsa Sepang. Manakala anak perempuan - Marina -merupakan seorang aktivis Aids. Walaupun beliau berpegang teguh pada prinsip tidak membenarkan ahli keluarganya menjalankan perniagaan dengan pihak kerajaan, tetapi Dr Mahathir enggan mengulas apabila ditanya sama ada beliau memberi nasihat yang sama kepada pengganti pilihannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. "Ia terpulang kepada beliau. Saya tidak memberi nasihat (kepada beliau), tetapi inilah prinsip am yang saya katakan," kata Dr Mahathir. Kamaluddin - anak lelaki Abdullah - kini mengetuai syarikat minyak dan gas, Scomi, manakala menantunya, Khairy Jamaluddin pula merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia. Kebebasan akhbar Dalam wawancara selama 45 minit di pejabat beliau di tingkat 86 Menara Berkembar Petronas Dr Mahathir turut mempertahankan pelaksanaan projek mega sewaktu pentadbirannya, yang menjadi sasaran hebat kritikan.
Mengulas mengenai Jambatan Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya, Dr Mahathir berkata, orang tidak faham keperluan untuk "membina untuk masa depan". "Apabila anda hendak membina sesuatu, jangan bina untuk masa sekarang. Bina untuk masa depan," jelasnya.
Ditanya mengenai anggapan bahawa projek-projek besar seumpama itu boleh membawa kepada penyalahgunaan dan rasuah, Dr Mahathir berkata, kerajaan tidak mungkin dapat mengawasi semua orang. "Bagaimanakah anda hendak mengawasi mereka sepanjang masa? Orang yang mengawasi mereka, juga perlu diawasi. Ia adalah sesuatu yang amat sukar hendak dilakukan," katanya. Dr Mahathir juga mempertahankan pendiriannya mengenai kebebasan akhbar. Menurutnya, beliau hanya mengambil tindakan apabila pengkritiknya "mencetuskan kebencian antara kaum". Beliau mendedahkan, Akta Rahsia Rasmi (OSA) - undang-undang yang dipindanya untuk mengenakan hukuman penjara mandotari ke atas mereka yang mendedahkan rahsia kerajaan - adalah untuk menyekat kebocoran cadangan projek yang boleh menguntung pembida lain.
"Misalnya, jika seseorang membuat cadangan untuk melakukan sesuatu, mereka menirunya, dan tiba-tiba anda menerima lima hingga 10 cadangan dari pelbagai orang, kerana ada orang yang menjual permohonan tersebut.
Kita mesti menyekatnya," katanya. OSA, tegas Mahathir, bukan bertujuan untuk menyembunyikan perbuatan rasuah dalam kerajaan. "Perbuatan rasuah dalam kerajaan, jika anda ada bukitnya, kita tidak dapat lari daripadanya. Tetapi jika anda hanya membuat tuduhan terhadap orang lain berdasar apa yang anda dengar, kita tidak dapat ambil tindakan. Anda mesti adil kepada orang lain.
"Apabila anda berkata, saya melakukan ini, (dan) tidak dibenarkan mengkritik, itu menghakis kebebasan akhbar," katanya. Bagaimanapun, tegasnya, kritikan yang dibuat itu mestilah yang membina. Apabila ditanya sama ada kritikan terhadap keputusan kerajaan membatalkan projek jambatan ke Singapura boleh diangap tidak membina, Dr Mahathir berkata: "Apabila anda melakukan sesuatu yang sudah jelas salah, seperti menyerahkan hak kedaultan anda kepada negara lain, saya hanya komen mengenainya – itupun tidak boleh disiarkan? Berita asal
posted by jasindaily online @ 9:44 PM   0 comments
Rakyat mesti menolak kenaikan tarif elektrik
KUALA LUMPUR, 24 Mei (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa meminta rakyat Malaysia supaya menolak kenaikan tarif letrik yang berkuat kuasa 1 Jun ini sebagaimana diumumkan sebentar tadi oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Seri Dr Lim Keng Yaik.

Dr Lim dalam kenyataannya memberikan alasan bahawa, kenaikan ini tidak membebankan kerana majoriti pengguna seramai kira-kira tiga juta keluarga, menggunakan kurang daripada 300 kilowat. Bil mereka dijangka antara RM 44 dan RM 70 sebulan

Menurutnya, golongan berpendapat rendah tidak akan terjejas teruk kerana kadar bayarannya dibuat berdasarkan kepada jumlah penggunaan elektrik.

Nasharudin dengan tegas menyanggah alasan menteri dengan mengatakan, "Rakyat terutama golongan berpendapat rendah tetap akan terjejas dengan kadar purata tarif elektrik sebanyak 12 peratus sebagaimana pengumuman menteri."

Tegasnya, walaupun kenaikan itu hanya dikenakan kepada syarikat industri besar tetapi ia akan tetap menyulitkan perkembangan industri kecil.

"Mula-mula naik tarif elektrik kepada pengguna tertentu dan tidak mustahil selepas itu dinaikkan tarif kepada semua pengguna," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, selepas beliau mendengar pengumuman tarif tersebut.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, kenaikan tarif elektrik itu merupakan hadiah istemewa kepada pengundi-pengundi yang memberi sokongan kepada BN khususnya mereka yang baru sahaja mengundi dalam pilihan raya di Sarawak.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya turun beramai-ramai dalam perhimpunan aman 'protes sampai turun' pada 28 Mei ini di KLCC.

Sebelum ini PAS secara konsisten menolak kenaikan harga minyak kerana ianya memberikan implikasi yang buruk kepada kenaikan semua barangan dan perkhidmatan, sekaligus menjejaskan taraf kehidupan rakyat.
posted by jasindaily online @ 9:37 PM   0 comments
Dr M: Adakalanya Pak Lah tersilap langkah
Terjemahan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menerajui kepimpinan negara selama 22 tahun, kecewa dengan beberapa keputusan yang dibuat oleh pengganti pilihannya selepas persaraannya tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, ketika ditanya, beliau enggan mengulas mengenai prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerana tidak mahu timbul sebarang kesan negatif.
"Saya tidak gemar memberi pendapat mengenai prestasi kerajaan sekarang kerana ia boleh menimbulkan kesan-kesan negatif, jadi saya tidak akan menjawabnya. Itulah jawapan saya," katanya kepada pengarang malaysiakini sewaktu wawancara selama 45 minit minggu lalu.
Beliau kecewa dengan keputusan kerajaan sekarang, khususnya mengenai syarikat kereta nasional, Proton dan isu jambatan separuh.
"Saya kecewa dengan apa yang berlaku kepada Proton dan juga jambatan separuh," kata Dr Mahathir merujuk kepada syarikat kereta nasional itu serta pembatalan projek jambatan tersebut, yang dimulakan sewaktu pentadbirannya.
Beliau juga mendedahkan bahawa kerajaan Malaysia yang membuat tawaran kepada Singapura untuk menjual pasir serta kebenaran penggunaan ruang udara Johor.
Menurutnya, tawaran tersebut dibuat dalam satu mesyuarat pada tahun 2004 antara kedua buah buah negara untuk mendapatkan persetujuan Singapura untuk membina jambatan lurus.
Manakala tawaran penjualan pasir itu, kata Dr Mahathir, membabitkan sejumlah satu bilion meter persegi atau 50 juta kaki persegi setahun bagi tempoh selama 20 tahun.
"Itu akan menambah keluasan Singapura sebanyak satu setengah kali lebih besar daripada keluasannya sekarang. Keluasan itu sesuai untuk menampung penduduk seramai, mungkin 10 juta," tambahnya.
Kenyataannya itu bercanggh dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berkata April lalu bahawa tawaran tersebut adalah syarat yang ditetapkan oleh Singapura sebagai persetujuan bagi pembinaan jambatan tersebut.
"Berdasrakan rekod dan daripada mereka yang bercakap mengenainya -saya pasti mereka bercakap berdasarkan rekod yang betul - ini adalah tawaran Malaysia untuk memujuk Singapura supaya membina sebuah jambatan lurus," kata Dr Mahathir.
"Apabila Johor mendapat tahu mengenai tawaran tersebut, Johor membantah. Mereka tidak mahu membekal pasir kepada Singapura. Mereka tidak mahu ruang udara mereka dipenuhi pesawat pejuang dari Singapura," katanya.
'Kesilapan' sejarah
Mahathir, yang memberhentikan penjualan pasir kepada Singapura pada 1997 dan juga penggunaan ruang udara Malaysia oleh republik tersebut, membandingkan tawaran berkenaan dengan "kesilapan" dalam sejarah penjualan Singapura dan Pulau Pinang kepada penjajah British.
Beliau mengambil keputusan tersebut kerana ia merosakkan alam sekitar dan memusnahkan kawasan pembiakan ikan, serta prospek ia menguatkan lagi sebuah negara jiran "yang tidak mesra" dengan Malaysia.
Menurut beliau, sepertimana Malaya 'tertipu' dengan menjual Singapura kepada penjajah British dengan harga RM60,000 dan Pulau Pinang dengan harga RM10,000, kerajaan sekarang menjual pasir – 'sebahagian daripada Malaysia' – kepada Singapura.

"Kita tidak sepatutnya membina Singapura menjadi sebuah negara yang besar. (Malah dengan keluasannya sekarangpun) ia sudah pun tidak baik dengan kita," katanya.
Beliau juga menyifatkan Gevi SpA – syarikat yang membeli MV Agusta Motors dari Proton – sebagai sebuah syarikat 2-euro
Mahathir berkata, beliau telahpun membuat semakan mengenai syarikat berkenaan dan mendapati ianya ditubuhkan khusus untuk membeli Agusta.
"Mengapa mereka di Itali menubuhkan syarikat ini untuk membeli Agusta, lama sebelum kita tahu yang Agusta hendak dijual? Bagaimanakah mereka mengenalpasti orang-orang ini? Bagaimanakah mereka boleh menawarkan (menjual) syarikat itu pada harga berkenaan? Adalah syarikat ini terbabit dalam industri automatif?" soalnya.
Gevi SpA membeli 57 peratus saham Proton dalam Agusta, sebuah syarikat motosikal di Itali, Disember lalu dengan harga nominal 1 euro (RM4.55).
Mahathir, yang menemui pengarang malaysiakini di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas pada 16 Mei lalu, memulakan wawancara dengan mengatakan bahawa beliau tidak pernah menyukai lamanweb tersebut kerana "ia amat kritikal" terhadapnya. Berita asal
Ini adalah siri pertama daripada tiga bahagian wawancara Dr Mahathir dengan malaysiakini.
posted by jasindaily online @ 6:03 PM   0 comments
Dinar: Teks ucapan Husam dalam Seminar Ekonomi
Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Dato' Husam Musa dalam Seminar Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam 2006 anjuran Pusat Kajian Strategik Kelantan, 21 Mei lepas sebenarnya melontarkan kembali suatu cetusan idea untuk membebaskan umat Islam daripada belenggu kekangan ekonomi.
Bagaimanapun isu ini mencetuskan kontroversi apabila Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa berada di Sharm al-Sheikh Mesir, dengan tegas menolak apa yang dikatakan hasrat Kelantan untuk mempraktikkan perlaksanaan Dinar dan Dirham dalam tempoh tiga bulan lagi.
Sedutan daripada ucapan Husam
Seminar ini diadakan di atas impian Tuan Guru, Dato' Menteri Besar, untuk melihat sebuah bank berasaskan prinsip mudharabah yang walaupun impian ini memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan tetapi ini adalah sebuah impian YAB Menteri Besar dan insya-Allah pada suatu masa impian ini akan dilaksanakan sama seperti program-program yang telah kita laksanakan sebelum ini.
Allah SWT telah memberi izin kepada kita mencari keuntungan melalui jalan yang halal iaitu berjual beli yang sangat luas dan Allah mengharamkan riba. Dan telah menjadi satu cara Allah bila Dia on satu perkara dan off satu perkara tanpa Dia tidak memberi satu jalan keluar.
Riba kita tak perlu ulas kesan negatifnya kepada ekonomi dunia keseluruhannya, termasuk statistik - statistik dunia yang menunjukkan negara kurang maju yang meminjam dari negara maju berakhir dibelit oleh pinjaman-pinjaman yang besar.
Hari ini Amerika memerlukan pinjaman 2 billion US setiap hari untuk membiaya belanjawan defisitnya
Seluruh dunia tahu kita perlu keluar dari belitan riba tetapi dunia tidak mempunyai jawapan selain Islam yang memberi jawapan terhadap sistem ini, tetapi malangnya kuasa negara Islam yang sebenar telah runtuh dan oleh kerana itu kita dalam proses memulihkan semula, bukan sahaja kuasa pemerintahan, malah seluruh sistem yang telah diasaskan oleh Islam.
Apa yang telah digembar-gemburkan seperti proses globalisasi, free trade, sebenarnya pada zaman keemasan Islam telah pun di'globalise'kan oleh Islam.
Pada waktu itu, mata wang tunggal ialah emas, yang dipanggil sebagai dinar diterima pakai di seluruh negara Islam. Oleh kerana itu, kita tidak ada masalah currency. Kita mempunyai single currency based on gold atau berasaskan emas.
Dan kita pada asasnya memiliki single citizenship yang tidak memerlukan batas-batas yang memerlukan visa ataupun pasport untuk memasuki mana-mana wilayah-wilayah Islam yang luas bahkan di luar wilayah Islam.
Sebab itu, wujud Jalan Sutera dan perdagangan laut sehingga ke kepulauan Maluku. Maluku adalah berasal dari root bahasa Arab al-Mulk atau al-Malik, yang kemudiannya menjadi Maluku, sebagai simbol Islam menguasai jalan perdagangan ini dan kebebasan perdagangan telah berlaku pada waktu itu.
Dan kemudiannya hanya apabila Islam runtuh, penjajah-penjajah telah memperkenalkan sempadan-sempadan berasaskan Negara Bangsa atau Nation State. Dan pada waktu itu, diperkenalkan visa yang kadang-kadang hendak memasuki negara Islam dengan negara Islam yang lain memerlukan 14 hari permohonan visa yang menghalang secara automatik pergerakan perdagangan bebas dan kemudian diperkenalkan mata wang berasaskan negara bangsa tersebut yang telah membataskan lagi kelancaran perdagangan bebas pada waktu itu bagi membolehkan penjajah menguasai perdagangan dunia.
Oleh kerana itu, sebenarnya, globalisasi dari satu segi sebenarnya adalah satu kebangkitan Islam yang universal, yang akan memulihkan semula perdagangan bebas sebenar, yang adil dan saksama kepada masyarakat dunia.
Dan dalam konteks ini, kita memerlukan pemulihan currency kita iaitu dinar yang berasaskan pada emas, dan perak iaitu dirham. Dalam sistem kewangan Islam, bagi memastikan tidak ada unsur riba, wang itu sendiri mestilah mata wang yang sebenar.
Bukan satu issuance paper money, keluaran wang kertas yang kemudiannya diperakukan sebagai gambaran nilai yang sebenarnya adalah satu ilusi. Oleh kerana itu, saya yakin kita memerlukan pemulihan penggunaan mata wang kita.
Satu masa, pada peringkat kerajaan kita seolah-olah seakan-akan sudah memahami kepentingan dinar dan dirham. Dinar ialah 4.3 gram emas iaitu ukuran yang telah ditetapkan pada Zaman Saidina Umar al-Khattab dan dirham ialah 7 gram perak. Dan satu dinar bersamaan 7 keping dirham.
Tetapi kemudian, selepas pertukaran perdana menteri baru, tajuk ini telah lenyap. Kerajaan Kelantan Alhamdullilah atas arahan YAB Tuan Guru telah mengambil inisiatif mengadakan satu jawatan kuasa untuk memulakan penggunaan dinar dan dirham melalui outlet ar-Rahn yang telah kita tubuhkan
Suka saya memberikan sedikit latar belakang kepada kepentingan ar-Rahn dalam sistem kewangan negeri Kelantan. Saya masih ingat di Jalan Sultan Ibrahim suatu masa dahulu ada beberapa kedai pajak gadai di situ yang sentiasa dikerumuni oleh orang Islam.
Dan kedai pajak gadai ini mengasaskan perniagaaan mereka pada; pertama, interest di mana barangan yang ditukarkan sebagai pajakan dikenakan interest yang sangat tinggi, lebih kurang sistem along sekarang.
Yang kedua, mengenakan penilaian yang sangat rendah, misal kata barang seribu, dinilaikan sebanyak 300 ringgit dan dikenakan pinjaman tiga ratus ringgit, dikenakan interest yang sangat tinggi yang menyebabkan akhirnya yang menggadai tidak mampu untuk menebusnya yang akhirnya menyebabkan sebahagian harta orang Islam ditelan oleh sistem ini.

Hanya apabila YAB Tuan Guru pada waktu itu menjadi Menteri Besar dan atas bantuan Dato' Hj. Halim yang ketika itu Timbalan Menteri Besar telah menyusun satu sistem ar-Rahn ini dan sehingga hari ini, kita telah mengeluarkan pinjaman atau aliran keluar masuk wang berjumlah 500 juta ringgit.
Dan ini membantu peniaga-peniaga kecil mendapatkan pinjaman mudah dalam bentuk gadaian barang kemas mereka yang tidak dikenakan interest, kita tukar kepada sistem bayaran simpanan, dan tidak ada sistem lesapan dan dengan penilaian yang sebenar. Dan ini telah berjaya menyelamatkan kewangan masyarakaat Islam Kelantan, tetapi lebih penting daripada itu, pada pendapat saya ialah melalui ar-Rahn telah memperkukuhkan sistem simpanan nilai rakyat Kelantan dalam bentuk emas.
Ini yang penting sekali kerana emas sahaja yang boleh menentang inflasi ataupun emas dan perak yang mempunyai nilai di atas dirinya sendiri dapat menentang inflasi.
Misalnya, dalam tahun 2005 emas di peringkat antarabangsa telah meningkat 30% sedangkan mata wang dolar telah merosot lebih besar daripada itu. Jika kita menyimpan wang di bank sekalipun, walaupun kita mendapat interest, ia ditelan oleh inflasi yang terus meningkat dan kejatuhan matawang kertas. Dan jalan yang paling selamat ialah kita simpan dalam bentuk Emas. Dan satu daripada bentuk emas itu ialah dalam bentuk kepingan yang dipanggil dinar.
Insya-Allah apabila persiapan ini selesai, kita akan memulakan peringkat yang paling awal, paling kecil sekali dengan menjadikan ar-Rahn sebagai outlet menjual dan membeli dinar. Dan Insya Allah kemudiannya kita boleh kembangkan untuk memberikan pilihan kepada pegawai dan kakitangan kerajaan Negeri Kelantan untuk menerima gaji mereka sama ada dalam bentuk ringgit sebahagiannya, dan sebahagian lagi dalam bentuk dinar. Dan dengan itu, memerlukan bank-bank yang mempunyai simpanan wang emas.
Walaupun hari ini, keseluruhannya bank Islam tidak mempunyai akaun ini, tetapi saya yakin apabila sistem ini kita mulakan, bank dengan sendirinya memerlukan pembukaan akaun dalam bentuk emas yang akan kita gunakan dalam unit Dinar dan Dirham.
Dari sini, mungkin kita boleh perkembangkan lagi menjadikan sebahagian daripada bayaran yang diterima oleh kerajaan seperti premium pembalakan, sebahagiannya secara opsyen dibayar dalam bentuk dinar dan dengan sendirinya kita dapat memberikan satu simpanan nilai yang berkembang mengikut kadar inflasi sesebuah negara.
Insya-Allah perkara ini dalam proses, dan atas hasrat YAB Tuan Guru juga, kita telah berbincang dengan beberapa bank tempatan untuk memulakan satu akaun amanah bagi membolehkan rakyat Kelantan khususnya dapat melabur dalam akaun amanah ini untuk kita majukan beberapa projek dalam negeri Kelantan seperti pembangunan Bandar Baru Tunjong di mana pengambilan tanah sedang berlaku dan rakyat yang mempunyai wang dari jualan tanah mereka dan kita galakkan mereka melabur dalam akaun amanah ini untuk dilaburkan semula dalam bentuk pembangunan harta tanah di bandar tersebut.
Atas dua tiga konsep ini, kita berharap kita memulakan langkah utama lagi praktikal kepada dinar dan dirham,dan InsyaAllah pada suatu masa kita akan dapat menggantikan peranan US Dolar atau Euro pada masa akan datang. Di peringkat kerajaan Malaysia, saya ingat yang boleh mereka lakukan secara immediate ialah untuk membolehkan untuk jamaah haji diberikan satu kad online yang mencatitkan milik keping dinar mereka miliki sebagai deposit haji dan mereka boleh "cash"kan dinar ini di Arab Saudi dengan tidak memerlukan lagi conversion kepada dollar.
Saya berharap pada persidangan ini cita-cita YAB Tuan Guru untuk merealisasikan sebuah bank yang benar-benar berasaskan mudharabah dengan bantuan rakan-rakan kita sebagai panelis dan yang terakhir sekali saya difahamkan walaupun kita sudah memulakan sistem perbankan Islam agak alam tetapi dari segi regulation yang mengawal perbankan Islam saya difahamkan sesetengah bankers bahawa banyak lagi regulasi yang tidak memberikan invironment yang kondusif bagi bank-bank Islam berkembang selaras dengan prinsip-prinsip syariah yang sebenar, bahkan saya difahamkan beberapa produk bank Islam pada keseluruhannya masih perlu dikaji.
Kita berharap kerajaan Malaysia tidak statik dalam isu regulation perbankan Islam. Mesti dinamik bukan sahaja perbankan Islam itu mesti berkembang tetapi peraturan-peraturan yang mengawasinya dan memberikan ruang hidup untuk perbankan Islam ini mesti diberikan nafas yang dinamik untuk dipertingkatkan diperbaiki dari semasa ke semasa.
Dan dengan itu, barulah bank Islam dapat akhirnya benar-benar menjadi Islamic Banking, bukan hanya pada namanya. Hanya dengan itu, kita dapat lipat-gandakan kekuatan kewangan umat Islam
posted by jasindaily online @ 5:45 PM   0 comments
Kelantan guna nilaian wang dinar - Dollah Badawi halang laksana ekonomi Islam
Tuesday, May 23, 2006
Kerajaan Kelantan bakal menjadi negeri pertama di negara ini menggunakan nilaian mata wang dinar dan dirham apabila ia dilaksanakan kira-kira tiga bulan lagi.

Sementara itu Malaysiakini memetik berita - PM Abdullah Badawi rejects PAS's plan on Islamic currency.

The Malaysian government has slapped down plans by the Muslim rulers of Kelantan to introduce the Islamic dinar and dirham currencies, reports said Monday.

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Dato' Husam Musa berkata, cadangan berkenaan dibuat bagi menjaga mata wang supaya tidak terus susut, sebaliknya meningkat mengikut perkembangan semasa.

Katanya, untuk menggunakan dinar (emas) dan dirham(perak) dalam konteks simpanan nilai, pajak gadai Islam Ar-Rahn diberi tanggungjawab penuh untuk menjayakannya iaitu mengeluarkan syiling dalam bentuk emas.

"Mereka boleh membeli dinar dari Ar-Rahn dan sekiranya mereka nak tunai, mereka boleh jual balik dinar berkenaan kepada Ar-Rahn," katanya selepas merasmikan Seminar Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam 2006 di Hotel Grand Riverview, di sini, semalam. Seminar itu dianjurkan Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan.

Menurutnya, dengan cara itu dinar dijadikan sebagai simpanan nilai bagi mengatasi kesan inflasi di negara ini. Ini kerana, menurutnya harga emas akan naik dari semasa ke semasa mengikut perkembangannya, sedangkan mata wang kertas turun juga mengikut perkembangan yang sama.

"Sebagai contoh di zaman Rasulullah seekor ayam di Pasar Madinah berharga satu dirham, sekarang satu dirham kalau kita tukar di syarikat tukaran wang asing kita nak wang tunai, dia akan beri kita lebih kurang RM9.

"RM9 ni boleh dibeli ayam, jadi nilainya 1,400 tahun dahulu di zaman Rasulullah s.a.w kekal, di mana harga di zaman itu satu ekor ayam satu dirham," ujarnya.

Sambungnya lagi, dalam konteks dinar ini juga bukan berhasrat untuk mematikan pajak gadai lain, itu terpulang pada pengguna kaedah mana yang mereka ingin pilih.

Katanya, rakyat Kelantan perlu memahami simpanan emas adalah menguntungkan mereka memandangkan harga emas akan naik mengikut perkembangan semasa.

"Sedangkan sekiranya mereka menyimpan wang dalam bentuk kertas, harganya akan turun, jadi mereka akan diberi pilihan dibayar sebahagian gaji mereka dalam bentuk emas. Bank tertentu kini telah bersetuju untuk membuka akaun dalam bentuk simpanan emas.

"Sebagai contoh katakan akaun saya di bank berkenaan Husam bin Musa ada RM3,000 tunai dan dinar ada 200 keping. Sekarang saya pergi ke bank berkenaan nak keluarkan 10 keping dinar, tetapi saya nak keluarkan dalam bentuk RM.

"Di bank berkenaan tiap-tiap hari ada rates dia, katakan hari ini satu keping dinar harganya RM250, sedangkan empat tahun lepas satu dinar harganya RM180, jadi sudah naik RM70 dalam tempoh empat tahun.

"Jadi bank akan keluarkan pada saya dalam bentuk RM bersamaan dengan 10 keping dinar, jadi dalam akaun saya akan ada hanya 190 keping dinar," ujarnya.

Husam berkata, sekarang cadangan kerajaan negeri bukan menjadikannya sebagai mata wang, sebaliknya hanya sebagai simpanan nilai.

Tetapi tambahnya, sekiranya kerajaan Malaysia memikirkan sudah sampai masanya negara ini menggunakan dinar dan dirham sebagai mata wang, tidak menjadi masalah, sebaliknya ia merupakan cara yang baik dengan mengekalkan penggunaan RM.

Beliau berkata, kaedah itu sama seperti perbankan cara Islam dan perbankan konvensional bagi membolehkan masyarakat memilih kaedah mana yang mereka mahu.

"Jadi kenapa tidak negara kita mempunyai dua mata wang, iaitu matawang emas dan mata wang kertas biasa sebagaimana yang diamalkan sekarang," ujarnya.
posted by jasindaily online @ 9:56 PM   0 comments
MP Jasin Mohd Said di siasat oleh 4 Menteri Rasuah
PUTRAJAYA: Jasin MP Datuk Mohd Said Yusof will face an inquisition by four ministers on the extent of his "help" to a timber importer when he asked the Customs to "close one eye" on an illegal consignment of logs.

The inquiry panel will be led by Deputy Prime Minister and Barison Nasional chief Whip in Parliament, Datuk Seri Najib Razak.

Other members are Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy, Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu and Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz. They are the BN’s deputy Whips.

"We agreed to form a panel to meet with the Jasin MP soon," Najib said after launching the National Entrepreneur Institute here yesterday. "We have yet to set the date as we just finished the Sarawak election."

Initially, Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi had asked Najib to meet Mohd Said for an explanation of the incident.

The New Straits Times reported on May 4 that an MP had asked Customs for leniency regarding the import of a consignment of timber.

Mohd Said later admitted he was the MP in question and that he had an interest in the importation because his shipping and forwarding company was handling the consignment.

This sparked an uproar in Parliament, which saw the resignation of Datuk Shahrir Samad as president of the Backbenchers' Club after BN MPs voted against a DAP motion to refer the NST to the Rights and Privileges Committee to verify the report. Shahrir had supported the motion.

The Cabinet subsequently agreed to set up a committee to draft ethical guidelines for MPs engaged in business.
posted by jasindaily online @ 9:48 PM   0 comments
KUSZA Hanya Tinggal Nama................
Dalam keadaan hampir semua negeri termasuk Perlis bahkan MIC dan MCA mahukan institusi pengajian mereka sendiri........tetapi Kerajaan negeri Terengganu secara drastik mengambil tindakan membubarkan KUSZA dan menyerahkan KUASA sepenuhnya institusi ini kepada KERAJAAN PUSAT di bawah penubuhan Universiti Darul Iman, Terengganu.

Sebagai anak watan negeri Terengganu, terasa hancur luluh hati ini apabila mendapat tahu pihak kerajaan negeri telah sebulat suara meluluskan enakmen memansuhkan KUSZA iaitu satu-satunya institusi kebanggaan negeri Terengganu sebelum ini . Kini, KUSZA hanya pada nama, tetapi lambang dan identitinya telah lenyap... Rakyat Terengganu telah kehilangan institusi pendidikan mereka sendiri..WAJARKAH ini terjadi??? Mengapa tidak KUSZA dikekalkan dan DINAIK TARAFKAN ? Adakah kerajaan negeri sengaja mahu melepaskan tangan kerana tidak mahu menampung dan membiayai kos 80 juta setahun terhadap KUSZA?..Agaknya inilah antara kejayaan Kerajaan Pimpinan Islam Hadhari...........

Sekiranya Kerajaan Pusat benar-benar memahami tanggungjawab mereka dalam aspek pendidikan, mereka seharusnya telus untuk membela nasib rakyat dalam menangani masalah pendidikan anak bangsa. Tetapi sebaliknya pendidikan dijadikan ISU POLITIK. Kerajaan menjanjikan penubuhan universiti baru sekiranya mereka menang dalam pilihanraya lalu. Begitu juga janji Kerajaan pada negeri Sarawak dan Kelantan..........sedangkan tanggungjawab itu sememangnya sudah termaktub dalam perlembagaan yang mana wajib dan seharusnya ditunaikan oleh kerajaan pusat.

Jika benar - benar kerajaan pusat ikhlas, MENGAPA PERLU KUSZA DI AMBIL......MENGAPA TIDAK MENUBUHKAN UNIVERSITI BARU SAHAJA??

Adakah dengan sewenangnya kita mahu melupakan jasa pimpinan-pimpinan terdahulu yang berusaha bertungkus lumus menubuhkan KUSZA?

Seawal penubuhannya pada Jun 1980, pimpinan UMNO telah berusaha mencari jalan keluar untuk meningkatkan taraf penuntut anak-anak orang Terengganu dan dengan sepakat berwawasan menubuhkan KUSZA. Walaupun pada ketika itu pendapatan kerajaan negeri hanyalah menerusi tambahan hasil dari royalty petroleum iaitu tidak lebih dari 230 juta setahun. Namun hari ini, menerusi bajet belanjawan 2006, di mana kerajaan negeri telah memperolehi peruntukan sebanyak 1.7 Billion setahun, adakah KUSZA yang hanya memerlukan kos 80 juta setahun itu tidak dapat kerajaan negeri biayai dan tanggung demi kemudahan pada anak-anak Terengganu yang masih lagi memerlukan institusi ini?

Adakah KUSZA gagal dalam menjalankan atau memenuhi aspirasi rakyat Terengganu??

Sepanjang penubuhannya, KUSZA yang merupakan institusi pendidikan berteraskan Islam ini telah berjaya melahirkan ramai golongan elit menerusi 23 program yang telah ditawarkan dalam bidang pengajian Agama dan Technological Study. Penuntut-penuntut ini bukan sahaja diiktiraf, bahkan berpeluang melanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah dan barat juga di Institut-Institut Pengajian lain di seluruh Negara. Dengan prestasi Kemajuan dan Pertumbuhan ini, KUSZA benar-benar memiliki potensi untuk menjurus ke arah usaha menaik tarafkan pusat pengajian ini sebagai Universiti. Justeru, mengapakah KUSZA yang tidak ada cacat celanya ini dibubarkan dan dimansuhkan segala visi dan misinya? Walaupun UDI ada..dan KUSZA dijadikan sebahagian dari pusat pengajian UDI, tetapi kuasa telah berada di bawah kawalan kerajaan Pusat..

Kami selaku rakyat Terengganu telah banyak kali mengalami kekecewaan apabila telah banyak kali membuat perjanjian dengan kerajaan pusat :-
1) Perjanjian Royalti Petroleum (sehingga kini masih lagi menjadi kes mahkamah)
2) Perjanjian Pegawai Tadbir Agama (PTD)
3) Perjanjian MRSMYT (campurtangan kerajaan pusat menyebabkan MRSMYT ditutup dan dijadikan isu politik)
4) Pembinaan Jambatan Sultan Mahmud ( Kerajaan Negeri terpaksa menampung kos pembinaannya sedangkan sepatutnya di bawah tanggungan Kerajaan Pusat)


APAKAH TIDAK CUKUP LAGIKAH PENGAJARAN UNTUK KITA JADIKAN PENGIKTIBARAN?? : Apabila melepaskan sesuatu yang menjadi milik kita, akhirnya menjadi diluar kekuasaan dan tidak ada lagi kawalan, hanya sekadar melihat dengan putih mata...........

Tun Mahathir sendiri dalam pemerhatiannya terhadap nasib Negara yang ''mudah menggadaikan hak milik sendiri''pernah bersuara ''We made a mistake of giving Singapore to British (Lee Kuan Yew), We want to give some more?''

Pimpinan kerajaan negeri seharusnya memandang secara objektif terhadap justifikasi isu ini. Dalam keadaan lebih 500 pusat pengajian yang terdapat di seluruh Negara, Terengganu masih lagi jauh ketinggalan.........dengan ranking Negara kedua paling miskin....dan masih tidak ada universiti yang diberi oleh pusat . Sedangkan kerajaan negeri sepatutnya perlu berusaha untuk berjuang mengekalkan dan menaik tarafkan KUSZA dan mampu memperoleh 2 universiti. Namun kini tiada apa lagi yang boleh diharapkan.....kerana KUSZA telah diMANSUHKAN....kedalam suatu Institusi (UDI) yang dianggarkan akan kita nikmati tetapi Kuasa TIDAK ADA LAGI........
posted by jasindaily online @ 9:45 PM   0 comments
PAS Perlu menangi hati remaja perempuan - isu serius yang perlu dikaji
Sunday, May 21, 2006
Kekalahan Pas pada pilihan raya lalu seharusnya menyedarkan kita semua dan harus bermuhasabah. Ini kerana apa yang amat merisaukan kita ialah kekalahan ini ada yang telah mematikan semangat sebahagian penyokong kita. Ada yang tidak percaya perjuangan yang "very confident to win' tiba-tiba bertukar menjadi kekalahan yang amat teruk.

Dalam pemerhatian saya ada beberapa isu penting yang PAS dan Pembangkang harus mulakan dari sekarang iaitu:-

1) Meraih sokongan golongan muda terutama remaja perempuan. Golongan ini amat kecil yang meminati politik. Mereka lebih kepada mementingkan pelajaran dan hiburan serta kerja. Jika ada yang menyokong dan memprotes pun cuma di mulut sahaja dan tidak aktif di dalam meminati perkembangan politik.

Saya amat optimis kepada kelahiran golongan muda yang amat pro Barisan alternatif tetapi majoritinya adalah lelaki sedangkan majoriti rakyat malaysia adalah hampir 50% adalah wanita.Sesuatu harus kita lakukan untuk mendekati golongan remaja perempuan ini

2) Pemimpin PAS harus menunjukkan model 'cakap serupa bikin' bukannya NATO. ( No action Talk Only).

Kita buktikan kepada rakyat kemampuan kita dan ketelusan program kita. Minta pandangan dari perbagai sudut profesionalisme dalam membuat dasar dan pertimbangan. Segala dakwaan kita haruslah berasaskan fakta dan data-data agar ianya dapat dibahaskan. Saya cadangkan segala pendedahan penyelewengan Kerajaan sekarang dibahas bersama di dalam laman web ini dan semua orang akan tahu berdasarkan fakta dan angka/data yang dibahaskan. Ini boleh jadi seperti Brain storming dan cara kita menyelesaikan masalah. Kita harap rakyat sedar kita juga membantu usaha menperbaiki / improvement society dan bukan hanya mengkritik.

3) Kita adalah Parti Politik dan Seharusnya Program kita berterusan.
Sebagai ahli PAS kita hendaklah komited terhadap perjuangan ini dan consistent dalam program tindakan problem solving serta trouble shooting masalah yang kita hadapi dan masyarakat hadapi. Kursus kepimpinan PAS kawasan dan cawangan harus kita anjurkan dan tidak timbul kecelaruan dan perpecahan. How me manage the party?. Masalah ketidakfahaman dan kurangnya pengetahuan stail-stail kepimpinan dan pengurusan menyebabkan kita gagal.Kebanyakan kita amat menyanjung profesion ahli ahli agama dalam pertubuhan tetapi apa salahnya kita menonjolkan ahli yang sedikit moderat dalam generasi muda untuk memimpin masyarakat. Contoh jelas seperti Dr Hassan Ali dan Dr Hatta Ramli. Kadangkala untuk memenangi hati rakyat kita perlu bertindak bijak dan berpandangan terbuka dalam kerangka ISLAM
.

Apa yang penting continues training and motivation is must for all leader di dalam PAS. Saya harap kepimpinan menilai cadangan saya ini.

posted by jasindaily online @ 9:41 PM   0 comments
Apa Pendirian Pemuda UMNO?
Isu tuntutan IFC yang disokong oleh beberapa NGO orang Islam dan beberapa MP UMNO sedang hangat diperkatakan. Walaupun media perdana tidak melihat isu ini sebagai isu besar, tindakan penganjur IFC ini mengadakan forum dan seminar di merata tempat dapat dihidu oleh sebahagian umat Islam yang prihatin sebagai satu propaganda berterusan ke arah merealisasikan tuntutan mereka sehingga akhirnya berjaya diwartakan sebagai suatu 'kontrak agama' yang baru di negara ini.

Malang sekali masih ramai umat Islam yang gagal melihat kesan buruk yang cuba dipaksakan ke atas kemuliaan agama Islam dan hak-hak umat Islam yang tidak pernah dipaksakan ke atas orang bukan Islam (kecuali selepas mereka masuk Islam). Perbuatan mereka ini harus dilihat sebagai cuba mencampuri urusan agama Islam dan ianya harus ditentang seperti mana jika mereka cuba mencampuri adat istiadat orang Melayu.

Cuba bayangkan jika ada sekelompok warga Malaysia berbangsa Cina atau India cuba memaksakan orang Melayu supaya tidak lagi menggunakan keris sebagai lambang bangsa kerana keris itu adalah satu senjata yang digunakan hanya untuk mencederakan atau membunuh manusia lain. Keris tidak biasa digunakan untuk memotong kek harijadi atau buah melainkan digunakan khusus dalam pergaduhan. Penggunakan keris sebagai lambang bangsa Malayu seolah-olah menjustifikasikan sebarang dakwaan bahawa orang Melayu kaki gaduh dan 'gedebe'.

Agak logik juga untuk bersetuju dengan dakwaan seumpama ini, jika benar orang Melayu mendakwa sebagai bangsa dan penganut Islam yang mengamalkan toleransi agama dan sukakan pendekatan yang lemah lembut. Persoalannya sanggupkan orang Melayu melucutkan kerisnya?

Pemuda UMNO mendakwa sebagai pendokong warisan pimpinan bangsa Melayu yang kononnya lantang dan pantang dicabar bila maruah bangsa dan agama hendak dicabar. Ke mana perginya gigi dan taring mereka bila kini agama Islam dicabar?

Biro Agama Pemuda UMNO yang dirasakan paling dekat dengan isu IFC ini belum kedengaran bertempik meminta lawan masuk gelanggang untuk beradu jantan. Yang dilihat turun ke gelanggang hanyalah NGO-NGO Islam, dan amat mudah pula untuk melabelkan mereka sebagai pro-PAS walaupun PAS sendiri pun nampaknya masih berkira-kira untung-rugi jika turut bertarung melawan penjahat IFC ini secara berhadapan.

Siapa lagi yang dapat diharapkan oleh umat Islam untuk membantu membenteras golongan 'chauvanist anti-Islam' ini supaya kemuliaan dan hak agama Islam serta umatnya mendapat pembelaan.

Pemuda UMNO digesa menyatakan pendirian, samada menyokong atau membantah tuntutan IFC ini supaya kami, rakyat Malaysia sekaliannya tahu siapa sahabat dan siapa musuh. Ataupun mereka hanya mahu terus berpegang kepada keris sebagai simbol kekeramatan Melayu zaman purba sambil bernostalgia mengkagumi kejayaan datuk monyang bertarung dengan harimau dan monyet.

Di bawah ini diturunkan agenda Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia sebagai 'benchmark' dalam menilai keupayaan dan 'commitment' mereka untuk membela Islam di saat dilanda fitnah seperti skarang ini.

Agenda Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia

1) Memperjuangkan kemuliaan nilai-nilai Islam Islam progresif dan dinamik.

2) Memperbetulkan tanggapan dan salah faham Islam dan menangani dakyah serta penyalahgunaan Islam oleh pembangkang terutama Pas.

3) Membantu kerajaan di dalam mengenengahkan dan memperjelaskan Konsep Islam Hadhari yang disarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

4) Memperkasakan pembangunan kepimpinan agama di kalangan golongan seperti pelaksanaan program Imam Muda dan lain-lain di samping mendekatkan golongan muda kepada Islam.

5) Memperkasakan institusi keluarga dan Islam sebagai pemangkin kepada pembangunan umat Islam yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
posted by jasindaily online @ 6:04 PM   0 comments
PENANGGUHAN PENSTRUKTURAN BARU TARIF ELETRIK UNTUK MENYELAMATKAN POLITIK BN DI SARAWAK
Pemuda Barisan Alternatif Negeri Johor (Pemuda BA Johor) melihat bahawa penangguhan penstrukturan baru tarif eletrik yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 17 Mei 2006 yang lalu hanyalah semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan politik Barisan Nasional (BN) di negeri Sarawak.

Jika dilihat daripada perkembangan kempen pilihanraya di Sarawak pada kali ini yang agak membimbangkan BN, pengumuman tarif elektrik yang baru sudah tentu akan memberi kesan yang besar kepada pengundi di Sarawak. Pengundi yang telah mula terbeban dengan kesan kenaikan harga minyak petrol/diesel sudah tentu tidak mampu untuk menanggung kesan tariff baru yang sudah semestinya tidak menguntungkan rakyat.

Politik murahan BN ini memang sudah dijangka kerana rakyat telah melihat kesan apabila memberikan mandat yang besar kepada BN yang mempunyai lebih 90 peratus kerusi di Parlimen pada pilihanraya Umum ke 11 yang lalu, kerajaan dengan mudah menaikkan tariff eletrik tanpa menghiraukan kesannya kepada rakyat.

Kenyataan yang dilakukan oleh Pak Lah bahawa penangguhan struktur baru tarif elektrik adalah untuk kebajikan rakyat dan untuk memastikan seramai mungkin golongan berpendapatan rendah tidak terjejas dengan tarif elektrik yang lebih tinggi tidak dapat diterima kerana tindakan yang sama tidak dilakukan ketika ingin menaikkan harga minyak. Kenapa kabinet tidak menangguhkan kenaikan harga minyak di atas alasan yang sama?.

Jika benar kenyataan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik bahawa antara cadangan yang dikemukakan ialah supaya mereka yang menggunakan tenaga elektrik sebanyak 150kW/jam atau kurang dalam sebulan dikenakan bayaran sebanyak RM30 yang sekarang ini dengan kadar yang sama pengguna dikenakan sebanyak RM 32, mengapa perlu ditangguhkan?. Sudah tentu ada agenda tersembunyi disebalik penangguhan tersebut.

Kerana itulah, Pemuda BA Johor yakin bahawa penangguhan ini adalah sebagai penanguhan yang bersifat politik kerana bimbang pengumuman ini akan memberikan kesan yang buruk kepada BN yang kini sedang bertarung hebat dalam pilihanraya di Sarawak.

Selesai sahaja pilihanraya di Sarawak nanti, kabinet tidak akan menangguhkan lagi tarif baru eletrik negara. Ketika itu, pertimbangan untuk kebajikan rakyat akan dilupakan.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Pengerusi
Jawatankuasa Pemuda BA Negeri Johor
(Ketua Dewan Pemuda PAS Johor)
posted by jasindaily online @ 6:03 PM   0 comments
Pak Lah Berlunak dengan IFC tapi keras dgn rakyat.
Bukan main bagus lagi nasihat Pak Lah kepada IFC supaya berhati-hati berbincang, dengan lain-lain perkataan supaya umat Islam tidak terasa hati atau cemburu bila peruntukan-peruntukan syariah mula dipertikaikan. Mentang-mentang anaknya ada dalam SIS lalu mereka yang anti-syariah ini harus dilayan dengan lembut begitu rupa. Sampai hati Pak Lah bersekongkol dengan anasir-anasir anti-Islam sampai lupa akan tanggung jawabnya yang paling besar sebagai ketua negara iaitu menjaga agama.

Pak Lah, masa untukmu hanya tinggal dalam bilangan jari. Ayuh rakyat sekalian, kita perlukan pembela agama, bukannya pengkhianat seperti Pak Lah. Mengapa beliau begitu lunak dengan IFC bila perhimpunan mereka direstui sedangkan perhimpunan rakyat yang bersuara membantah kenaikan harga minyak ditangani dengan keras. Mari bersama menyumbang untuk jatuhkan Pak Lah kerana ini adalah jihad menjatuhkan toghut.

Forum Antara Kepercayaan tidak diharamkan -PM Kerajaan tidak bercadang untuk mengharamkan Forum Antara-Kepercayaan yang pada hari Ahad lalu terpaksa dihentikan ketika berlangsung di Pulau Pinang kerana berlaku demonstrasi membantahnya. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ini kerana ia tidak melanggar undang-undang.

Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri juga menafikan dakwaan bahawa polis telah bertindak membatalkan forum itu, sebaliknya hanya meminta ia dipendekkan untuk mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. Serentak dengan itu beliau menasihatkan penganjur Forum Antara-Kepercayaan supaya berhati-hati dalam perbincangan mereka agar tidak menimbulkan ketegangan di negara ini.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata isu yang dibincangkan dalam forum itu sememangnya sensitif dan boleh menimbulkan dan mencetuskan pergaduhan atau konflik jika tidak dikendali dengan sebaik mungkin.

"Jangan buat desakan yang boleh menimbulkan suasana yang tidak baik dalam negara kita. Hal yang berkaitan seumpama ini memang cukup sensitif dan kita mesti berhati-hati.

"Apa yang berlaku sudah menunjukkan contoh keadaan yang menegangkan situasi itu telah pun timbul. Itu sebagai satu contoh, jadi kenalah berhati-hati," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pameran SMIDEX 2006 dan Konvensyen SME Asean+3 di Kuala Lumpur Selasa.

Beliau diminta mengulas mengenai kekecohan yang berlaku di forum itu yang berlangsung di Pulau Pinang pada Ahad lepas, apabila beberapa orang menceroboh masuk majlis itu.

Mereka merupakan sebahagian daripada 500 orang yang mendakwa mewakili Badan Antisuruhanjaya Antara Kepercayaan Agama (BADAi) yang mengadakan demonstrasi secara aman di depan Hotel Cititel di mana forum itu dianjurkan.

Forum itu merupakan siri ketiga selepas diadakan di Kuala Lumpur dan Melaka.

Forum anjuran bersama Aliran dan 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggelar diri mereka Artikel 11 membincangkan isu berkaitan Suruhanjaya Kepercayaan Agama termasuk sistem kehakiman dan penolakan sebarang usaha menjadikan Malaysia negara teokratik.

Kumpulan Artikel 11 itu mendakwa Malaysia bukan negara Islam sebaliknya negara yang mengamalkan undang-undang sekular dan menentang usaha menjadikan Malaysia negara teokrasi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang membuat kenyataan berbentuk hasutan dan mengancam keamanan negara.

"Memang menjadi amalan kita agar berhati-hati, sederhana dengan apa cara yang kita buat dan kita tidak mahu menimbulkan perasaan-perasaan yang boleh mencetuskan pergaduhan, konflik dan sebagainya.

"Kita harus tidak lupa. (Tetapi) Kadang-kadang kita lupa dan bila kita lupa, kita terbawa-bawa dengan sentimen kita maka itu menyebabkan menjadi masalah.

"Dan apabila masalah berlaku maka susahlah nanti keadaan nak diperbetulkan kalau sentimen itu sudah merebak," jelas Perdana Menteri.

Forum umum dibatalkan selepas 500 orang berdemonstrasi membantahnya Satu forum umum bertajuk "Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua" yang menyentuh tentang pertembungan undang-undang sivil dan syariah, terpaksa dibatalkan separuh jalan selepas lebih 500 orang mengadakan demonstrasi secara aman membantah penganjurannya.

Demonstrasi kira-kira dua jam di hadapan Hotel Cititel, Jalan Penang di Pulau Pinang dianjurkan oleh Badan Anti IFC (Suruhanjaya Antara Agama) atau BADAi yang dianggotai oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), bermula kira-kira pukul 8.30 pagi.

Kumpulan itu memegang sepanduk-sepanduk seperti "IFC Bunuh Aqidah", "IFC Rampas Kuasa Mahkamah Syariah" dan "Jangan Rampas Hak Kami" bagi membantah penganjuran forum yang didakwa mereka membincangkan tentang Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan, yang merujuk kepada peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah syariah.

Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Hamzah Md Jamil berkata pihak penganjur demonstrasi itu mematuhi arahan polis untuk bersurai kerana mereka tidak mempunyai permit untuk menganjurkan perhimpunan terbabit.

Bercakap kepada pemberita Ahad, beliau berkata anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan itu sejak pukul 8 pagi ini bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

ACP Hamzah berkata selepas perbincangan, penganjur forum iaitu Aliran dan Article 11, yang dianggotai 14 NGOs termasuk Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action Society (AWAM) bersetuju untuk membatalkan forum berkenaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Turut berada di tempat berkenaan ialah Ketua Polis Negeri Datuk Christopher Wan Soo Kee.

Sementara itu, jurucakap forum itu yang juga anggota jawatankuasa penaja Pertubuhan Kebebasan Rakyat Malaysia, Haris Ibrahim berkata forum yang sepatutnya bermula pukul 9 pagi dan berakhir 1 petang itu terpaksa dibatalkan kira-kira pukul 10.15 pagi ini selepas mendapat nasihat polis.

Bagaimanapun menurutnya lebih 200 peserta mendaftar untuk mengikuti forum itu yang akan membincangkan mengenai Perkara 121 (A), dan bukannya membincangkan mengenai penubuhan IFC.

Hanya tiga penceramah iaitu pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dr Shad S Faruqi, pengarah eksekutif AWAM Honey Tan Lay Ean dan timbalan Presiden National Human Rights Society (HAKAM) Imtiaz Malik Sarwar sempat memberi ceramah pada forum itu.

Dua lagi penceramah iaitu Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Zaid Ibrahim dan presiden Aliran, P. Ramakrishnan tidak sempat menyampaikan ceramah masing-masing.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh penganjur forum itu, forum berkenaan membincangkan tentang kes-kes yang melibatkan percanggahan keputusan antara mahkamah sivil dan syariah seperti yang melibatkan kes kematian Nyonya Tahir dan pendaki Gunung Everest, M. Moorthy atau nama Islamnya, Muhammad Abdullah dan kes penjagaan anak-anak S. Shamala.

Forum itu ialah yang ketiga diadakan selepas di Kuala Lumpur pada 12 Mac lepas dan di Melaka pada 21 April lepas.
posted by jasindaily online @ 5:45 PM   0 comments
Orang Islam ini lah yang memaki agamanya sendiri
Saturday, May 20, 2006
Saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar tentang Dato Nazri. Terdetik dihati, dimanakah budi bahasa orang melayu terutamanya pemimpin rakyat. Setelah dikejutkan dengan kenyataan ganster Pahang siapa lagi kalau bukan Menteri Besarnya, kini diikuti pula oleh rakan karibnya.

Bagi saya sebagai orang yang mengaku dirinya Islam perlu menentang sekerasnya apabila ada pihak cuba merosakkan kita. Suruhanjaya antara agama tidak perlu di negara ini. Kita ada perlembagaan yang iktiraf bahawa agama Islam ialah agama rasmi negara. Semasa kita merdeka lagi dan pada masa itu, orang bukan Islam tak membantah atau mempersoalkannya. tetapi kenapa kini perlu? Dan yang tak logiknya mereka yang mempersoalkannya ialah majoritinya orang Islam seperti Dato Nazri, SIS dan lain-lainya.

Nama Sister in Islam tetapi perangai mcm bukan islam. sepatutnya merekalah orang yang paling lantang bersuara menolaknya tetapi lain pulak jadinya. Insaflah wahai saudaraku. tidak ingatkah kita pada tanggal 16 Mei. Dimana rusuhan antara kaum berlaku. Perlukah ianya berlaku lagi? Jangan kerana beberapa ekor lembu yang berak bersepah, akan terjadi rusuhan antara agama?

Kita perlu menolak suruhanjaya antara agama dan IFC. Kenapa perlu lagi berdikusi tentang perkara yang termaktub dalam perlembagaan. Umpama peribahasa jangan dijolok sarang terbuan kalau tidak rasa la sengatnya. Sebab itu mereka yang sayangkan agama islam ini berdemonstrasi ttg perkara itu kelmarin. bukan bermakna orang yang tak ikut berdemonstrasi itu tak sayangkan agamanya. Tetapi kita perlu berterima kasih pada mereka sebab berani menunjukkan kebenaran. bukanya bodoh. kalau begitu semua orang berdemo itu dipanggil bodoh. macam mana pulak dengan kita orang umno yang berdemo. Adakah Dato Nazri panggil kita semua ni bodoh.Fikir-fikirkanlah.

Jangan orang pijak Al-Quran jer kita marah tetapi orang yang persoalkan agama Islam kita diam. Dimana Islam Hadari? Dimana Persatuan Ulama? Dimana Pemimpin kita yang beragama Islam? Jangan duduk saja. Kita adalah pewaris nabi. Kita wajib pertahankan agama Islam dengan cara apa sekalipun.

Inilah sebab kenapa orang Islam kita sentiasa jatuh, tak bangun-bangun, kerana orang Islam sendiri yang memusnahkan orang Islam yang lain. Orang Islam ini lah yang memaki agamanya sendiri. Fikir-fikirkanlah
posted by jasindaily online @ 10:01 PM   0 comments
Pilihan raya umpama pungutan suara olok-olok
Pelbagai kritikan dikemukakan terhadap perjalanan pilihan raya umum Sarawak, daripada senarai daftar pemilih yang berbeda-beda, peranan care taker government, taktik ugut dan gertak, penyalahgunaan jentera kerajaan, juga liputan media yang jelas berat sebelah.

Saya tidak pasti apakah sisipan 32 halaman dalam akhbar Berita Harian New Straits Times, hari ini, 19 Mei, yang jelas berkempen untuk mengekalkan Abd Taib Mahmud dan BN di Sarawak, dibiayai oleh BN Sarawak ataupun kerajaan negeri sendiri. Yang pastinya kos sisipan berkenaan pastinya menelan belanja cukup tinggi, dan hati kecil saya lebih mudah mengandaikan bahawa yang hangus adalah wang kerajaan bukannya duit BN.

Siaran berita TV3 jam 8 malam pula - mengulangi apa yang berlaku dalam setiap kali kempen pilihan raya umum nasional - sudah bertukar menjadi bilik gerakan BN, apabila cogan kata yang dipaparkan siaran TV itu sama dengan moto BN: Aman, Maju, Makmur.

Walaupun BN akan menghadapi laluan mudah, tetapi berdasarkan kempen dan tipu daya BN, seolah-olah mereka berdepan cabaran getir. Mungkinkah mereka bimbang dengan faktor Anwar Ibrahim yang turun berkempen, ataupun BN mahu pastikan menang seratus peratus dan pembangkang disifarkan, di samping mahu "menguburkan oposisi daripada Semenanjung" - satu mentaliti feudalisme kerakusan kuasa!

Naib Presiden PAS, Husam Musa dalam satu kenyataannya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan respons segera, terutama berkaitan beberapa isu yang sangat asas yang menentukan sama ada sesuatu pilihan raya itu berjalan secara bersih, absah dan dipercayai.

Husam menimbulkan soal laporan Mafrel bersabit dua daftar pemilih yang disahkan SPR, masing-masing pada Mac dan Mei 2006. Ini kerana senarai pemilih yang akan digunakan pada hari mengundi adalah baru disahkan selepas penamaan calon dan berbeza dengan senarai yang dirujuk pada hari penamaan calon, yang baru saja disahkan pada Mac lalu.

Keadaan menjadi lebih kritikal, tambah Husam, bila mana senarai baru daftar pemilih mengandungi pengundi pos yang meningkat dengan agak besar dan tertumpu di beberapa DUN tertentu seolah-olah untuk memastikan calon dari parti tertentu terjamin kemenangan, dan seterusnya menjadikan pilihan raya hanya satu proses pungutan suara olok-olok.

Sememangnya hampir semua menjangkakan BN akan menang besar esok, dan tiada siapa yang mahu membuang masa mencabar hakikat itu, namun perkara asas yang harus diperhitungkan, mengapa dari masa ke semasa, proses dan perjalanan pilihan raya dan amalan demokratik secara umumnya di negara ini makin buruk dan menyimpang jauh daripada sebuah pilihan raya yang bersih, jujur dan adil, walhal perkembangan di beberapa negara serantau, seperti Thailand, Indonesia dan Filipina, cukup positif sekali.

Soal daftar pemilih telah menjadi isu besar dan kritikal dalam pilihan raya umum 2004. Segala bukti dikemukakan sehingga ke mahkamah. Ramai mengharapkan kerajaan Abdullah Ahmad Badawi mengambil serius hal ini dengan memperbaiki segala kepincangan, sekali gus memperkasakan integriti SPR.

Lagipun, kemenangan menguasai 92 peratus kerusi Parlimen sudah cukup membuatkan Abdullah melonggarkan segala sekatan. Malangnya, beliau mengekalkan tradisi tidak pedulinya dengan sebarang rungutan mengenai amalan demokrasi di negara ini.

Untuk mengharapkan padang sama rata bagi semua pihak yang bertanding seolah-olah mengimpikan kucing bertanduk. Manakala definisi kerajaan sementara tidak pernah diperhalusi. Apabila DUN dibubarkan, mandat rakyat sudah berakhir. Autoriti kerajaan sementara selepas itu terlalu terhad, misalnya perkhidmatan awam hanya meneruskan rutin pentadbiran, dan tentu sekali tidak timbul segala janji-janji pembangunan yang bertimbun-timbun itu.

Prof Abd Aziz Baru, pakar perlembagaan pernah menghuraikan hal kerajaan sementara itu. Dalam sebuah demokrasi berparlimen, "nyawa" kerajaan ialah kepercayaan ahli-ahli dewan. Perlembagaan sendiri mensyaratkan bahawa ketua kerajaan itu perlu dilantik dari mereka yang mempunyai kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli dewan. Sebuah kerajaan sementara ialah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai "nyawa" dalam erti kata ini.

Walaupun sesebuah kerajaan itu mempunyai majoriti lebih dua pertiga, tetapi apabila dewan dibubarkan, ia tidak mempunyai mandat lagi. Ini semua dengan sendirinya membayangkan betapa terhadnya kuasa kerajaan sementara itu. Ia juga menjelaskan bahawa seruan supaya tidak menggunakan kemudahan kerajaan semasa pilihan raya oleh parti pemerintah itu sebenarnya bukan sekadar hujah moral, ia sebaliknya turut mempunyai hujah undang-undang dan Perlembagaan!

Melihat kempen di Sarawak, maka kita tidak perlu terkejut jika pilihan raya umum akan datang, dijangka sebelum April 2008, akan mengulangi segala penipuan dan taktik kotor BN, yang berbeda mungkin pendekatan atau kaedah sahaja.

Jika parti-parti pembangkang, dalam tempoh terdekat tidak berjaya memastikan segala ketempangan itu diketepikan, maka bersedialah mereka untuk disembeleh sekali lagi. Benar, Abdullah nampak lembek menangani isu-isu besar negara, tetapi berdepan pembangkang dia tetap keras dan ganas, walaupun diselindungi senyum manisnya! Lalu, apa langkah pembangkang seterusnya?
posted by jasindaily online @ 9:53 PM   0 comments
Perjanjian Antarabangsa? Perangkap Barat Ke Atas Umat Islam
Rakyat Malaysia telah menyaksikan beberapa siri perang mulut di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dengan beberapa orang Menteri Kabinet, termasuklah Pak Lah sendiri berhubung isu penarikan balik usaha pembinaan Tambak Johor. Pelbagai pihak telah 'mencemuh' Tun Dr. Mahathir kerana dikatakan cuba untuk campur tangan di dalam urusan pentadbiran negara. Di antara punca pembatalan pembinaan jambatan menghubungkan Malaysia dan Singapura adalah kerana Tambak Johor yang ingin dimusnahkan itu didirikan berasaskan perjanjian yang telah ditandatangani ketika Inggeris menjajah Tanah Melayu. Oleh itu jika Malaysia memusnahkan Tambak Johor, Singapura mengugut untuk mengheret Malaysia ke Mahkamah Antarabangsa atas alasan melanggar perjanjian yang telah disepakati ketika Inggeris memerintah.

Dilihat dari sudut undang-undang, persoalan pertama yang muncul dibenak kita ialah, adakah kita masih terikat dengan perjanjian yang ditandatangani semasa pemerintahan British? Siapakah yang telah mensahkan penjajahan British ke Tanah Melayu sehingga perjanjian yang dibuat pun masih lagi sah statusnya hingga kini, walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan? Ini adalah sebahagain daripada bukti betapa kuatnya pengaruh undang-undang kufur Barat ke atas diri umat Islam. Walaupun kedatangan mereka 'dibenci' oleh orang-orang Melayu, tetapi mereka telah berjaya menanamkan pada orang Melayu rasa 'kasih sayang' terhadap undang-undang mereka. Sang kafir (British) ini meninggalkan Tanah Melayu dengan tersenyum lebar dan hati yang tenang kerana mereka yakin bahawa undang-undang kufur yang mereka telah tinggalkan akan 'diwarisi' dan 'diperjuangkan' oleh umat Islam sepanjang peninggalannya.

Sejarah telah membuktikan kepada kita bahawa pihak kafir penjajah telah banyak sekali menandatangani perjanjian-perjanjian dengan negara-negara umat Islam mahupun negara-negara lainnya di sepanjang perjalanan penjajahan mereka. Jika kita perhatikan, boleh dikatakan keseluruhan perjanjian yang ditandatangani telah menguntungkan pihak penjajah. Umat Islam tidak lebih hanya menjadi 'bahan' kepada perjanjian sahaja umpama menjadi mangsa kepada serigala-serigala yang sedang bekerjasama untuk membahamnya. Inilah hakikatnya, perjanjian-perjanjian antarabangsa yang dipelopori dan ditaja oleh negara-negara Barat ini tidak lebih hanya merupakan rekaan mereka semata-mata demi untuk berkongsi 'hidangan' agar tidak berlaku pergaduhan sesama mereka. Perjanjian antarabangsa yang dipaksakan ke atas umat Islam misalnya perjanjian Sykes-Picot (16 May 1916) di antara British dan Perancis menyaksikan betapa wilayah umat Islam di robek-robek dan dikuasai dengan mudah oleh penjajah kuffar ini.Perjanjian ini telah memberi hak kekuasaan kepada British ke atas Jordan, Iraq dan sebahagian Haifa manakala Perancis menguasai bahagian Tenggara Turki, Utara Iraq, Syria dan Lubnan. Umat Islam telah menjadi santapan lazat dan dinikmati dengan rakusnya oleh golongan kafir ini. Perpecahan inilah yang telah memudahkan mereka untuk menghancurkan kaum Muslimin seterusnya melenyapkan Daulah Khilafah pada 3 Mac 1924.

Semenjak kejatuhan Khilafah, kita menyaksikan perjanjian demi perjanjian telah direka dan ditandatangani oleh musuh-musuh Islam yang bertujuan untuk mengekalkan hegemoni mereka sekaligus mengaut sebanyak mungkin kekayaan dan menekan negara-negara yang lemah, terutamanya negara-negara umat Islam. Banyak perjanjian antarabangsa yang telah merugikan umat Islam dan merampas hak mereka. Perjanjian damai di antara Palestin dan Israel yang ditaja Amerika telah memaksa umat Islam untuk mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah walau pun Israel didirikan di atas tanah yang dirampas daripada orang Islam; Perjanjian Pencegahan Penularan Nuklear (NPT), yang menghalang Iran dari membuat senjata nuklear sedangkan Amerika memberi teknologi nuklear kepada Israel dan India yang tidak menandatangani NPT; Perjanjian AFTA (Perjanjian Perdagangan Bebas Asia Tenggara) yang memberi peluang kepada syarikat asing mengeksport produk mereka tanpa sebarang halangan; dan Perjanjian PerdaganganBebas (Free Trade Agreement, FTA) yang telah dimeterai antara Amerika dan Malaysia serta Malaysia dan Jepun. Dalam forum Ekonomi Getah Nangka di Gombak pada 2 April 2006, Sanya Reid Smith, penasihat undang-undang di Third World Network menjelaskan bahawa kedudukan kerajaan Malaysia, dasar industri dan pelaburan, dan banyak peraturan lain akan terpaksa dirombak untuk mematuhi FTA dan Amerika menuntut berbagai konsesi sebagai syarat memulakan rundingan.

Bagi menjayakan propagandanya dalam menghancurkan Islam, pelbagai perjanjian antarabangsa telah dipaksakan secara politik ( political force) oleh Amerika ke atas negara-negara umat Islam. Banyak perjanjian dibuat mengatasnamakan usaha untuk 'memerangi pengganas' yang sebenarnya bertujuan 'memerangi Islam' seperti perjanjian Amerika dengan Turki, Arab Saudi, Qatar dan Kuwait agar mereka menyediakan pengkalan bagi Amerika untuk menyerang Iraq. Perjanjian antarabangsa yang diatur oleh Amerika untuk mengawasi Selat Melaka yang melibatkan negara-negara ASEAN adalah tipudaya Amerika untuk campurtangan di Asia Tenggara bagi menempatkan tenteranya. Pemimpin-pemimpin umat Islam yang menjadi boneka Barat telah tanpa rasa bersalah memasuki perjanjian-perjanjian tersebut. Mereka telah memberi segala kemudahan kepada Amerika untuk menyerang dan membunuh saudara seagama mereka. Mereka telah membantu musuh Allah mengalirkan darah saudara mereka. Darah yang mana Rasulullah Sallallahu'alaihi wa Sallam perintahkan untuk dijaga. Darah yang mana Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengharamkan untuk ditumpahkan. Demi Allah! Para penguasa kaum Muslimin ini telah melakukan dosa yang amat besar!

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan, adakah kita perlu berdiam diri dengan apa yang telah menimpa saudara-saudara kita? Adakah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kita supaya berpeluk tubuh memerhatikan keadaan umat Islam? Atau adakah Junjungan Besar kita memerintahkan supaya kita bekerjasama dengan orang-orang kafir untuk menghancurkan kaum Muslimin? Sedarlah! Agama yang kita anuti ini diturunkan oleh Allah bukan untuk menjadikan kita bersengketa dan menumpah darah sesama sendiri, tidak sekali-kali agama ini menjuruskan kita ke lembah kehinaan. Kehinaan menimpa umat Islam apabila mereka meninggalkan Islam, apabila mereka menjadikan tangan-tangan mereka untuk membuat pilihan mengatasi hukum Allah. Zat yang menciptakan kita mengingatkan:

Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan, adakah kita perlu berdiam diri dengan apa yang telah menimpa saudara-saudara kita? Adakah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kita supaya berpeluk tubuh memerhatikan keadaan umat Islam? Atau adakah Junjungan Besar kita memerintahkan supaya kita bekerjasama dengan orang-orang kafir untuk menghancurkan kaum Muslimin? Sedarlah! Agama yang kita anuti ini diturunkan oleh Allah bukan untuk menjadikan kita bersengketa dan menumpah darah sesama sendiri, tidak sekali-kali agama ini menjuruskan kita ke lembah kehinaan. Kehinaan menimpa umat Islam apabila mereka meninggalkan Islam, apabila mereka menjadikan tangan-tangan mereka untuk membuat pilihan mengatasi hukum Allah. Zat yang menciptakan kita mengingatkan:

"Adakah kamu beriman dengan sebahagian dari kitab dan kufur dengan dengan sebahagian (yang lain). Maka tiadalah balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian kecuali kehinaan dalam kehidupan dunia dan di Hari Kiamat (kelak) mereka akan dimasukkan ke dalam azab yang keras dan Allah tidak sekali-kali lalai dari apa yang kamu kerjakan." [TMQ Al-Baqarah:85]

Secara sedar atau tidak, banyak perjanjian antarabangsa yang dimeterai pada hari ini sebenarnya digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menghalang kaum Muslimin daripada bersatu. Banyak perjanjian yang telah dilakukan oleh Barat bertujuan memisahkan dan memecahbelahkan kesatuan kaum Muslimin melalui sempadan-sempadan geografi. Sempadan yang hanya dilakarkan oleh musuh Allah ini semacam telah menjadi 'aqidah' bagi pemimpin-pemimpin umat Islam yang betul-betul meyakini bahawa ini adalah negaraku dan itu adalah negaramu. Ingatlah wahai kaum Muslimin! bahawa sesiapa sahaja yang mengucap La ilaha illallah wajib menyembah Tuhan yang Satu, beriman kepada Nabi yang satu, membaca kitab yang satu, solat dengan menghadap kiblat yang satu dan bernaung di bawah satu negara . Rasulullah dan para sahabat telah menunjukkan kepada kita bahawa umat Islam di seluruh dunia wajib bersatu di bawah satu payung pemerintahan yakni Sistem Pemerintahan Khilafah. Umat Islam telah mewarisi sistem inisehinggalah ke saat ianya dihancurkan oeh musuh-musuh Allah melalui agen mereka, Mustafa Kamal la'natullahu ''alaihi. Hanya setelah itu, kaum kuffar penjajah berjaya memporak perandakan perpaduan kaum Muslimin dengan sempadan geografi yang telah dipetakan oleh mereka. Sebagai seorang Islam, kita wajib memerhatikan perkara ini dan wajib pula mengetahui apakah hukum bagi negara (pemerintah) memasuki perjanjian-perjanjian seumpama ini.

Hukum Mengadakan Perjanjian Antarabangsa

Para fuqaha telah sepakat atas bolehnya melakukan perjanjian di peringkat antarabangsa berdasarkan dalil-dalil yang jelas dari Al-Quranul Karim dan juga berdasarkan sunah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam. Mereka juga sepakat bahawa terdapat beberapa perjanjian yang haram dimeterai oleh umat Islam. Di antara dalil yang terdapat di dalam Al-Qur'an ialah,

"Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesunnguhnya Dia Maha Mendengar Maha Mengetahui. " [TMQ Al-Anfal:8]

"(Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka" [TMQ Al-anfal:72]

"Bagaimanakah ada perjanjian (yang teguh) bagi orang-orang musyrik disisi Allah dan disisi RasulNya, kecuali pada orang-orang yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka) di Masjidil Haram, maka selama mereka berlaku jujur kepadamu, hendaklah kamu berlaku jujur (pula) kepda mereka" [TMQ At-Taubah:7]

Perlu diperhatikan bahawa apabila kita membincangkan perjanjian antarabangsa, ianya bermaksud perjanjian yang ditandatangani oleh dua negara atau lebih. Di dalam Islam, perjanjian antarabangsa hanya berlaku di antara Negara Islam dengan negara kufur sahaja atau antara negara kufur sesama mereka. Islam tidak mengenal perjanjian antarabangsa yang dimeterai di antara negara-negara umat Islam. Ini kerana tidak boleh (haram) bagi umat Islam mempunyai lebih dari satu negara. Di dalam sistem pemerintahan Islam tidak boleh wujud dua atau lebih negara yang dikenali sebagai Negara Islam. Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para khulafa-ur-rashidun. Umat Islam hanya bernaung di bawah satu pemerintahan, satu negara yang menyatukan mereka semua. Umat Islam seluruhnya bersatu di bawah satu Daulah. Ini sahaja yang mereka kenal. Tidak pernah ada di sepanjang pemerintahan Islam dari zaman Rasulullah sehingga Khilafah Uthmaniah di mana Islam mengiktiraf kewujudan negarabangsa.

Rasulullah tidak pernah melakukan perjanjian antarabangsa dengan mana-mana negara yang telah masuk ke dalam Daulah Islam kerana secara automatik negara yang telah dibuka oleh Rasulullah menjadi sebahagian daripada Daulah. Itulah apa yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada kita. Sejarah Islam tidak pernah berbicara kepada kita bahawa khalifah Islam melakukan perjanjian antarabangsa dengan negara yang telah tunduk kepada Islam.

Di samping dalil yang jelas di dalam Al-Qur'an, sirah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam juga dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa baginda telah memasuki beberapa siri perjanjian antarabangsa dengan kaum kafir, antaranya perjanjian dengan Bani Dhamrah pada 12 Safar tahun kedua Hijriyyah, perjanjian dengan Bani Mudlij, Bani Ailah dan sebagainya dan yang paling masyhur, Perjanjian Hudaibiyyah pada tahun keenam Hijriyyah. Perjanjian Hudaibiyyah merupakan sebahagian dari strategi Rasulullah untuk mengikat Quraish dengan perjanjian damai bagi mengelakkan peperangan dan memberi ruang kepada Negara Islam untuk menyebarkan dakwah ke semenanjung Arab, meluaskan wilayah Negara Islam serta menghalang penduduk Khaibar dari membuat pakatan dengan kafir Quraish yang bertujuan untuk memerangi umat Islam. Rasulullah telah meraih hasilnya apabila perjanjian tersebut walupun nampak berat sebelah, tetapi sebenarnya betul-betul memihak kepada Islam. Islam dapat tersebar ke seluruhjazirah Arab tanpa apa-apa gangguan dari kafir Quraish. Rasulullah juga berjaya menawan Khaibar kerana Yahudi Khaibar tidak dapat bekerjasama dengan Quraish untuk memerangi Islam kesan dari perjanjian ini.

Syarat-Syarat Perjanjian Antarabangsa Yang Dibolehkan dan Yang Diharamkan

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menurunkan Islam untuk mengatur (1) hubungan manusia dengan Penciptanya seperti perkara-perkara akidah dan ibadah; (2) hubungan manusia dengan dirinya sendiri seperti akhlak, makanan dan pakaian; dan (3) hubungan manusia sesama manusia seperti mu'amalat dan uqubat. Hubungan manusia sesama manusia juga merangkumi hubungan umat Islam dengan berbagai negara, invididu-individu dan bangsa-bangsa lain. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyempurnakan agamaNya sehingga tidak ada satu persoalan pun yang tidak boleh diselesaikan oleh Islam. Allah dan RasulNya telah memberikan panduan kepada kita bagaimana melaksanakan sesuatu perjanjian. Para ulama' dari zaman silam sampai sekarang telah membahas hukum-hukum syara' yang mengatur urusan individu, umat dan negara. Mereka menghasilkan begitu banyak karya cemerlang yang membahaskan perkara-perkara tersebut dan ia merupakan kekayaan terbesar yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana umat dalam sejarahdunia. Islam mengandungi jawapan kepada segala perkara.

Di antara syarat-syarat perjanjian antarabangsa yang ditetapkan oleh Islam adalah :

(1) Negara yang diajak untuk membuat perjanjian bukan negara muharibah fi'lan (negara yang sedang berperang dengan umat Islam) seperti Amerika, Israel dan sekutu-sekutu mereka. Islam hanya membenarkan perjanjian dimasuki dengan negara muharibah hukman sahaja (negara kafir yang tidak dalam keadaan memerangi Islam). Walau bagaimanapun, bagi negara kafir muharibah fi'lan, terdapat pengecualian (dibenarkan) menandatangani perjanjian gencatan senjata sahaja. Tidak boleh ada aqad perjanjian di bidang perdagangan dan sebagainya dengan negara muharibah fi'lan. Ini kerana matlamat perjanjian adalah untuk menjaga darah dan harta kedua belah pihak sedangkan negara yang sedang berperang tidak menjamin keselamatan harta dan nyawa. Gencatan senjata dibenarkan dengan negara muharibah fi'lan ini dengan syarat-syarat yang tertentu dan dalam keadaan tertentu sahaja apabila kedua-dua negara yang saling berperang sepakat menghentikan perang selama jangka waktu tertentu. Setelah perjanjiangencatan senjata dilakukan, maka baru dibolehkan melakukan aqad perjanjian lain dengan mereka. Oleh itu perjanjian seperti Perjanjian Camp David dalam tahun 1978 yang ditandatangani antara rejim sekular Mesir dengan Israel adalah tidak sah kerana ia mengakui kewujudan Israel sebagai sebuah negara yang sah walau pun Israel mendirikan negara mereka dengan cara membunuh ribuan umat Islam dan merampas tanah umat Islam. Di samping itu perjanjian itu menghalang Mesir daripada membantu umat Islam yang diperangi oleh Israel. Perjanjian yang dibuat oleh negara-negara kaum Muslimin dengan Amerika yang membolehkan kapal dan pesawat tentera Amerika menggunakan kemudahan-kemudahan tentera di wilayah milik umat Islam juga tidak sah dan jelas-jelas haram hukumnya

(2) Disyaratkan perjanjian yang ingin dibuat antara negara Islam dengan negara lain tidak bercanggah dengan perjanjian sebelumnya (jika ada) sebab adalah wajib bagi Negara menepati perjanjian yang telah dimasuki terlebih dahulu. Jika perjanjian yang kedua merosakkan perjanjian yang pertama dan membatalkannya, maka hal ini dilarang

(3) Perjanjian itu wajib menyebutkan setiap perkara yang dikhuatiri boleh menimbulkan perselisihan kerana perjanjian dibuat untuk mengatur hubungan tertentu. Setiap perjanjian mesti disusun dengan teliti, dielakkan ungkapan-ungkapan yang kabur dan peruntukan-peruntukan yang tidak jelas. Kegagalan yang menimpa berbagai perjanjian yang dibuat oleh banyak negara sekarang ini yang mendakwa berusaha untuk mencapai kesepakatan adalah kerana isi perjanjian yang tidak jelas dan berbelit-belit. Perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah dibuat dengan susunan yang teliti, sehinggakan setiap patah perkataan mereka rundingkan samada untuk memakai atau membuangnya. Setelah itu barulah mereka menerapkan apa yang telah disepakati, sebagaimana Perjanjian Hudaibiyyah.

4) Perjanjian hendaklah dibuat untuk kepentingan penyebaran Islam, mengembang dakwah Islam dan jihad. Misalnya perjanjian yang dibuat oleh panglima tentera Islam yang hebat, Salahuddin al-Ayyubi, dengan Raja-raja Kristian pada perjanjian Ramlah memperlihatkan dengan jelas kepada kita bagaimana perjanjian seperti itu memecah belahkan musuh dan membebaskan al-Quds dari tangan kaum Kristian. Oleh itu uslub perjanjian merupakan uslub yang amat baik dan dapat digunakan oleh Negara ketika melakukan pergulatan politik dan pergulatan fizikal sekaligus. Dasar tentang perjanjian seperti ini diserahkan kepada Khalifah kerana dialah yang dilantik sebagai pemerintah umat Islam dan di antara tugasnya adalah memelihara kekuatan dan kemuliaan umat Islam. Dia juga yang berhak menguruskan perjanjian. Walau pun demikian umat berhak melakukan muhasabah (kritik dan pengawasan) terhadap Khalifah kerana muhasabah adalah hak umat terhadap Khalifah

(5) Disyaratkan agar perjanjian tidak mengandungi syarat yang rosak kerana Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Umat Islam itu sesuai dengan syarat-syarat mereka kecuali syarat yang menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkanNya" [HR Tirmidzi]. Sebagai contoh umat Islam tidak boleh menerima syarat perjanjian yang memberikan kebenaran kepada pesawat tentera udara Singapura menggunakan ruang udara Malaysia yang membolehkan Singapura melakukan pengintipan ke atas kedudukan strategik di Malaysia. Termasuk juga syarat-syarat yang rosak adalah syarat yang diajukan oleh orang-orang kafir agar mereka boleh memasuki Tanah Haram Makkah; atau menampakkan syi'ar orang-orang kafir seperti perjanjian yang mengakibatkan tersebarnya pemikiran atau cara hidup yang bertentangan dengan aqidah dan syariat Islam di kalangan umat Islam. Begitu juga syarat perjanjian yang disepakati antara pemimpin-pemimpin gerakan Islam di Iraq dengan Amerika untuktidak melaksanakan undang-undang Islam adalah perjanjian yang tidak sah

(6) Perjanjian wajib ditulis dengan bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah satu-satunya bahasa Islam dan merupakan bahasa rasmi yang digunakan oleh Daulah. Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah mengirimkan surat kepada para raja dan pemimpin dengan bahasa Arab sedangkan baginda mampu mengirim surat kepada mereka dengan bahasa mereka. Perbuatan Rasulullah adalah salah satu Hadis (Sunnah) yang wajib diikuti oleh umatnya. Hanya jika ditakuti muncul bahaya tertentu pada keadaan tertentu dan dalam perjanjian tertentu, maka bolehlah menulis perjanjian dengan bahasa yang diminta

(7) Perjanjian yang dibuat wajib bersifat sementara dengan batas waktu tertentu dan tidak boleh memutlakkannya atau mengabadikannya. Ath-Thabari telah menyebutkan tentang ijma' seluruh fuqaha dalam masalah ini di mana para fuqaha seluruhnya berpendapat tentang haramnya perjanjian yan tidak dibataskan waktunya [Al-Jihad li ath-Thabari]. Sebagai contoh, mengadakan perjanjian yang had waktunya 100 tahun seperti perjanjian mencarigali minyak yang membolehkan syarikat asing mengaut minyak selama 100 tahun adalah diharamkan. Akan tetapi yang lebih penting dari itu ialah haramnya memberikan kekayaan di negeri kaum Muslimin kepada kaum kuffar. Banyak sekali bukti yang boleh dilihat dimana penguasa kaum Muslimin telah 'menyerahkan' kepada kaum kuffar segala kekayaan sumber alam yang Allah augerahkan di tanah milik umat Islam. Inilah pengkhianatan besar yang telah dilakukan oleh penguasa-penguasa kaum Muslimin!. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah memberikan had waktu 10tahun dalam perjanjian dengan penduduk Makkah di Hudaibiyyah. Di samping itu ayat surah at-Taubah telah membatalkan perjanjian yang bersifat kekal seraya memberikan had waktu 4 bulan. Para ulama' mazhab Syafie berpendapat tidak boleh lebih dari 4 bulan apabila umat Islam berada di dalam keadaan kuat berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala

"(Inilah pernyataan) memutuskan perhubungan daripada Allah dan RasulNya (yang dihadapkan kepada orang-orang musyrikin yang kamu (umat Islam) telah mengadakan perjanjian (dengan mereka). Maka berjalanlah kamu (musyrikin) di muka bumi selama 4 bulan" [TMQ At-Taubah:1-2]

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Kemuliaan dan kegemilangan kalian akan kembali jika kalian melaksanakan Islam sepenuhnya dalam kehidupan dan menjadikan hukum syara' sebagai kayu ukur dalam segala perkara. Sedarlah dan marilah kita bersama-sama berusaha untuk menyatukan kembali umat Islam dengan penyatuan yang Allah perintahkan yakni berdasarkan aqidah Islam, penyatuan di bawah satu bumbung pemerintahan, bukan berdasarkan sempadan geografi, bukan bersandarkan patriotisme ( wathaniah) mahupun perkauman (asabiyyah). Penyatuan hakiki umat Islam seluruh dunia di bawah satu sistem pemerintahan adalah perkara yang paling ditakuti oleh Amerika dan sekutunya. Ketakutan inilah yang telah menyebabkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan umat Islam kekal dalam perpecahan. Perpecahan yang mewabah dalam tubuh umat ini antara lain adalah melalui rekayasa Amerika dengan perjanjian-perjanjian antarabangsa yang mereka telah rancangkan agar umat Islam tidak akan kembali bersatu. Penyatuanumat Islam dibawah satu bendera La ilaha illallah Muhammad Rasulullah yang akan dikibarkan oleh Daulah Khilafah merupakan perkara yang akan menggentar dan menggoncangkan hati-hati kaum kuffar. Inilah mimpi ngeri mereka. Inilah mimpi ngeri Amerika dan sekutu-sekutunya - bersatunya umat Islam dengan kembali tegaknya Daulah Khilafah 'ala minhaj nubuwwah. Mimpi ngeri mereka ini akan segera datang dengan janji Allah. Marilah kita sama-sama menjadikan mimpi ngeri mereka satu kenyataan dengan bersama-sama berusaha mengembalikan kemuliaan yang telah lama hilang ini melalui tariqah dakwah yang digariskan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam.

ALLAHUAKBAR!
posted by jasindaily online @ 9:31 PM   0 comments
Samy Vellu patut berundur
Umum tahu Presiden MIC, Dato Seri S.Samy Vellu Samy kini sedang berdepan dengan gelombang perubahan dalam parti MIC yang mahukan Samy berundur dari parti secara terhormat.

Samy pada suatu ketika dahulu pernah mengakui telah gagal memimpin masyarakat India namun begitu kenapa masih ingin terus berkuasa walaupun telah membuat perakuan secara terbuka atas kegagalan diri memimpin masyarakat India ke arah kegemilangan? Kenapa masih ingin terus memimpin MIC tanpa satu hala tuju yang jelas?

Selepas 25 tahun memimpin parti, sikap tamak Samy terus meningkat dan sanggup berdolak- dalik kononnya tidak mempunyai timbalan yang bekerja keras bersama presiden. Adalah sangat memalukan, setelah satu tempoh waktu yang panjang memimpin parti, Samy mengharapkan timbalan presiden berundur tetapi beliau sendiri enggan berbuat sedemikian.

Sepatutnya Dato Seri yang patut berundur dan memberikan laluan kepada timbalan.

Kerajaan BN telah memberikan pelbagai bantuan misalnya pemberian saham Telekom untuk masyarakat India tetapi apa kesudahanya dan kemana perginya saham-saham tersebut yang bernilai berjuta-juta ringgit? Malah kerajaan juga telah memberikan kelulusan untuk membina universiti tetapi universiti itu tidak didaftar di bawah sayap pendidikan MIC.

Pelbagai bantuan yang disalurkan hilang ditengah jalan tanpa sijil kematiannya. Satu kesilapan yang dibuat oleh kerajaan ialah menyalurkan semua bantuan tersebut melalui Samy dan bukannya melalui jabatan-jabatan kerajaan.

Untuk pengetahuan Samy masalah utama masyarakat India kini adalah diri beliau sendiri. Keangkuhan dan kerakusan untuk terus berkuasa dalam politik masyarakat India telah menjejaskan perancangan kerajaan untuk memajukan masyarakat India. Segala perancangan menemui jalan buntu kerana kepentingan politik Samy.

Politik masyarakat India tidak berubah kerana keangkuhan Samy. Ketika parti-parti politik lain terus menerus berusaha untuk membuat pembaharuan dan perubahan, MIC satu-satunya parti yang tidak melakukan sebarang perubahan dan masih mentadbir parti mengikut sistem 'kangany' (sistem yang digunakan oleh British untuk mentadbir pekerja-pekerja buruh dari India di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan).

Ketika parti-parti lain sedang menumpukan perhatian untuk mendapatkan tenaga muda sebagai generasi pemimpin yang baru, kepimpinan Samy dalam MIC hanya berminat untuk menghalang kemasukan golongan terpelajar. Semuanya kerana kekhuatiran Samy terhadap generasi terpelajar yang mungkin akan mengkritik kepimpinan Dato Seri yang autokratik secara terbuka.

Malah kepimpinan berdasarkan gaya diktaktor telah menghilangkan minat generasi muda untuk menyertai parti MIC. Pemimpin yang patut berundur adalah Samy Vellu dan dia harus membenarkan pemimpin yang lebih berwibawa dan mempunyai sokongan padu dari masyarakat India menerajui kepimpinan parti.

Selagi tidak berlaku pemodenan dan pembaharuan dalam pentadbiran dan politik MIC selagi itu masyarakat India tidak dapat berdiri sama tinggi dan sama taraf dengan masyarakat lain di Malaysia.
posted by jasindaily online @ 9:29 PM   0 comments
Kesabaran kemanisan pengislaman Shaza Lim
Friday, May 19, 2006
PRINSIP hidupnya iaitu genggam bara api biar sampai jadi abu berkemungkinan menjadi sebab kepada pengislaman Lim Wai Leng atau nama Islamnya, Shaza Lim Abdullah, 31.

Mengapa penulis berpendapat begitu? Selepas tiga tahun mendalami Islam secara serius, suatu malam pada 1999, Wai Leng didatangi mimpi wanita lengkap bertelekung sedang menunaikan sembahyang.

Semenjak insiden itu, tidak semena-mena hatinya terbuka. Wai Leng berkeyakinan dan percaya inilah waktu paling sesuai untuknya mengucap kalimah syahadat atau dengan kata lain memeluk Islam. Malah sekiranya agama yang dikenali hampir seluruh seusianya itu tidak berjaya diperoleh selagi itulah hatinya tidak akan tenteram.

"Saya rahsiakan kisah mimpi itu daripada pengetahuan nenek, mak cik dan adi-adik. Hati saya berat mengatakan apa yang saya lalui itu mungkin adalah hidayah Allah ke atas saya kerana setiap orang mempunyai cara penerimaan yang berbeza-beza.

"Di tempat kerja pula, saya ceritakan kepada teman-teman Islam yang memang sebelum itu banyak memperkenalkan dan mengajarkan Islam kepada saya. Mereka juga beranggapan seperti saya bahawa mimpi itu mungkin satu bentuk hidayah.

"Tanpa berfikir panjang dan benar-benar yakin dengan keputusan yang diambil, saya memeluk Islam. Saya akui saya seorang yang berpendirian teguh. Sekali saya sudah memilih jalan Islam, saya akan tetap dengan keputusan itu walau apa juga tentangannya," bicara Shaza atau panggilan manjanya Jaja yang memeluk Islam pada 24 Disember 1999 di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Jalan Ipoh, Kuala Lumpur secara ikhlas dan tanpa dipengaruhi sesiapa.

Jaja yang sedang menanti kelahiran 'orang baru' dalam kehidupan berumah tangga bersama Mohamed Zairul Yunus, 36, dalam temu bual itu sempat berkongsi detik awal perkenalannya dengan Islam.

Jaja yang merupakan setiausaha di Bursa Malaysia sejak 1996 berkata, beliau tiga beradik tinggal dengan nenek dan mak cik di Taman Setapak, Kuala Lumpur semenjak berusia empat tahun lagi.

"Namun sewaktu bersekolah pering kat menengah di Kampung Baru, Kuala Lumpur, kebanyakan teman sekolah dan teman karib saya terdiri daripada rakan kaum Melayu.

"Selain itu, bagi pelajar yang bukan Islam seperti saya, kami akan diberi pilihan untuk tinggal di belakang kelas atau berada di perpustakaan serta kantin sekolah semasa kelas agama Islam diadakan.

"Kebiasaannya saya memilih untuk berada di kelas. Secara tidak langsung, bermula dari kelas itulah saya mengenali Islam dan sedikit semi sedikit saya mula terpikat dan tertarik dengan ajaran agama Islam," kata Jaja yang dahulu adalah seorang penganut agama Buddha.

Bercerita tentang cabaran selepas bergelar muslim, kata Jaja, tahun pertama bergelar muslim merupakan saat paling perit dalam kehidupannya. Apa tidaknya tindakan yang membelakangkan pandangan keluarga diumpamakan seperti menconteng arang ke muka keluarga.

"Rahsia pengislaman saya terbongkar apabila mereka perasan saya sentiasa cuba mengelak daripada mengambil makanan berdaging.

"Semenjak saat itu, keluarga langsung tidak mengambil kisah tentang saya dan seperti menyisihkan diri mereka. Mak cik saya pula cuba melaksanakan silent treatment sementara nenek pula tidak henti-henti menangisi perbuatan saya. Waktu itu emosi saya benar-benar terganggu. Apa tidaknya walaupun kami tinggal sebumbung tetapi tidak wujud langsung komunikasi antara kami.

"Dalam keadaan tertekan itu, ada juga saya meminta pandangan teman-teman sekerja. Mereka menasihatkan saya supaya banyak bersabar dan tidak berpindah. Alasan mereka adalah tindakan lari daripada kenyataan tidak akan menjernihkan keadaan malah lebih memburukkan suasana," kata anak sulung daripada tiga adik-beradik ini ketika ditemui di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor baru-baru ini.

Tindakan berani berhadapan dengan keluarga akhirnya membawa sinar harapan buat Jaja dan keluarga kandungnya untuk kembali bersatu.

Penyiksaan selama hampir setahun itu, kata Jaja, amat membebankan bahkan hampir-hampir melenyapkan semangatnya untuk bertahan. Alhamdulillah, langit tidak selalunya mendung. Berkat kesabaran dan keyakinan dengan penegasan Allah iaitu ujian Allah itu mengikut kemampuan hamba-Nya, semuanya berakhir tanpa sebarang perkara yang tidak diingini.
Apabila keadaan kembali tenang, secara tidak langsung ia turut mempengaruhi semangat dalaman Jaja. Menerusi bantuan seorang teman yang bertindak sebagai guru agamanya, Jaja mula mendalami agama Islam secara serius. Di samping itu, beliau juga mengikut teman-teman di pejabat mengikuti kelas tazkirah dan mengaji pada waktu rehat.

Jaja bersyukur mempunyai teman-teman sekerja yang sentiasa menyokong dan memberi tunjuk ajar dan penerangan. Malah saat yang paling bermakna adalah apabila dia dihadiahkan senaskhah al-Quran dan buku-buku agama oleh bekas ketuanya.

Menceritakan detik perkenalan dengan suaminya, Mohamed Zairul, Jaja berkata, persahabatan yang terjalin antara mereka berdua bermula sekadar kawan. Namun, faktor kedekatan jalinan kawan bertukar menjadi lebih serius sehinggalah membawa ke jenjang pelamin.

Pasangan bahagia ini diijabkabulkan pada 31 Mei 2003 dengan restu daripada kedua-dua belah keluarga.

"Pada awal berkenalan saya sangkakan Jaja bukan seorang muslim kerana teman-teman sekerja masih memanggilnya dengan panggilan nama Cina. Apabila mengetahui yang dia telah memeluk agama Islam, keinginan untuk memperisterikan Jaja menjadi lebih mudah.

"Saya sentiasa memberi kebebasan kepada isteri untuk mendalami ilmu agama. Alhamdulillah, selepas berkahwin dia terus memakai tudung. Saya juga bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga sebelah isteri kerana mereka begitu memahami Islam.

"Pada awal perkenalan dengan keluarga kandung Jaja, saya tidak pernah dipersoalkan dengan hal-hal sensitif seperti poligami malah mereka cukup menghormati agama Islam. Saya rasa perkara yang sama juga perlu kita tunjukkan terhadap penganut agama lain," celah Mohamed Zairul dalam temu bual itu.

Beberapa hari selepas temu bual itu, Jaja dan Mohamed Zairul dikurniakan anak sulung. Jaja bersalin pada 9 Mei lalu.
posted by jasindaily online @ 7:38 AM   0 comments
Bila wanita sonsangkan fitrah
Memang fitrah manusia ni kalau di sonsangkan maka rasalah bahangnya. Lelaki tulin dan maskulin, memang fitrahnya tak betah duduk di rumah. Begitu juga wanita, fitrahnya di rumah. Tapi suasana berubah,kini ada wanita yg 'hampir biul' bilan duduk rumah, lebih2 yg dah biasa kerja. [tak semua]

Jadi pada saya , yg pertama sekali menolak fitrah ialah wanita. Ini terbukti dengan adanya gerakan woman liberation. Dengan adanya gerakan itu disokong oleh bebrapa pergerakan wanita dan ibu ibu yg mula dan telah lama menuntut hak2 persamaan dari segi pelajaran dan kerjaya, maka kini wanita telah berdiri tak sama tinggi dan duduk tak sama rendah dengan dengan lelaki.

Cuma fasa kedua bagi arus penyonsangan ini berlaku kini dipihak lelaki pula. Mereka pula nak menyongsangkan fitrah dari keluar berkerja kepada duduk rumah menggantikan tugas para wanita. Oleh kerana fenomena ini baru , maka penyonsangannya nampak ketara... ramai yg memberi maklumbalas akibat kejutan budaya yang bakal menjadi lazim akhirnya. Ia akan menjadi lazim Lazim selazim wanita kini yg keluar bekerja.

Kini penyonsang fitrah wanita yg dulunya janggal sudah menjadi lazim. Malah ramai yang akan kehairanan bila wanita duduk rumah tak nampak keluar berkerja. Lebih2 jika wanita itu masih diperingkat usia mampu bekerja, selalunya soalan lazim akan diajukan... tak kerja ker?. Kalau jawapnya tidak, wajah kehairanan akan menyeliputi si penyoal. Tentu otot2 kepala mereka bekerja keras mencari jawapan,bagaimana wanita ini menyara diri atau bagaimana suaminya menyara tanpa bantuan dia?

Malah dalam rencana Dr Tuah Iskandar di satu majalah, dikeluarkan satu masalah yg diajukan kepadanya oleh surirumah yg tak berkerja. Beliau mengadu sedang dalam dilema kerana suaminya ingin berkahwin lain atas alasan dia tidak bekerja. Wanita itu menjadi bingung kerana suaminya dahulu memilih dirinya dalam keadaan waras dan memang tidak mahu isteri bekerja. Sekarang bila nak kawin lain, bagi alasan isteri tak bekerja... aduh tentu naik sewel si isteri itu cuba memahami fenomena perubahan persepsi suaminya.

Jadi tuan/puan yg berfikir, tak usahlah kita merasa gusar dengan fenomena lelaki duduk rumah tu. Jika wanita susah selesa bekerja kenapa kita nak pertikaikan lelaki jadi surarumah. Bukankah kita (kaum wanita) sudah meredhoi penyonsangan fitrah wanita tinggal di rumah. kenapa sekarang kita nak pertikaikan lelaki menyongsangkan fitrah mereka sebagai pencari reqki. Pokoknya ada persefahaman dan saling terima keadaan.
posted by jasindaily online @ 7:28 AM   0 comments
Samy: Dr M tidak beri apa-apa kepada masyarakat India
Terjemahan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana tidak memberi apa-apa kepada masyarakat India dalam Rancangan Malaysia Kelapan(RMK8).

Mengikut laporan muka depan akhbar harian bahasa Tamil Makkal Osai hari ini, Samy Vellu berkata Dr Mahathir menjanjikan itu dan ini tetapi akhirnya memberitahu kaum India 'Nehi' (bermakna 'tidak' dalam bahasa Hindi).

Bagaimanapun, Menteri Kerjaraya itu berkata beliau yakin Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berpegang kepada cakapnya dan menunaikan janji kepada masyarakat India di bawah RMK9.

Samy Vellu - yang dianggap amat rapat dengan Dr Mahathir sepanjang 22 tahun pemerintahannya - menyatakan demikian dalam perhimpunan MIC di Johor semalam.

Ahli politik veteran itu menjelaskan, jika masyarakat tidak mendapat apa yang dijanjikan di bawah RMK9, "kami akan membuat bising dan menuntutnya.'

Samy Vellu berkata, beliau telah mencadangkan kepada kerajaan supaya sebuah unit khas ditubuhkan untuk memantau apa yang diterima oleh masyarakat India.

Berikutan itu, katanya Jabatan Perdana Menteri telah menugaskan seorang pegawai untuk memantau masalah yang dihadapi oleh masyarakat berkenaan.

Mengikut Samy Vellu, perdana menteri telah mengarahkan supaya semua isu mengenai masyarakat India dibincangkan dahulu dengan MIC.
Kes Sothinathan
Presiden MIC itu berjanji MIC akan sentiasa menjaga kebajikan masyarakat India. Samy Vellu juga turut menyentuh mengenai tindakan yang dikenakan terhadap Setiausaha Agung parti dan Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk S Sothinathan.
Jun lalu, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli itu digantung jawatannya selama tiga bulan tanpa gaji kerana mengkritik kerajaan kerana tidak mengiktiraf lepasan Universiti Perubatan Crimean State di Ukraine (CSMU).
Ramai pelajar Malaysia keturunan India belajar di CSMU
Samy berkata, Sothinathan telah melanggar kod etika bagi ahli-ahli pentadbiran kerajaan berhubung prinsip pertanggungjawaban bersama.
Mengulas mengenai perkara itu, Samy Vellu bertanya apakah tindakan yang telah diambil apabila Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Datuk Shahrir Abdul Samad menyokong usul pembangkang.
Shahrir telahpun meletak jawatan sebagai pengerusi BBC tetapi tidak dijangka dikenakan sebarang tindakan. Berita asal
posted by jasindaily online @ 7:22 AM   0 comments
Pak Lah Lelaki UMNO terakhir
MELAYU cuba untuk merungkai sejarah punca dan sejarah penubuhan UMNO yang kononnya dirayakan untuk kali ke 60. Ulangtahunnya sahaja, sudah ada penipuan. Semua orang tahu tapi UMNO buat-buat tidak tahu. Hendak mengaku tapi malu.

UMNO yang direstui Tertubuhnya UMNO adalah dibawah restu British. British tidak pernah dan tidak pernah cuba merestui mana-mana pertubuhan untuk menentang mereka. Senario yang berbeza pada penubuhan UMNO, selain direstui, pemimpinjuga seperti diajar untuk melakukan sesuatu. Rata-rata pemimpin awal UMNO adalah lulusan universiti penjajah, universiti di BRITAIN. Adakah kaitan ini sengaja atau tidak disengajakan?

Penubuhan UMNO seperi sudah dirancang, bermula dengan penubuhannya, perjuangannya dan cara pemerintahannya, ia mirip kepada cara British. Ia adalah jenayah terancang anjuran British dan kerjasama oleh pengkhianat bangsa. Kerana itu setiap pergerakan Tunku Abdul Rahman dalam pencari sokongan dan perbincangan dengan komunis sentiasa dibawah pengawasan British.

Bangsa Melayu tidak pernah cuba fahami dan tidak pernah cuba bukakan minda untuk cuba menyingkap dan berteka-teki untuk melatih diri berjaga-jaga sebelum terkena.

Kelahiran filem dokumentari LELAKI KOMUNIS TERAKHIR tiba-tiba menjadi tajuk utama sembang masyarakat dan ia juga ditentang oleh kerajaan. Belum pun tahu isi kandungan, masyarakat sudah memberikan liputan bahawa filem itu seolah-olah cuba menaikkan nama Chin Peng lantas dibimbangi akan mengajar masyarakat untuk menentang kerajaan. Ada yang takut pada bayang-bayang.

Bayang-bayang sejarah silam. Sejarah yang menyimpan seribu rahsia sebuah parti kerajaan. Ulangtahun ke 60, bukan untuk UMNO kerana UMNO baru, usianya hanya setahun jagung. Sebenarnya ulangtahun 60 tahun adalah ulangtahun kejayaan UMNO menyimpan rahsia dari rakyat jelata.

MELAYU BUTA SEJARAH

Terlalu banyak sejarah yang dipendam dan disimpan. Sejarah tentang Hang Tuah dan 5 sahabat, sejarah Kesultanan Melayu Melaka, sejarah tentang pejuangan bangsa, sejarah asal-usul Melayu dan lain-lainnya. Seperti yang penulis katakan sebelum ini, Sejarah tidak menipu, yang menipu adalah mereka yag menukar sejarah dan mendiamkan sejarah. Tetapi adakah ianya sejarah atau sebuah cerpin untuk sekadar mengajar rakyat untuk taat pada pemimpin. (Betul kata penghantar email:
Dato@gudanggaram_16)

CINA CELIK SEJARAH

Bangsa tidak akan maju tanpa sejarah. Cina bangun dengan gagah kerana mereka tahu sejarah ketamadunan bangsa mereka. Mereka ada yang perlu dibanggakan. Sejarah Maharaja Xia sehingga berikutnya, Sejarah pembenaan TEMBOK BESAR, Sejarah perubatan, sejarah peperangan dan lain-lainnya. Sejarah mengajar dan menjadi panduan mereka. Ini satu kenyataan, dimanawalaupun mereka jelas dibawa kuasa komunis dan pernah kalah dalam peperangan, kini mereka bangun menggegarkan dunia dengan segala strategi yang disusun. Kalah atau menang dalam sejarah, tidak penting, tetapi yang penting mereka mempunyai sejarah.

Begitu juga dengan bangsa JEPUN. Bukan sahaja Kalah, mereka juga dibom dan jenerasi mereka hancur, bangsanya lebur.

Berbeza dengan bangsa Melayu. Kekadang malu untuk menjawab pertanyaan tentang Melayu, kerana Melayu sendiri tidak tahu sejarah dan tidak mempunyai sejarah. Apakah sejarah Melayu sememangnya tiada atau sengaja ditiadakan?

MELAYU BERCAKARAN

Bangsa Melayu berselisih pendapat dalam pelbagai perkara. Kerana itu bangsa Melayu tidak boleh maju. Masa mereka banyak dihabiskan dengan pedebatan yang tiada bukti dan fakta yang sah. Masing-masing ada pendirian, menuruti apa yang mereka baca dan menurut hukum akal mereka. Sedangkan alasan yang diketengahkan tergantung dan tidak berkesudahan. Memadai dengan pertanyaan tentang Hang Tuah. Maka jawapan bercambah-cambah. Tiada sehaluan dan bila ditanya mana buktinya. Melayu ternganga, mata berkerdipan. Bingung dan tongong.

Begitu juga dengan kerajaan, mereka mengaku untuk memperjuangkan bangsa. Tetapi bukti tiada. Setelah hampir 49 tahun merdeka. Melayu hanya indah pada rupa dan maju pada khabar. Realitinya tanah terjual, perniagaan terbengkalai, ekonomi dan maruah tergadai. Melayu senyum puas hati, kononnya UMNO pejuang sejati.

Sejarah Tanah Melayu banyak yang dibawa pergi, Sejarah tidak membuktikan Melayu adalah penduduk asal, sejarah tertulis hanya memberi ruang dan peluang kepada semua bangsa untuk mengaku Malaysia ini Negara KITA. Ia perlu di kongsi bersama, itu kata BRITISH. UMNO bersetuju membuta tuli. Kemudian pura-pura perjuangkan bangsa.

USAHA PENDEDAHAN SEJARAH

Sekitar tahun 70an dan 80an. UMNO kelihatan bimbang. Pelajar Universiti cuba membongkar sejarah. Mereka sedar apa yang mereka baca selama ini, bukan sejarah yang sebenar. Pelajar yang ketika itu bebas bergerak dan tidak dikongkong seperti kini, membongkar banyak rahsia sejarah sebenar. Ahmad Boestaman, Pendita Zaaba, Rahim Kajai, Dr. Burhannudin Helmi dan perjuangan mereka diiktiraf. Fenomena ini membimbangkan UMNO, bukan sahaja nama dikenang tepi turut menjadi nama Jalan-Jalan.

Pejuang yang nyata pernah dipenjara dan pernah didera, oleh British dan UMNO, kerana dituduh pengkhianat bangsa dan mempunyai kefahaman dan haluan yang berbeza. Dituduh kelak menjadi huru-hara dalam negara.

Selepas itu, sejarah Melayu dikupas, satu persatu. Terlalu banyak sejarah yang berbeza. Kita dibingungkan dengan kononnya pembukaan Pulau Pinang adalah oleh Kapten Francis Light pada 1786, sedangkan Melayu sudah lama ada, hidup menjadi petani dan penangkap ikan.

Mungkin Mat Salleh ni tidak lebih dari tumpang membuang air besar, tetapi digelar pembuka Pulau Pinang. Mana satu yang datang dulu? Sekali lagi bangsa Melayu berbalah dan bercakaran sehingga kini.

Selepas pendedahan demi pendedahan dibuat, tiba-tiba ia dihentikan seolah-olah ada pihak-pihak yang tidak senang akan perkembangan ini? Adakah tamatnya pendedahan ini sama tamatnya usaha menayangkan filem, LELAKI KOMUNIS TERAKHIR?

UMNO BIMBANG dan KETAKUTAN

Umno yang ditubuhkan selama 60 tahun memonopoli undi untuk terus digelar kerajaan Malaysia. Namun bangsa Melayu masih seperti dahulu. Susah dan tidak senang-senang. Yang senang adalah bangsa Melayu yang terpilih, kerana setiap peluang ada yang menunggu di pintu halaman. Bukan kawan, tiada peluang dan jangan hendak berangan. Itu lah UMNO, memerintah cara kuno.

Bila sebut sahaja RMK 9, pemimpin berkata, Melayu mesti rebut peluang. Tapi yang datang masih rakan masih taulan. Rakyat tenung bulan, harap bulan jatuh ke riba. Bukan bulan yang jatuh, tapi riba yang jatuh kerna tidak sanggup tunggu bulan.49 tahun UMNO memerintah tetapi sejarah Melayu tidak cuba dibongkar.

UMNO tidak cuba untuk menyelongkar sejarah Melayu kecuali asyik bercerita tentang kemerdekaan, asyik cerita kejayaan. Bila menyambut kemerdekaan akan ada filem yang sama diulang-ulang.Seolah-olah sejarah Melayu bermula sekitar 1957.

UMNO terapkan, sejarah Melayu adalah sejarah UMNO. Mulanya UMNO, maka mulanya Melayu.Banyak bukti dan fakta sejarah yang masih ditangan British.

Semua rakyat tahu, tetapi KERAJAAN tiada usaha untuk berunding, meminta agar sejarah bangsa dikembalikan. Melayu tidak mempersoalkan kerana bangsa Melayu hidup untuk terus bercakaran dan berdebat sampai hari kiamat.

2006 yang meloyakan

Ditahun ini, terlalu banyak kepincangan, terlalu banyak pendedahan. Baru kini Melayu tahu, selama ini Melayu ditipu. Usaha kerajaan gandakan, untuk pulihkan nama kerajaan. Akibat sikap pemimpin yang tamak, yang ditutup semakin terbuka, yang dipendam semakin terdedah. Pemimpin serba salah, hilang akal hilang fikiran. UMNO tunggu untuk dikapankan.

BUDAYA UMNO

Budaya UMNO merosakkan bangsa. Diasuh untuk terus angguk dan mengiyakan pemimpin. Yang disemai benih, yang suburnya lalang. Telalu banyak lalang menjadi pemimpin. Beruntung benar kalau pemimpin itu maju kehadapan, tetapi malang sungguh apabila pemimpin yang berfikiran songsang dan akibatnya seluruh bangsa akan tunggang dan langgang. Budaya UMNO tidak pentingkan pertukaran fikiran. Apa yang UMNO mahu adalah, setuju apa pun yang aku kata.. Yang baik dikatakan baik, danyang buruk juga tetap dikatakan baik. Budaya UMNO, budaya pelik. Budaya Mahluk asing.

Melayu menyimpan banyak soalan, tetapi soalan tidak pernah dijawab kerana UMNO tidak mahu menjawab soalan kerana UMNO bimbang Melayu tahu.

Kerana disuruh ikut kata ketua, maka lahirnya hikayat Hang Tuah yang berpihak kepada Sultan lalu rakan sendiri ditentang. Mahu rakyat menentang Sultan, maka lahirlah hikayat Sultan mati dijulang. Rupanya bukan sekadar dongeng, bukan sekadar hikayat, tetapi British mahu rakyat ikut dan buat.

MELAYU HENTIKAN BERMIMPI

Sikap dan perangai pemimpin bukan perkara penting dalam memilih pemimpin. Kerana itu banyaknya pemimpin tidak berguna masih diterima memegang kuasa. Bangsa Melayu adalah bangsa angguk, bangsa lalang. Bangsa Melayu banyak mengangguk dari berusaha untuk menyelongkar muslihat sebenar pemerintah atau sejarah. Bangsa Melayu kini tiada jati diri kerana tiada asal dan tiada usul. Sejarah kepahlawanan bangsa Melayu tidak tepat dan ianya setakat cakap-cakap dan bukan realiti, tiada bukti

Perlu apa bukti? Biarkan Melayu bercakaran untuk menegakkan kefahaman masing-masing, tanpa penghujung, tanpa penamat. Launglah sekuat mana pun, Melayu tetap akan jadi Melayu dan kerna melayu benarkan melayu menipu

Bingung untuk membuka minda Melayu, agar bezakan yang mana TULEN yang mana palsu.

Mahu ditegur, kita ditengking. Mahu dimarah, kita yang parah. Mahu disergah, kita di jerkah. Mahu di nasihat, kita digelar pengkhianat. Mahu di perli, kita yang dikeji. Puas di cabar, sedikit pun Melayu tidak sedar. Digunakan pelbagai kaedah, tapi tidak langsung berfaedah. Hendak biarkan Melayu tertipu, dayus benarlah Aku.

Aku menulis bukan untuk berkelakar, tetapi biar Melayu sedar, jangan jauh tersasar. Biar sampai bila-bila, selagi hayat dikandung badan. Melayu berbalah pada perkara benar. Melayu setuju pada segala tipu. Melayu parah kerana tiada sejarah. UMNO ketawa kerana Melayu merana. UMNO tidak mahu melayu berjaya kerana ia akan membuat UMNO sengsara.

UMNO biarkan Melayu terus sesat, terus berdebat. Penuhkan ruang internet untuk memaki sesama sendiri. Asyik bercakaran, bangsa lain maju terus ke depan. Apabila MAKAN pun sudah kurang, pakaipun jarang-jarang, tanah dibeli orang, baru MELAYUpenuhkan jalan, untuk bangun menentang berjuang. Jika tidak jangan harap kerana Melayu asyik leka untuk mencerca sesama bangsa.

13 Mei, kononnya Melayu berperang tetapi sebenarnya Melayu diserang. Tidak diserang, Melayu tidak menyerang. Tidak makan, baru Melayu bangun menentang. Itu lah Melayu yang aku kenal sejak dahulu.

Bangun lah Melayu, Rayuan dari bangsa mu Perjuangan bukan untuk aku mahupun dirimu, tetapi untuk masa depan anak cucu.Kenapa biarkan UMNO menipu? Kenapa Melayu asyik ditipu? Kenapa layan karenah kerajaan, mereka hanya melalaikan Buang UMNO ketepi, supaya Melayu berhenti bermimpi Pandang pada reality, Lihat pada yang pasti Melayu ditipu dan dibohongi, hasilnya Melayu bercakaran sesama sendiri

Yang Muda kutuk Si Tua, Yang Tua nasihat si muda Sopan bukan lagi santun dan santun bukan mahu lagi bersopan. Kutuk yang berpanjangan, nasihat yang tidak dipertimbangkan Buang pada yang sopan, lupakan pada yang santun

Apa sebenarnya yang UMNO perjuangkan?

Sudah 49 tahun memerintah, Melayu asyik ketinggalan Tunggu apa lagi Melayu, Tunggu 2020 yang tidak lagi tentu

2006 1957 = 49 tahun
2020 2006 = 14 tahun
49 tahun + 14 tahun = 63 tahun
Melayu asyik memberi UMNO peluang, Tetapi UMNO asyik berpeleseran. Malaysia bukan Negara besar, Perancangan Kerajaanasyik tersasar Lihat pada Cina, lihat pada Jepun, pernah dibom pernah dipimpin, pernah diserang, pernah dijajah, tapi mereka bangun untuk memerintah
Melayu bukan minta kaya, Tetapi Melayu minta sekadar setara
Susah benarkan kerajaan tunaikan? Sehingga kos berbillion-billion dibelanjakan? Sehingga makan bertahun-tahun untuk ditunaikan? Semakin banyak janji ditabur, Semakin bertambah Melayu yang mundur.
Aku ingin melihat sedarnya Melayu, sebelum ajal datang menjemputku.
Aku tidak bangunkan rakyat Amerika, Aku tidak bangunkan rakyat Afrika, apa yang aku ingin bangunkan adalah bangsaku, bangsa yang selama ini berbangga kerana ditipu. Hentikan penipuan UMNO, Kuburkan UMNO bersama. Anugerahkanlah Pak lah, LELAKI UMNO TERAKHIR.
posted by jasindaily online @ 7:21 AM   0 comments
Mahathir, Ku Li dan Anwar perlu bersemuka
Mutakhir ini, senario politik negara banyak diwarnai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang dilihat vokal menyatakan kritikan ke atas kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malah, dalam beberapa isu seperti isu 'jambatan bengkok', isu Permit Impot (AP) dan isu kebebasan akhbar, Tun Mahathir yang pernah menjadi Menteri Kewangan dilihat berhujah mengalahkan hujah pembangkang.

Semuanya diutarakan atas asas kepentingan rakyat dan negara meskipun ada pihak mendakwa Mahathir cuba mengambil kesempatan menyatakan kritikan atas kepentingan peribadi.

Di celah-celah kritikan Mahathir itu, politik tanah air juga tidak sunyi dari kritikan yang agak senada dengan Mahathir dalam sesetengah isu yang diutarakan dua tokoh yang pernah menjadi Menteri Kewangan iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim (bekas Timbalan Perdana Menteri) dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Kepentingan rakyat, bangsa Melayu, kedudukan bahasa Melayu dan kesaksamaan pengagihan kekayaan, isu dalam Umno turut menjadi 'buah mulut' tokoh-tokoh ini.

Duduk semeja bincang isu rakyat

Mengulas isu itu Pengerusi Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti (Impak), Haji Mahfuz Omar menyeru tiga tokoh ini duduk semeja membincang soal kepentingan bangsa dan negara yang hebat diperkata oleh mereka.

"Saya cukup optimis jika tiga tokoh ini bertemu untuk membincangkan isu berkepentingan rakyat, ianya akan membawa satu lonjakan kepada usaha merubah kelesuan kepimpinan negara yang ada hari ini," katanya ketika mengadakan sidang media di Taman Melewar hari ini.

Meskipun tiga tokoh ini dahulunya pernah berdepan dengan masalah peribadi dan politik antara satu sama lain, tetapi dalam senario politik dan pentadbiran negara hari ini, tiga tokoh ini perlu melupakan soal pertindihan itu demi kepentingan rakyat, kata Mahfuz.

Mahfuz juga memberitahu wartawan bahawa beliau sendiri akan berusaha untuk bertemu dengan tiga tokoh ini bagi menyampaikan idea supaya kesemuanya bertemu bagi membincang isu rakyat, katanya.

"Kepentingan rakyat seharusnya menjadi asas penting kepada kesemua buah fikiran yang disampaikan tiga tokoh ini dalam kritikan mereka.Justeru untuk merealisasikannya, satu usaha sepadu tiga tokoh ini dan pertubuhan yang mahu duduk semeja perlu digembeleng," katanya.

Mahfuz mahu jumpa Tun Dr Mahathir

Terdahulu sebelum itu, Mahfuz turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Mahathir dalam masa terdekat, malah surat menyatakan hasrat itu akan diserah kepada bekas Perdana Menteri itu hari ini, katanya.

Beliau berharap dapat bertemu dengan Mahathir atas nama NGO bagi membincangkan beberapa isu yang menyentuh hak rakyat yang di ketengah bekas pemimpin Umno itu, katanya.

Bagaimanapun beliau menolak dakwaan bahawa pertemuan itu ada kepentingan politik, sebaliknya beliau menyokong usaha dan hujah Mahathir dalam isu-isu membabitkan hak rakyat mutakhir ini.

"Meskipun di zaman Mahathir dahulu keadaan amat berbeza, tetapi saya rasa bekas Perdana Menteri itu hari ini benar-benar berubah dan mahu melaksanakan perubahan lebih-lebih lagi melihat kelemahan pentadbiran Abdullah yang merugikan rakyat," katanya.

Sementara itu semasa ditanya mengenai pembabitan PAS dalam isu pertemu ini beliau berkata, ianya tiada kena mengena dengan PAS tetapi tidak salah jika PAS terlibat kerana dasar PAS yang terbuka mengenai kepentingan rakyat.

Saya rasa PAS tetap akan menyokong sebarang agenda perubahan yang membawa kebaikan kepada rakyat dan pembaikpulihan demokrasi, katanya
posted by jasindaily online @ 6:19 AM   0 comments
Imbasan semula - Apakah terbuka pintu murtad di Malaysia
Thursday, May 18, 2006
Apakah terbuka pintu Murtad..????? Di Malaysia Mahkamah Syariah telah berjaya menunjukkan keadilan bukan sahaja kepada mereka yang beragama Islam malah kepada mereka yang bukan beragama Islam. Itulah antara komen yang diberikan oleh kepimpinan kita dalam isu nyonya Tahir.

Kritikan isu Mohamad Abdullah @ Moorthy mungkin reda setelah Mahkamah Syariah membuat keputusan untuk kes Nyonya Tahir. Alasan menyeluruh keputusan kes beliau belum kami terima lagi tetapi antara yang terkandung dalam media adalah surat wasiat beliau, pernah memohon untuk menukar nama dalam Kad Pengenalan dan sejak kecil tidak mengenali Islam.

Alasan ini seolah membawa kemenangan. Pak Lah turut mengatakan keputusan itu menunjukkan Mahkamah Syariah tidak prajudis dan telah mengambil kira fakta - fakta yang ada. Apakah keputusan mahkamah bagi isu Nyonya Tahir memungkinkan - pembukaan pintu untuk permohonan murtad dalam negara ini.

Institut Pengembelingan Dan Pembangunan Komuniti di bawah Mahfuz Omar gusar kerana isu murtad - antara membolehkan dan menidakkan masih kabur dan memerlukan satu penjelasan definisi yang menyeluruh. Kes Nyonya Tahir ini akan jadi "precedent" dan setakat ini penjelasan harus di buat dengan lebih menyeluruh lagi agar "precedent" ini tidak disalah pakai untuk tujuan membolehkan sesiapa untuk murtad dengan lebih mudah lagi.

Majlis Raja - Raja selaku Ketua Agama Islam negara ini harus bertindak untuk menggariskan secara terperinci isu murtad dalam negara kita ini. Peruntukan undang - undang perlu jelas kerana kita tidak mahu melihat apa yang timbul dari penghakiman ini adalah timbulnya satu sistem bagi memudahkan orang - orang Islam untuk keluar dari pegangan Islam atau murtad.

Kita tidak seharusnya leka dengan keputusan Mahkamah Syariah sehingga kita lupa - wujudnya kemungkinan "precedent" ini melunaskan antara tuntutan yang telah digariskan oleh Inter Faith Commission Adalah lebih baik kita bertindak untuk menentukan peruntukan - peruntukan perundangan dari sudut Syariah dalam soal ini dengan mengambilkira dua keputusan Mahkamah Syariah baru - baru ini. Kita tidak mahu jalan untuk Murtad di buka secara tidak langsung oleh Mahkamah Syariah sendiri dalam usaha untuk memberi keadilan kepada Nyonya Tahir.

Apakah tidak keputusan ini memberi ruang untuk memudahkan murtad? Apakah dengan adanya wasiat, membuat deklarasi bersendirian sudah cukup untuk membolehkan seorang itu bertindak untuk murtad. Sedang Islam memandang serius mengenai isu murtad ini , kita sudah cukup bergembira dengan keputusan yang belum memberi gambaran keseluruhan mengenai isu murtad ini khususnya dari sudut perundangan. Mereka yang arif sila kemukakan pendapat anda.
posted by jasindaily online @ 7:14 AM   0 comments
NAZRI TERNYATA BODOH!
KENYATAAN MEDIA PAS (16 Mei 2006)

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merasa kesal dengan kenyataan biadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Nazri Aziz yang menganggap tindakan 500 orang yang mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang kerana membantah penganjuran forum undang-undang sivil dan syariah sebagai bodoh. DPPP menganggap, Dato' Seri Nazri sebenarnya yang bodoh kerana tidak mengambil tahu isu sebenar yang mengheret kebencian umat Islam di negara ini.

Sesungguhnya kenyataan Nazri itu menghiris dan mengundang kemarahan umat Islam di negara ini. Dalam keadaan duka umat Islam yang belum pulih akibat isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w., Nazri pula bertindak sebagai pembela golongan yang mahu mencabar Islam. Beginikah sikap sebenar Ahli Parlimen Padang Rengas ini yang mempunyai pengundi-pengundi yang majoritinya Islam. Nazri jelas memalukan pengundi-pengundi beliau dikawasannya, kerana disitulah terdapat dua institusi pendidikan Islam terkenal iaitu pondok Syeikh Junid di Kampung Padang Lalang, dan Madrasah Yahyawiyah di Padang Rengas.

DPPP berpendapat kenyataan Nazri adalah merupakan satu usaha untuk melindungi golongan yang cuba mencabar kewibawaan kuasa Mahkamah Syariah yang sedia jelas dalam Artikel 121 (1A). Mungkin kebebalan beliau untuk mengetahui latar belakang majlis tersebut diadakan dan mengapa bantahan penduduk tempatan khususnya umat Islam di Pulau Pinang di adakan. Mungkin juga Nazri telah lupa bagaimana rentetan tuntutan yang cuba dilakukan oleh Inter Faith Commission (IFC) bersama-sama kumpulan Sisters In Islam (SIS) yang cuba mencabar Islam melalui perundangan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Nazri juga perlu diingatkan bahawa mereka inilah dulunya paling lantang mempertikaikan kes jenazah Allahyarham Mohammad @ Moorthy yang telah disahkan Islam dari dikebumikan mengikut cara Islam.

Kenyataan Nazri menyerlahkan lagi sikap hipokrasi beliau di dalam menangani permasalahan umat Islam. Barangkali inilah sebahagian produk yang dihasilkan oleh jenama Islam Hadhari di negara ini. Tidak sedarkah beliau bahawa terdapat 18,000 rakyat Malaysia yang telah menandatangi petisyen yang dibuat oleh 13 kumpulan untuk pertikaikan Artikel 11 yang memberi hak kepada Mahkamah Syariah. Mungkin beliau tidak terkesan dengan pendedahan Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria yang menyatakan 250,000 umat Islam yang telah murtad dan sedang menanti untuk murtad!

DPPP tidak merasa hairan dengan kenyataan celupar Nazri itu kerana beliau pernah mengakui bahawa UMNO mengikut rentak PAS semata-mata untuk memperalatkan Islam dan beliau juga mengaku bahawa beliau adalah sekular. Mungkin inilah mentaliti pemimpin kelas pertama yang hendak dihasilkan oleh Perdana Menteri pada hari ini.

DPPP mengingatkan Nazri bahawa Pemuda PAS akan turun ke Parlimen Padang Rengas untuk mendedahkan sikap sebenar Nazri terhadap Islam supaya masyarakat di Parlimen Padang Rengas tidak tertipu dengan manusia hipokrit yang bertopengkan agama. DPPP juga yakin bahawa masih ramai lagi umat Islam yang cintakan Islam dan tidak bodoh seperti bodohnya Nazri.

HJ IDRIS HJ AHMAD
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Pusat
posted by jasindaily online @ 6:54 AM   1 comments
Drama MP Kayu Gergaji
Drama "MP Kayu Gergaji" semakin hari semakin menarik, terkini disiasat oleh BPR pula. Peguam Negara juga telah menyatakan bahawa beliau menunggu Investgation Paper (IP) dari pihak BPR. Siasatan sedang berjalan di bawah peruntukan Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan Ordinan 22 Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1970

"Abdul Gani berkata, siasatan terhadap Mohd Said itu boleh dibuat mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997, atau Ordinan 22 Kuasa-kuasa Perlu Darurat 1970 yang belum lagi dimansuhkan."[Berita Harian 13 Mei 2006]

Bagaimanapun terdapat peruntukan di bawah Akta Kastam 1967 (Act 235) berhubung "penalty for assaulting or obstructing officers of customs and rescuing goods', di bawah Seksyen 138(a) " 136. Every person

(a) assaults or obstructs any officers of customs or other public servant or any person acting in his aid or assistance or duly employed for the prevention of smuggling, in the execution or his duty.......

Sabit kesalahan di bawah Sek. 136 boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau didenda tidak lebih RM 5000 atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama (First Offences), manakala bagi keslahan berikutnya (Kedua dan seterusnya.) boleh dipenjara tidak melebihi 12 bulan atau didenda tidak lebih RM 5000. Fikir-fikirkanlah dah berapa kali "assault and obstructing" terhadap Pegawai Kastam yang telah dilakukan oleh MP Kayu Gergaji ini bagi melepaskan barangan 'client' yang diklasifikasikan sebagai Barangan Larangan Import ( Prohibited of Import goods) di bawah Jadual Kedua Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 1988 yang diluluskan oleh Parlimen pada menjalankan kuasa Menteri Kewangan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kastam 1967 iaitu "power of minister to prohibits imports and export".

Melalui laporan akhbar dikatakan MP Kayu Gergaji memiliki syarikat Agen Perkapalan dan Penghantaran (Forwading Agent) yang menguruskan import kayu Gergaji berkenaan. Forwading Agent adalah pihak yang diberi kuasa melalui Seksyen 90 Akta Kastam 1967.

90(1)No person shall act as agent for transacting business relating to the import or export of any goods or luggage........,except with the permission of customs and subject to such terms and conditions as he may impose

Bagaimana pula dikatakan beliau mewakili "rakyat" seperti yang disebut Oleh YAB Pak Lah ?.Beliau mempunyai kepentingan sendiri (peribadi), bolehlah disiasat borang 49 di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) jika syarikatnya itu Sdn. Bhd.

Perlu juga diingatkan bahawa Syarikat Binyu ini juga tertakluk kepada Akta Cukai Perkhidmatan 1975; di mana perlu memungut 5% cukai ke atas bayaran perkhidmatan/caj yang dikenakan ke atas pelanggannya jika 'treshold' [nilai perkhidmatan tahunan] melebihi RM 150,000 setahun.

Adakah MP Kayu ini membayar cukai perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Jabatan Kastam (KDRM)?
posted by jasindaily online @ 6:38 AM   0 comments
QARUN DI DALAM UMNO
Umno sedang menuju kehancuran. Hancur UMNO akan menghancurkan juga rakyat dan Negara. Kerana kuasa, pangkat dan harta, kaum UMNO sudah lupa akan membezakan antara Allah swt dan pemimpin mereka. Kedua-duanya seperti sama. Boleh memberikan kekayaan dan boleh memaafkan. Pak Lah maha pengampun dan Najib maha bijaksana. Begitu lah anggapan kaum UMNO kepada pemimpin mereka. Bersama UMNO anda kaya, bersama UMNO anda bahagia, UMNO menang, rakyat senang. Itu janji pemimpin UMNO kepada kaumnya.
Setiap kali musim Pilihanraya, maka semua berita indah belaka. Tidak kira TV mahupun akhbar, pasti cerita tentang kejayaan dan perancangan untuk lebih berjaya dan untuk menjadi lebih kaya. Kaedah ini sudah digunakan bertahun-tahun untuk meletakkan kefahaman begitu di dalam kepala rakyat. Biarpun miskin disangka berjaya, biarpun papa tapi masih dikata kaya. Begitulah kepercayaan yang perlu ada pada masyarkat tentang kerajaan. ? BERIMAN DENGAN KERAJAAN?
PEMIMPIN DILAYAN SEPERTI NABI
Semua orang tahu, TAIB MAHMUD Kaya hasil dari peruntukan kerajaan Pusat. Hartanya sudah menjangkau billion-billion ringgit. Tapi siapa yang berminat mahu ambil tahu? Kalau dulu hutan, sekarang SARAWAK membangun, yang pasti tanah yang lapang, untuk kemajuan, balak yang hilang, tidak dapat dikesan. Segala pujian kepada UMNO. Taib MAHMUD sangka diri sudah menjadi NABI yang mampu terbang bersama JET PERIBADINYA seperti Nabi di dalam peristiwa Israq Mikraj.
Tetapi pemimpin seperti ini tidak boleh dibentak dan tidak boleh digertak, kerana kuasa, undang-undang dan kekakyaan ada pada mereka. Maka sangka mereka yang MAHA berkuasa. Boleh menukarkan hidup manusia, boleh menjanjikan kekayaan dan kesenangan, walaupun kerap janjinya tidak membahawa kebahgiaan mahupun kesenangan. Kalau dahulu NABI, lama-lama menjadi TUHAN akibat segala puji-pujian.
Sebagai pengikut UMNO, tiada lah kritikan atau kutukan yang boleh dilakukan kecuali peji-pujian dan persetujuan dari ketua dan pemimpin. Sungguh hebat pemimpin UMNO masa kini sehinggakan tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh dipersoalkan. Tahapapakah mereka sekarang?
PILIHANRAYA MACAM MUSIM HAJI
Musim Mengundi, sudah tiba lagi, Menunaikan ibadat, panggilan menteri, Apabila diseru oleh pemimpin mereka, maka berduyun-duyun lah penyokong dan penganut yang datang berkampung untuk memuji dan memuja pemimpin dan kerajaan. Tiadalah terkira ramainya sehinggakan rakyat tidak tahu, mana rakyat mana wakil rakyat, mana peraih undi dan mana pengundi, mana pos undi dan mana undi pos, mana SPR mana pengkhianat. Ramai sepertinya musim haji. Cuma bezanya tiada IHRAM cuma pakaian mereka berlogo BN. Tetapi itu semua arahan Menteri, arahan kerajaan. Yang perlu dipatuhi, perlu dituruti. Jika tidak berdosa lah penganut UMNO kepada Nabi dan Tuhannya. Berdosa dengan UMNO, terlepaslah habuan kekayaan dan habuan.
PERITIWA QARUN (Bukan Qhairi)
Sifat Qarun sudah menusuk ke sanubari untuk dicontohi. Hebatnya Qarun tidak terperi, begitu lah kejadian yang berlaku dizaman dahulu, tetapi seperti diulang dizaman ini. Beliau adalah anak saudara Nabi Musa (Bukan anak menantu). Jika ada Kitab selepas AlQuran, pasti kisah UMNO akan termasuk di dalam Kitab tersebut.
Mengesahkan ramainya umat Islam yang berubah pendirian dan kepercayaan serta beriman mereka kepada pemimpin yang bisa menjanjikan HARTA, KUASA, KEMAKMURAN dan KEBEBASAN.
Penulis mengambil sedikit cerita berkenaan Qarun untuk dijadikan perbandinngan. Ceritanya begini,
Selepas Nabi Musa as menemui Qarun untuk memperingati beliau tentang tuntutan zakat, maka Qarun berkata kepada penyokong dan kaumnya,Wahai saudara-saudaraku, ketahuilah, bahawa Musa itu iri hati terhadapku, zakat sebenarnya hanya untuk menutup apa yang tersembunyi di dalam hatinya, ia ingin mempunyai harta yang banyak dengan cara mewajibkan zakat.
Sebenarnya Musa lah orang yang ingkar dari ajaran Allah, janganlah kalian percaya terhadap Musa. Dan dengarlah berita gembira dariku bahawa hari ini aku akan membahagikan sebahagian harta kepada kalian. Tapi ingat, hendaklah kalian menjauhi ajaran Musa dan percaya serta mengikuti aku.?
Mendengar ucapan Qarun itu, disambut oleh orang ramai dengan tepuk tangan menandakan kegembiraan serta menaruh kepercayaan penuh kepada Qarun. (Keadaan yang sama berlaku di Parlimen Malaysia apabila perdebatan dan pembentangan Rancangan Kerajaan setiap tahun)Kemudian Qarun berkata lagi: ?
Barangsiapa yang patuh dan percaya padaku, maka ia akan mendapat bahagian harta dariku, maka untuk itu mulai sekarang jauhlah semua ajaran Musa dan ikutilah aku agar kalian senang dan bahagia.? (Seperti janji pemimpin BN)Akibat ucapan Qarun, maka ramai orang yang tidak beriman kepada Allah terpengaruh oleh kata-kata Qarun, mereka berlumba mendekati si Qarun dengan cara memuji, menyanjung untuk menyenangkan hatinya agar mendapat hartanya dan Qarun pun menjadi lupa daratan ia semakin tambah angkuh dan sombong.
Di samping itu Qarun pun berusaha dengan berbagai macam cara untuk memburuk-burukkan Nabi Musa.
NASIHAT
Jadikan pengajaran kisah hidup Qarun agar Melayu dapat membezakan bentuk kepimpinan yang dibawa oleh UMNO. Tidak salah berjuang untuk bangsa dan agama, asalkan ia telus, ikhlas dan jujur.
Jangan terlalu taksub sehingga sikap menyokong mereka berubah kepada BERIMAN. Antara ?Sokong pemimpin? dan ?beriman pada pemimpin? maksudnya berbeza.
Beriman adalah kepercayaan yang tidak boleh dipertikaikan sedangkan sokong kepada pemimpin tidak menyalahkan kita untuk memberi pandangan dan mengkritik.Wakil rakyat, ahli Parlimen, Pemuda dan yang Petua di dalam UMNO bukan lah calang-calang orangnya. Semuanya bijak pandai belaka.
Tetapi akibat taksub maka yang pandai menjadi bodoh. Yang hebat menjadi bangsat.Kerana ego dan sombong, selalunya pandai yang sering diperbodohkan. Kerana itu, maka pengikut AYAH PIN terdiri dari mereka yang hebat-hebat belaka. Orang pandai adalah golong yang mudah untuk diperbodoh-bodohkan.
Pemimpin bukan tuhan, tetapi kuasa yang ada ditangan menjadikan mereka lupa daratan yang diberikan kelebihan dan nasib untuk menjadi penting. Ramai lagi rakyat yang jauh lebih pandai tetapi tidak mahu tergila kuasa seperti mereka. Ketika ini, bijak lagi rakyat untuk memberikan pendapat dari pemimpin.
Malangnya penyokong UMNO sudah seperti penyokong Qarun, yang bersetuju kerana upah, bersetuju kerana harta, maka akhirnya Qarun ditelan bumi bersama-sama hartanya. Beberapa soalan kepada UMNO.
1. Mana yang penting, ISLAM atau UMNO?
2. Perjuangan mana yang penting, Bangsa atau Agama?
3. Mana yang perlu dipatuhi, undang-undang UMNO atau undang-undang Islam?
4. Mana yang perlu dipatuhi, Perdana Menteri atau Allah swt?
5. Mana yang tidak boleh dipertikaikan, arahan PM atau arahan Tuhan kamu?
6. Apa pengertian Beriman dan dengan siapa kamu beriman?
Jawab dengan ikhlas dan rujukkan diri dalam menjawab.
posted by jasindaily online @ 6:23 AM   0 comments
Pak Lah satu penggal, satu angan - angan
Sistem dalam UMNO merupakan satu penghalang kepada yang berkuasa untuk turun tanpa rela mahupun turun kerana desakan kegagalan. Bagi kenyataan yang mengatakan bahawa Pak Lah akan hanya kekal untuk satu penggal, adalah satu manifestasi jahil yang tidak kenal dan tidak tahu apa yang ada dalam UMNO. Pak Lah sedang berkuasa semana Mahathir berkuasa dahulu. Untuk menjatuhkan Pak Lah adalah satu usaha yang sia - sia kerana beliau sedang memerintah. Pak Lah mustahil akan jatuh kerana sistem serta komposisi budaya UMNO dan ini adalah hakikat.

Demokrasi dalam UMNO adalah demokrasi yang berat kepada kepimpinan biar apa pun selangit kegagalan mereka. Asalkan sudah memegang kuasa maka yang lain akan turut mengikut. Dalam hal ini saya ingin menasihati mereka yang bercita - cita mahu bangkit menjatuhkan Pak Lah supaya hentikan. Lihat betul - betul pada sistem UMNO khususnya sistem pemilihan. Sistem - sistem yang dibentuk sewaktu kepimpinan Mahathir menutup ruang atau setidak - tidaknya menyukarkan untuk UMNO merubah sebarang kesilapan lantikan. Yang telah dilantik akan memegang kuasa dan kuasa mereka hadir dan akan kekal. Mereka akan disokong oleh nilai - nilai negatif yang sedia ada dalam UMNO dan ahli UMNO yang telah terdidik dalam budaya tersebut. Selagi Pak Lah tidak berhasrat untuk mengundurkan diri maka selagi itu beliau akan memegang jawatan.

UMNO bukan lagi satu parti yang dihadiri oleh ahli - ahli yang akan membuat keputusan berdasarkan kateria - kateria positif tetapi UMNO adalah parti "personalize" yang kekurangan, kesilapan , kejahatan dan kesalahan akan lupus berdasarkan kepentingan - kepentingan individu tertentu beralaskan. Hakikatnya UMNO dan kepimpinan tertinggi UMNO yang membentuk kerajaan tidak akan di uji - tidak akan di teliti - atas kejayaan - kejayaan yang dilakukan dalam pembinaan dasar - dasar yang menguntungkan rakyat tetapi akan diuji dari sudut arah sokongan kepada kepimpinan individual atau perhambaan kepada tuan. Sini letaknya sistem UMNO, sini letaknya budaya UMNO dan sini letaknya "survival" politikus dalam UMNO.

Kelangsungan sistem perhambaan dalam UMNO ini juga secara makro diadaptasikan dalam cara pemerintah yang kemudiannya mendesak rakyat untuk membuang prinsip dan nilai. Inilah yang menyukarkan kita dalam segala urusan untuk memperbaharui kepimpinan yang mungkin gagal dalam memimpin rakyat negara ini.

Lantas inilah yang menyebabkan saya menulis - Pak Lah satu penggal, satu angan - angan dan harapan yang tidak mungkin terjadi. Sebarang usaha untuk merubah kepimpinan dalam negara ini tidak akan berjaya dilakukan kerana ''mind - set'' dari segi struktur mereka dalam UMNO adalah komoditi yang boleh dibeli dengan kekuasaan ekonomi. Ahli UMNO terperangkap dalam sistem yang mengongkong dan mereka tidak mungkin akan terlepas dari sistem ini. Kongkongan ini juga bagi saya adalah penghalang untuk mengadakan rakyat mempunyai kelas pemikiran nombor satu dalam konteks pegangan nilai dan prinsip.

Sebenarnya ini satu retorik yang berlaku - melaung - laung agar rakyat Malaysia bangkit dengan mengubah 'mind-set' mereka tetapi perlaksanaan setiap dasar - setiap perbuatan hanya mahu membatasi pemikiran rakyat supaya jangan berkembang - supaya terus dibantutkan dalam kelas - kelas hamba yang mudah diatur pergerakannya.

Bagi saya inilah yang ada - penghambaan berterusan yang menjadi penghalang kepada perkembangan minda. Kelemahan ahli UMNO untuk bangkit dan menegur merupakan alasan kepada pengekalan sistem perhambaan ini. Kita disekat dengan kehendak - keperluan dan harapan. Oleh itu sekali lagi - Pak Lah akan terus menjawat jawatan Perdana Menteri sehingga beliau sendiri membuat keputusan untuk meletak jawatan dan ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat.
posted by jasindaily online @ 6:04 AM   0 comments
WPA 1: Langkah menteri WP dipuji, tetapi isu belum terjawab
Wednesday, May 17, 2006
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Hrkh) - Tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Zulhasnan Rafique memulangkan semula nombor plat pendaftaran kenderaan WPA 1 wajar dipuji bagi mengelakkan kontroversi selepas pendedahan isu itu dalam Harakah keluaran terbaru tetapi ia didakwa belum mampu melerai pelbagai persoalan berhubung pemberian plat nombor istimewa kepada 'orang besar'.

Beberapa pembaca yang menghubungi Harakahdaily pagi ini berikutan laporan akhbar harian yang menyatakan Zulhasnan memulangkan semula nombor plat kontroversi itu kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bagaimanapun mempertikaikan penjelasan jabatan berkenaan yang mengeliru dan mencetuskan kontroversi. Mereka berkata, usaha JPJ untuk menjelaskan kedudukan isu tersebut selepas pendedahan

Harakah hanya memburukkan keadaan kerana pihak berkenaan hanya menyatakan Zulhasnan mendapat nombor plat itu secara percuma sedangkan tendernya secara terang dipamerkan di papan kenyataan JPJ Wilayah Persekutuan.

Pembaca berkenaan mendakwa isu itu tidak selesai sebagaimana didakwa JPJ kerana ia hanya membabitkan satu kes sedangkan ramai lagi pemimpin tertinggi negara masih menikmati kemudahan mendapatkan nombor plat istimewa itu.

Mereka berkata tindakan sama patut dilakukan oleh menteri-menteri lain seperti Menteri Besar Perlis yang didakwa berjaya dalam tender mendapatkan nombor plat istimewa - RG 1, RG 9, RG 12 dan RG 17.

Ketua Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Amir Abd Hamid baru-baru ini dalam satu kenyataan akhbar menjelaskan bahawa
nombor plat WPA 1 diberikan percuma kepada menteri terbabit dengan harga tender RM60,780 adalah melalui peruntukan Kabinet.

Kekeliruan berkaitan tender nombor ini kemudian diulas oleh Harakahadaily bertarikh 15 Mei 2006 termasuk
pandangan bekas Ketua Pengarang The New Straits Times Press (NSTP), Dato' A Kadir Jasin.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub yang berada di Sarawak ketika dihubungi pagi tadi bagi mengulas ini, berkata tindakan pemulangan nombor ini dibuat agar kontroversi ini tidak berpanjangan.

Katanya: "Ini mungkin membuktikan bahawa ada unsur-unsur kontroversi seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perkara perlu disiasat dengan lebih telus lagi.JPJ perlu menjawab kekeliruan ini dengan memberi kenyataan rasmi berikutan pemulangan nombor terbabit dan menjelaskan lebih tepat kaedah sebenar menteri mendapat nombor istimewa secara percuma," katanya.

Harakahdaily berusaha beberapa kali mendapatkan maklumat lanjut daripada JPJ Wilayah Persekutuan tetapi gagal akibat talian telefon tidak dijawab di bahagian Ketua Pengarah JPJ.
posted by jasindaily online @ 7:31 AM   0 comments
Hari Guru dicemari dengan gejala moral yang kian buruk
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Hari ini warga pendidik meraikan Hari Guru. Sewajarnya semua guru bergembira tetapi seorang guru sekolah berasrama penuh dengan rela hati mendedahkan kepada Harakahdaily bahawa gejala moral di sekolah semakin buruk bagai bisul yang mahu meletup.

Beliau yang meminta namanya dirahsiakan kini bertugas di sebuah sekolah ternama di selatan tanah air, berkata sesuatu mesti dilakukan segera sebelum masyarakat dan negara hancur."Soal moral pelajar sekolah asrama sekarang amat mencemaskan. Merokok adalah perkara biasa di kalangan pelajar lelaki tetapi yang lebih teruk daripada itu pun ada. Saya malu untuk mendedahkannya," katanya.

"Pelajar perempuan pun ada yang merokok dan masalah disiplin usah dicakaplah," katanya yang sudah hampir 20 tahun menjadi guru.Jika masalah di sekolah berasrama penuh meruncing, tidak dapat saya bayangkan apa yang berlaku di sekolah harian," katanya.

Beliau mendakwa apa yang terjadi di sekolah hari ini adalah manifestasi daripada apa yang berlaku dalam masyarakat.

"Masyarakat semakin hilang nilainya. Aneka maksiat dan gejala moral semakin menjadi-jadi. Jenayah berat seperti bunuh, rogol, rompak, ragut dan sumbang mahram begitu lumrah.Natijahnya budak-budak sekolah pun terheret sama. Ada yang menjadi samseng dan gengster dan ini sungguh menakutkan," katanya.

"Di luar sana kerap juga berlaku jenayah kolar putih seperti rasuah dan penipuan oleh pemimpin termasuk cakap tak serupa bikin yang kerap didedahkan oleh akhbar. Ini menyebabkan pelajar terikut-ikut sama," katanya.

Guru itu juga bimbang apa akan jadi pada generasi akan datang jika tiada langkah berkesan diambil dalam memulihkan kembali integriti dunia pendidikan.

"Kebanyakan murid tidak hormat langsung pada guru. Apabila guru menasihati mereka, mereka boleh telunjuk tangan dan berkata; 'boleh jalanlah!'," katanya.

Sementara itu seorang lagi guru yang juga enggan namanya disiarkan, mendedahkan bagaimana pihak pentadbir sekolah menyembunyikan kes-kes besar seperti pelajar mengandung.

Katanya, pihak sekolah menyelesaikan isu itu secara sendiri-sendiri seperti memberi cuti kepada pelajar terbabit untuk bersalin tetapi membenarkan mereka menduduki peperiksaan awam kemudiannya.

Beliau juga mengakui soal disiplin amat sukar ditangani di sekolah malah diperburukkan lagi dengan tindakan sesetengah ibu bapa 'orang besar' yang bertindak 'menyerang guru dan sekolah jika ada kes membabitkan anak mereka.

Beliau berharap sesuatu mesti dilakukan segera bukan saja dalam dunia pendidikan tetapi masyarakat dan negara sebelum keadaan menjadi lebih buruk yang akan menjerumuskan negara ke lembah kehancuran.
posted by jasindaily online @ 4:23 AM   0 comments
Isu Shahrir bukti kelemahan Abdullah - Ustaz Hadi
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan peletakan jawatan Dato' Shahrir Samad sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) salah satu bukti jelas kelemahan ketara kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Hal ini lebih buruk daripada zaman (PM) Mahathir (Mohamad) kerana lemahnya kebijaksanaan dalam mengenalikan isu-isu tertentu dengan mengambil jalan mudah dan drastik contohnya isu harga minyak antarabangsa yang mana tindakannya menaikkan harga minyak memerah wang rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sikap 'pak turut' pimpinan BN terbukti selepas sokongan Shahrir terhadap usul yang dibentangkan oleh pembangkang di Parlimen menjadi satu kesalahan kepada BN, katanya.

"'Prinsip suci' ahli BN dalam menolak usul pembangkang menampakkan kepimpinan Abdullah seolah-olah bagai diktator kerana menggunakan kuasa vetonya sebagai Perdana Menteri.Sikap ini bercanggah dengan Islam dan amalan demokrasi di Malaysia. Prinsip demokrasi di Barat sekali pun menerima pandangan pembangkang dan ahlinya tidak akan dikenakan tindakan disiplin," katanya.

Menurut beliau, kerajaan sekarang lemah dalam mempertahankan Islam.Ini terbukti dengan wujudnya golongan tertertu yang sanggup mempertikaikan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, katanya.

Ditanya adakah prinsip suci ini akan dipertahankan selepas era Abdullah, Tuan Guru Abdul Hadi berkata: "Kita tunggu sekiranya berlakunya perubahan pada zaman penggantinya."
posted by jasindaily online @ 4:21 AM   0 comments
E2 - Article11 Menggalakkan Murtad?
Assalamualaikum.

Turutan dari metoda "soal jawab" yang saya nukilkan dalam posting "Nota Kaki Untuk PSEPP" yang lepas, atas kesibukan yang masih err... sibuk... izinkan saya menulis posting ini menggunakan metoda yang sama.

Q1. Adakah saudara menyokong penubuhan Inter Faith Commission (IFC)?
A1. Secara dasarnya saya menyokong KONSEP yang diunjurkan IFC yakni mewujudkan forum perbincangan antara-agama bagi memastikan hak-hak semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama atau keturunan akan dapat dipantau sewajarnya. Namun saya tidak berapa bersetuju dengan PERLAKSANAAN IFC ketika ini yang tidak begitu memberi penekanan terhadap 'educating the masses' yang seterusnya membawa kepada salah faham, ketegangan dan fitnah.

Q2. Adakah IFC atau Pertubuhan Article 11 akan menyekat kuasa mahkamah syariah?
A2. Tidak. Kerana Article 11 pada dasarnya diwujudkan untuk memastikan perundangan sivil terhadap golongan bukan Islam tidak diganggu gugat oleh sebarang tekanan atau campurtangan dari mahkamah syariah. Macam kita jugalah orang Islam... apa kita rasa jika tetiba kita dipaksa menerima hukuman berdasarkan undang-undang, katakan, Roman Katolik atau Halakhah (undang-undang Yahudi)? Andai syariah terpaksa menyelinap sekalipun (seperti kes Moorthy dan Nyonya Tahir) mungkin kita memerlukan sebuah badan berkecuali yang mampu menangani kes-kes seumpamanya sebagai rujukan atau 'mediator' antara mahkamah sivil dan syariah. Perlulah diingat bahawa biarpun 50% penduduk Malaysia adalah beragama Islam, yang 50% lagi itupun mempunyai hak yang perlu diambil kira.

Q3. Benarkah IFC atau Article 11 akan merosakkan akidah umat Islam dan menyebabkan lebih ramai umat Islam Malaysia murtad?
A3. Sukar untuk membincangkan hal ini secara terlalu umum. Dari satu sudut - YA- kerana katakan anda bangun tidur pada satu pagi dan berhasrat menjadi seorang Kristian - secara teorinya mahkamah sivil tidak boleh menghalang anda kerana pilihan beragama merupakan hak anda sendiri. Untuk memastikan akidah umat Islam terpelihara, mungkin boleh diadakan suatu garispanduan atau prosedur untuk umat Islam yang berhajat menukar agama - seperti mereka wajib melalui temuduga, kaunseling dan sebagainya. Mungkin di sinilah perlunya badan-badan kaunseling yang diterajui oleh Jabatan-Jabatan atau NGO agama Islam bergerak dengan lebih efisien dan profesional. Andai semua sesi kaunseling tersebut masih gagal menghalang si anu menukar agamanya, setidaknya kita memiliki statistik zahir akan sebab atau punca umat Islam Malaysia mahu bertukar agama. Statistik tersebut boleh digunakan kelak untuk memantapkan lagi metoda dakwah kita.

Tetapi dari sudut lain, yang mana merupakan pendapat saya sendiri - TIDAK - kerana jika kita benar-benar yakin dan percaya bahawa Islam merupakan agama yang benar, kita tidak akan merasa gusar dengan kes-kes murtad sebegini. Kerana jika Islam didalami secara sebetulnya, terus terang pada saya murtad MUSTAHIL terjadi. Namun perkembangan-perkembangan dunia Islam kontemporari termasuklah kedapatan teroris seperti Osama Laden dan fundamentalis yang terlalu obses mewujudkan 'negara Islam' mengikut acuan 1,500 tahun yang lepas secara literal telah membuatkan Islam itu sendiri kelihatan mundur dan tidak menarik. Hal ini telah banyak saya kupas dalam posting yang lepas-lepas seperti "Pandangan Saya Yang Daif Ini".

Sama ada IFC ada atau tidak, akan tetap ada golongan umat Islam Malaysia yang murtad kerana salah faham mereka terhadap Islam itu sendiri. Cuma mungkin tanpa IFC ianya lebih buruk kerana kemurtadan ini dilakukan secara senyap dan mungkin menimbulkan masalah kelak seperti yang berlaku dalam kes Nyonya Tahir.

Q4. Penubuhan IFC/Article 11 akan membuatkan golongan misionari Kristian lebih mudah bergerak?
A4. Jangan dicampur adukkan dua perkara ini - IFC/Article 11 dan gerakan misionari Kristian merupakan dua perkara yang berbeza. Malah Perlembagaan Malaysia telah termaktub bahawa gerakan misionari ini adalah HARAM dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. Dari konteks ini, IFC sebenarnya mampu menjadi pemantau untuk menyekat gerakan misionari kerana bukan umat Islam sahaja yang sering menjadi tumpuan golongan misionari ini malah golongan Hindu, Buddha, Sikh, Iban, Kadazan dan lain-lain juga! Misionari bukan sahaja cuba melebarkan sayap mereka di IPTA dan IPTS malah di estet-estet (yang mana majoritinya beragama Hindu) dan penempatan orang Asli.

IFC/Article 11 mungkin boleh melindungi hak bukan sahaja umat Islam malah hak penganut agama lain juga dalam peperangan kita menentang golongan misionari raplah yang bermodus operandi dengan memutar belit fakta, wang dan seks. Ini kerana seperti yang saya katakan di atas, Article 11 ditubuhkan untuk melindungi hak perlembagaan masyarakat Malaysia. Dalam kes misionari ini, jelas bahawa perlembagaan Malaysia telah dicalari dan ianya termasuk dalam bidang tugasan mereka untuk memastikan perlembagaan ini terpelihara.

Secara peribadi saya telah menerima 'assurance' dari dua orang yang saya kira amat relevan dalam menangani kes misionari ini - Ketua Paderi Gereja Katolik Malaysia dan Setiausaha Pertubuhan Article 11 sendiri - bahawa mereka sanggup menjadikannya 'agenda peribadi' dan membawa golongan misionari ini ke muka pengadilan andai kes menentang misionari ini dapat dikemukakan berdasarkan bukti dan fakta kukuh. Jadi saya ingin ulangi gesaan saya dalam artikel "Murtad Dan Kereta Kebal Gergasi".....jika anda mempunyai sebarang bukti akan gerakan misionari ini, harap dapat forward secara terus kepada saya.

Q5. Apakah wajar Menteri Di Jabatan Perdana Mentero menyifatkan tindakan 500 orang yang membantah penganjuran forum `Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua' di depan Hotel Cititel, Pulau Pinang minggu lalu" sebagai SALAH dan BODOH?
A5. "Salah", ya kerana forum tersebut adalah sah dan memiliki permit. Namun "bodoh" pada saya tidak begitu tepat kerana seperti yang saya jawab dalam Q1 di atas, Article 11 perlu 'educate the masses' akan salah faham terhadap fungsi dan peranan sebenar IFC/Article 11. Bila penerangan ini kurang dilakukan, pada saya adalah natural jika 500 orang yang berdemo itu merespons dengan cara mereka merespons kerana menyangkakan bahawa Article 11 cuba mencemar keluhuran mahkamah syariah atau Islam keseluruhannya padahal ia sebenarnya tidak begitu. Mereka tidak "bodoh", cuma mereka tidak diberi pemahaman yang sewajarnya.

Q6. Namun apakah yang mampu dilakukan andai Article 11 juga 'melindungi' pengamal ajaran sesat seperti Al-Arqam, Ayah Pin dan Haji Kahar?
A6. Penubuhan Article 11 masih baru dan banyak perkara yang perlu mereka perbaiki. Saya bukanlah ahli jawatankuasa pertubuhan tersebut jadi buat masa ini saya 'reserve my comments' terhadap isu tersebut. Tapi secara peribadi saya berpendapat dalam kes murtad atau pengamal ajaran sesat, mungkin perlu wujud peruntukan undang-undang dan penguatkuasaan yang lebih tegas terhadap mana-mana pihak atau individu yang cuba menghina atau menyelewengkan tenet-tenet utama Islam. Jika mereka mahu bertukar agama atau memulakan 'ajaran baru' sekalipun, pada saya ianya harus asal saja mereka tidak MEMUSUHI, MENYERANG, MENGHINA atau MEMPERLEKEHKAN agama asal mereka secara terang-terangan di khalayak umum termasuklah Internet.

Wassalam.
posted by jasindaily online @ 3:53 AM   0 comments
Kes Datuk Mohd Said semakin panas
Tuesday, May 16, 2006
Kedudukan Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof dalam keadaan 'panas' kerana dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah telah dibuat terhadapnya. Pada 9 Mei, Ketua Bahagian Jasin, Parti Keadilan Rakyat, Shamsul Iskandar Md Akin telah menyerahkan laporan kepada pegawai BPR, dan 11 Mei Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng pula menyerahkan satu lagi laporan kepada BPR

Datuk Mohd Said bin Yusof telah menyalahgunakan kuasanya dengan meminta Jabatan Kastam dan Eksais untuk "tutup sebelah mata" dalam penguatkuasaan undang-undang. Beliau telah bertindak demikian, atas kepentingan peribadi. Beliau telah meminta Jabatan Kastam dan Eksais pada 14 April 2006 untuk "tutup satu mata" berkaitan dengan balak bergergaji syarikat tertentu yang telahpun dirampas dan melebihi had yang dibenarkan.

Perbuatannya amat memalukan dan sebagai seorang Ahli Parlimen yang merupakan penggubal undang-undang, meminta jabatan kerajaan "tutup sebelah mata" semasa menguatkuasakannya.

Pada awalnya Datuk Said menyatakan beliau hanya membantu sebuah syarikat dalam kawasan pilihan rayanya yang menghadapi masalah balak bergergaji yang dirampas.

Namun, pada 10 Mei, beliau mengakui bahawa salah satu syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk balak tersebut adalah Binyu Sof Enterprise, di mana beliau mempunyai kepentingan. Ini bercanggah dengan kenyataan beliau pada 5 Mei 2006 dalam New Straits Times, Datuk Mohd Said menyatakan beliau tidak ada seberang kepentingan dalam agen syarikat yang membawa masuk balak bergergaji berkenaan.

Menurut Lim, carian yang dibuat dalam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ke atas syarikat Binyu Sof Enterprise, membuktikan Datuk Mohd Said berbohong bila berkata, dia tidak ada kepentingan dalam syarikat terbabit kerana beliau adalah pemilik tunggal Binyu Sof Enterprise. Alamat cawangan syarikatnya adalah sama dengan alamat rumahnya di 676-A, Batu 2 ½, Padang Temu, 75050 Melaka.

Sekarang Datuk Mohd Said menyatakan beliau adalah pemilik tunggal dan berdolak-dalik dengan menyatakan beliau tidak pernah menyembunyi kepentingannya.

Dalam masa 5 hari, dari kenyataannya yang tidak ada kepentingan telah bertukar kepada ada kepentingan. Beliau mungkin bukan pemilik balak bergergaji yang dirampas, tetapi beliau mengakui syarikatnya adalah agen yang menguruskannya.

Lim menegaskan bahawa perkara sedemikian jelas telah menyalahi dan melanggar lunas dan peruntukan Akta Pencegahan Rasuah 1997 kerana Datuk Mohd Said telah cuba mempengaruhi sebuah jabatan kerajaan daripada menguatkuasakan undang-undang demi faedah dan manfaat peribadi khususnya seksyen 14 dan 15. Seksyen 16 memperuntukkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 14 hari dan maksima 20 tahun serta denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana-mana yang lebih tinggi. Oleh itu, perkara tersebut adalah satu kesalahan serius yang harus disiasat dan diambil tindakan oleh BPR.

Dalam perkembangan lain, bekas Pengerusi Kelab Ahli-ahli BN (BNBBC) Datuk Shahrir Samad.telah menyatakan BN dan UMNO harus bertindak ke atas Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof selepas mengakui bahawa Binyu Sof Enterprise dimilikinya

Datuk Shahrir berkata sungguhpuh beliau dikatakan telah menyalahi peraturan BN di Parlimen, sekarang beliau dibuktikan betul.

Datuk Shahrir telah dipaksa letak jawatan sebagai Pengerusi BBC kerana menyokong usul yang dibentangkan oleh Ketua YB Lim Kit Siang bahawa laporan New StraitsTimes mengenai campurtangan Ahli Parlimen dalam tugas Jabatan Kastam danEksais dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan.

Sungguhpun Perdana Menteri telah menyatakan, tidak elok seorang Ahli Parlimen campurtangan dalam urusan sesebuah jabatan kerajaan, Majlis Tertinggi UMNO telah membincangkan kes ini dan membuat keputusan "tidak ada kes". Jelas sekali keputusan "tidak ada kes" oleh UMNO dan Perdana Menteri adalah salah dan kini terpulanglah kepada BPR untuk membuktikan kewibawaannya sebagai agensi yang bebas, cekap dan amanah dengan mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Jasin yang jelas melanggar undang-undang
posted by jasindaily online @ 6:56 AM   0 comments
FTA : GERGASI PENJAJAH YANG TIDAK AKAN TUNDUK !
Aku nak kau orang nilai perjanjian FTA atau Free Trade Agreement yang akan M'sia tandatangani.. kau orang mungkin tak pernah nak risau benda ni.. tapi aku nak kau orang daripada sekarang mula untuk risau.. sebab bagi aku FTA ini adalah satu bentuk PENJAJAHAN baru yang digunakan oleh puak kapitalis, imperialis dan dajal2 dari negara barat tu.. Walaupun tak de satu butiran yang dikeluarkan oleh kerajaan khusus Ministry of Trade of International Trade and Industry berkenaan perjanjian ini.. tapi kita melihat kesan-kesan yang telah berlaku daripada negara2 lain yang telah menandatangani FTA ini.

1.Industri perubatan akan dimonopoli oleh mereka dengan perlaksanaan dasar paten. Dasar ini akan menyebabkan halangan kepada pihak selain yang dipatenkan untuk mengeluarkan dan memasarkan jenis ubat yang sama dan dengan cara monopoli harga akan berlaku.. maksudnya UBAT AKAN LEBIH MAHAL !
2.Melalui paten juga umum tidak boleh menggunakan hasil kajian yang dibuat.. maksudnya KEPENTINGAN AWAM yang sepatutnya memperolehi faedah daripada hasil kajian sains dan perubatan DINAFIKAN !
3.Kesan FTA di Mexico menyebabkan hampir 2 juta petani Mexico kehilangan pekerjaan disebabkan kemasukkan jagung daripada Amerika yang lebih murah.. dan di Malaysia yang dijangkakan menerima tempias yang sama ialah industri makanan khususnya padi yang mana bidang pertanian adalah antara sasaran Amerika didalam FTA. Gesaan pemansuhan 40 peratus tarif untuk beras adalah langkah awal !
4.FTA juga akan memberi kesan kepada dasar ekonomi negara. Hak-hak orang Melayu yang disediakan bagi merapatkan jurang ekonomi antara kaum akan dihapuskan.
5.FTA juga akan memberi kesan kepada penggunaan perisian murah dan terbuka dipasaran melalu penggunaan paten.
Ini adalah sebahagian daripadanya.. aku sedang mengumpul banyak lagi data berkenaan "kehampehan' FTA dan "keduaguan" kerajaan khususnya kak pidah "why !why" yang kata dia dah buat kiraan yang FTA akan menguntungkan M'sia.. tunggu dan lihat yer
posted by jasindaily online @ 6:29 AM   0 comments
Hishammuddin gelabah hadapi krisis Abdullah-Mahathir
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Hrkh): Ketua Pemuda Umno, Dato' Hishammuddin Hussein tidak dapat menyembunyikan sifat 'gelabahnya' ketika berhadapan dengan pertembungan terbuka Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sikap membisu beliau selama ini menunjukkan seolah-olahnya beliau 'hilang pendirian' dalam menangani 'pertembungan' dalam exco pemuda Umno di mana Mukhriz Mahathir secara terbuka mempersoalkan keputusan kerajaan membatalkan projek pembinaan jambatan bagi menggantikan Tambak Johor.

Hanya selepas Harakah keluaran terbaru melaporkan sikap membisu Hishammuddin, barulah beliau bersuara meminta supaya tidak ada pihak yang mempertikaikan tentang keputusan Pemuda menyokong keputusan kerajaan dalam soal pembatalan jambatan baru menggantikan tambak Johor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemuda UMNO Negeri Terengganu Ahad lalu di Kuala Terengganu. menantu Perdana Menteri yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin turut hadir.

Bagaimanapun, sikap Hishammuddin, yang begitu lama membisu terhadap kenyataan Mukhriz itu dan begitu lambat membuat penjelasan tentang pendiriannya, masih menjadi tanda tanya.

Sebelum ini, hanya Khairy dan exco-exco Pemuda Umno yang dilihat menyebelahinya sahaja yang bersungguh-sungguh menyatakan kenyataan Mukhriz adalah pandangan peribadi. Bagaimanapun, Khairy mengakui pula tiada tindakan akan dikenakan ke atas Mukhriz.

Mukhriz dianggap sedang menyusun langkah dan menghimpun kekuatannya apabila mengadakan majlis-majlis yang membolehkannya bertemu dengan anggota-anggota Pemuda Umno di peringkat grass root.

Ketika Khairy berada dalam majlis berkempen di Kuala Terengganu, Mukhriz berjaya menghimpunkan lebih 700 peserta dalam majlisnya sendiri, Kolokium Mengantarabangsakan Rumpun Melayu di Kota Kinabalu Sabtu malam. Bapanya, Mahathir menyampaikan ucaptama di majlis yang dianjurkan bersama Pemuda Umno Sabah itu.

Dalam sesi dialog dengan para peserta kolokium itu, Mahathir menegaskan, beliau berbeza pendapat dengan kerajaan Malaysia sekarang dalam isu pembatalan pembinaan jambatan bengkok.

Beliau berkata kerajaan Malaysia berhak untuk membatalkan pembinaan jambatan lurus bagi menggantikan Tambak Johor tetapi sewajarnya pembinaan asal jambatan itu diteruskan kerana ia tidak membabitkan Singapura.

"Kalau kita tak sentuh Singapura kita boleh buat jambatan tetapi malangnya jambatan itu juga dibatalkan...itu sahaja yang saya tidak setuju dengan kerajaan sekarang ni," katanya sebagai respon kepada persoalan sama ada projek jambatan itu patut diteruskan atau tidak.

Singapura sebelum ini dilaporkan meminta Malaysia menjual dua bilion meter padu pasir kepada republik itu dalam tempoh 20 tahun dan membenarkan penggunaan ruang udara Malaysia sebagai syarat persetujuan untuk sama-sama membina jambatan lurus bagi menggantikan tambak Johor.

"Jadi itulah masalah perbezaan pendapat saya dengan kerajaan sekarang ni... sebab itu saya keluarkan pendapat saya walaupun saya telah berjanji tidak akan campur tangan (selepas bersara)," katanya.

"Walaupun saya janji saya tak akan sentuh tapi kalau buat macam itu saya sentuh juga, kaedahnya sama kalau kita janji kita tak akan buat apa-apa tetapi terlihat di depan kita seorang sedang dipukul takkanlah kita nak duduk tengok saja. Saya tak janji setakat itu.Saya mula-mula ingat kalau boleh nak elak daripada bercakap benda-benda yang kontroversi. Saya minta maaf jika saya buat penjelasan sedikit mengenai perkara ini. Mereka nampak tak faham apa yang menjadi kontroversi itu," katanya
posted by jasindaily online @ 6:22 AM   0 comments
Kerana terlampau memuji Dr Mahathir
Saya tak dapat lari dari menyangka Uncle M adalah seorang 'lama' bekas kakitangan awam yang mungkin pernah mendapat habuan semasa pemerintahan TDM. Ini adalah sangkaan yang mendorong saya memberi sedikit komen kerana cara penilaian tinggi Uncle M terhadap TDM mengimbau kembali segala retorik tentang betapa TDM adalah umpama seorang pemimpin yang turun 'dari langit'. Kita masih teringat betapa TDM sering dijulang sebagai:
1)Berjaya menangani krisis ekonomi dan matawang pada tahun 1979, dengan menolak pinjaman Bank Dunia dan menambat nilai Ringgit.
2)Membawa pembangunan dengan beberapa buah projek meganya, barulah Malaysia mula di kenal dan "dihormati."
3)Berjaya bukan saja "mengejutkan" kuasa-kuasa Barat, akan tetapi juga "membuka" kedua-dua mata mereka, iaitu termasuk mata hati mereka dengan penolakan pinjaman Bank Dunia.
4)Berjaya menjual nama Malaysia dan menjadikan TDM terkenal di dunia.
5)Menjadikan Malaysia dihormati Barat kerana kekuatan mestilah dilawan dengan kekuatan. Inilah juga yang dihormati Singapura.
6)Memperkasakan Malaysia di mata dunia sebagai menentang pengaruh media Barat yang tanpa sokongan/pendedahan mereka sesebuah negara itu akan terpencil.
7)"menggegarkan" dunia dengan kenyataan-kenyataan lantang dan usahanya terhadap membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara maju setara dengan negara-negara lain di dunia
8)Teras pemerintahan beliau menjadikan Malaysia "duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi" dengan negara-negara maju lainnya.
Kalau kita perhatikan kesemua pujian yang diberi oleh Uncle M adalah salinan daripada apa yang digembar-gemborkan oleh media kerajaan saban hari sejak dulu. Hampir kesemua senarai pujian tersebut memberi fokus ke arah mengangkat mertabat TDM (tentulah mereka dikaitkan dgn mertabat negara) ke taraf dunia.
Dengan lain perkataan penilaian utama atas segala usaha sepanjang pemerintahan TDM adalah untuk menunjuk-nunjuk kepada dunia. Yang dikhuatirkan 'dunia' mungkin tidak ambil kisah pun tentang usaha TDM dan siapa beliau sebenarnya. Rakyat terutama di negara maju yang lain memang terdedah dengan segala macam maklumat tentang negara luar melalui internet dan segala macam saluran media yang semakin canggih.

Kita di Malaysia pun mudah saja untuk mengetahui apa yang terjadi di negara luar, dan apa yang dibuat oleh pemimpin luar negara. Pemimpin yang baik dan berjasa wajar disanjung. TDM memang banyak melakukan perubahan yang memberi faedah kepada rakyat. Namun perbuatan terlalu kerap menyanjung beliau atas sebab-sebab 'luar negara' harus sekali sekala dipertikaikan.
Sanjungan serupa ini telah bertukar menjadi retorik politik kerana sebagai rakyat biasa amat mudah untuk melihat unsur-unsur 'kipasan' dan 'pemujaan' yang berlebihan. Pada masa yang sama faedah yang sampai kepada rakyat di segenap pelusuk negara daripada segala usaha TDM itu tidak berapa dapat dilihat berbanding dengan jumlah perbelanjaan negara. Malahan banyak juga faedah dan keadaan lebih baik yang sedia ada diambil balik atau diburukkan seperti biasiswa pelajaran, bantuan SAR, mertabat Bahasa Melayu, integriti antara kaum, jurang kaya-miskin, amalan rasuah & politik wang, dsb yang berleluasa tetapi tidak akan dibincangkan di sini.
Satu soalan yang 'valid' untuk "mengendorkan" segala retorik pujian tersebut ialah, benarkah sebab utama Malaysia semakin dikenali adalah TDM atau adakah Malaysia semakin dikenali atas sebab-sebab pencapaian yang baik ataupun sesetangahnya adalah juga sebab kerajaan TDM dahulu melakukan perkara-perkara yang hanya 'pemimpin zalim' saja tergamak melakukannya.
Ini mungkin adalah 'bad news' yang mengangkat martabat TDM dan Malaysia di mata dunia. Atau mungkin lebih baik kita tutup sahaja episod "penyenaraian jasa-jasa" TDM ini sepertimana kenangan tentang Tunku yang hanya dibuka sekali-sekala, sebagai artifak untuk generasi akan datang. Sekian.
posted by jasindaily online @ 6:14 AM   0 comments
Siasatan Mohd Said adil - Gani Patail
KUALA LUMPUR 15 Mei - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail percaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat secara adil mengenai isu campur tangan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof berhubung rampasan kayu import oleh Kastam Diraja Malaysia (KDRM), baru-baru ini.

Beliau menyatakan, BPR sudah diarah untuk menyiasat kes itu dengan terperinci sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara bagi diteliti dan dinilai sama ada terdapat bukti bagi mendakwa wakil rakyat tersebut.

Menurut Peguam Negara, pihaknya menyerahkan kepada badan itu untuk mengumpul bukti cukup bagi mengaitkan penglibatan Mohd. Said dalam isu rampasan kayu dari Indonesia yang sebelum ini menimbulkan kontroversi di sidang Dewan Rakyat.

''Biarlah BPR siasat secara adil, ia (proses pengumpulan bukti) tidak akan selesai dalam tempoh yang singkat,'' katanya pada sidang akhbar sempena Mesyuarat Pakar-Pakar Antarabangsa Mengenai Hak Asasi Manusia Dalam Islam (MIEHRI) di sini hari ini.

Abdul Ghani mengulas perkembangan siasatan terhadap Mohd. Said selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan ahli Parlimen berkenaan disiasat.
posted by jasindaily online @ 6:00 AM   0 comments
HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
Monday, May 15, 2006
(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil )
Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.
Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.
Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.
HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.

Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.

Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???

Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.

Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.

Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?

Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.

Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?

Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan
Umat Islam di Malaysia sekelian,

Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.

Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. KaÉi tidak akan memaafkannya.

Umat Islam di Malaysia,

Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.

Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.

Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.

Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.

Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.

Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...

Allah Akbar!!!
Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
Kuala Lumpur,
14 Mei 2006.
posted by jasindaily online @ 6:40 AM   0 comments
Ringkasan Perkembangan Terkini Isu "Pejam Sebelah Mata" Ahli Parlimen Jasin
14 MEI 2006 - Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menjelaskan tindakan merampas kayu bergergaji import di pelabuhan Kuala Linggi, Melaka, yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, bukan dibuat atas kepentingan peribadi, dendam atau hasutan.

14 MEI 2006 - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu mesyuarat khas yang diputuskan sebelum ini akan mendengar penjelasan daripada anggota Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof dan pegawai-pegawai Kastam terbabit berhubung isu "tutup sebelah mata" kes import kayu balak bergergaji dari Indonesia. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohd Said semalam yang menyifatkan pihak Kastam Diraja Malaysia (KDRM) "membalas dendam" kerana kelantangannya membidas agensi berkenaan sebelum ini.

14 MEI 2006 - Beberapa pengimport kayu balak bergergaji yang beroperasi di Pelabuhan Kuala Linggi dekat sini menyatakan mereka pernah meminta bantuan anggota Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

12 MEI 2006 - Anggota Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof bersedia untuk dihadapkan pada satu mesyuarat khas yang diwujudkan bagi membincangkan tindakannya meminta pegawai Kastam Diraja Malaysia "menutup sebelah mata" berhubung kes import kayu balak bergergaji dari Indonesia.

12 MEI 2006 - Barisan Nasional (BN) Melaka bersetuju dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya anggota Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof dihadapkan pada satu mesyuarat khas.
posted by jasindaily online @ 6:40 AM   0 comments
BPR diminta siasat Ahli Parlimen Jasin
JASIN: Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya, Shamsul Iskandar Mohd Akin meminta agar Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat siasatan ke atas Ahli Parlimen Jasin, YB Datuk Mohd Said Yusof atas pengakuan beliau yang cuba mengganggu tugas Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (KDRM).
Menurut Shamsul yang juga seorang peguam berkata, perlakuan Ahli Parlimen tersebut jelas bercanggah dengan Akta Rasuah 1967 dan Kanun Keseksaan kerana mencampuri urusan pihak berkuasa dengan sengaja.Mengikut Seksyen 15 akta tersebut, seseorang boleh dihukum atas kesalahan 'salahguna kuasa oleh pegawai Kerajaan'.
Shamsul berkata, laporan itu dibuat di bawah Seksyen 15 Akta Anti Rasuah 1997 yang boleh membawa hukuman penjara dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Laporan tersebut dibuat di Pejabat BPR Melaka 9 Mei lepas dan diterima oleh pegawai yang hanya mengenali dirinya sebagai Ahyat.
Beliau menerima laporan tersebut dan memberitahu akan membuat tindakan susulan terhadap kes itu.
Shamsul juga melampirkan keratan-keratan akhbar bertarikh 4 Mei bertajuk 'MP ask to close one eye' dan dan 5 Mei bertajuk 'MP Jasin admit I'm the one' yang masing-masing merujuk kepada isu Mohd Said yang mengakui meminta KDRM "menutup sebelah mata" dalam kes import kayu bergergaji di Melaka.
Agensi berita itu melaporkan, Mohd Said membuat pengakuan secara terbuka mengakui bahawa beliau ada bertemu dengan pihak KDRM Melaka untuk berbincang mengenai isu rampasan kayu di Pelabuhan Sungai Linggi dan Sungai Rambai baru-baru ini, atas kapasitinya sebagai seorang wakil rakyat."Berdasarkan dua laporan akhbar The New Straits Times, kami mendapati BPR sudah mempunyai asas yang kuat untuk menyiasat Mohd Said," katanya selepas menyerahkan laporan kepada pegawai BPR Melaka di pejabat berkenaan.
Menurut Shamsul lagi, kesalahan yang dilakukan oleh Mohd Said lebih serius daripada yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim yang dikenakan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan penyalahgunaan kuasa semasa memegang jawatan dalam kerajaan.
KeADILan Bahagian Jasin sebelum ini telah pun membuat laporan polis pada 5 Mei yang lalu 2006 (Rpt 656/06) di Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin berkaitan dengan isu yang sama terhadap Ahli Parlimen tersebut.Dalam pertemuannya dengan wartawan selepas menghantar laporan tersebut, Shamsul berkata, selain daripada mahu BPR telus dalam menjalankan siasatan mereka, KeADILan juga menggesa Mohd Said mengambil langkah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen seperti yang dilakukan oleh Pengerusi Kelab Ahli-ahli BN (BNBBC) Datuk Shahrir Samad."
Dari segi moral, tindakan Mohd Said salah dan beliau perlu bertanggungjawab iaitu dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen," katanya lagi.
Sebelum ini, Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengeluarkan kenyataan pada 6 Mei lalu yang menyifatkan Perdana Menteri Abdullah Badawi tidak tegas dalam membuat keputusan berhubung dengan kes Said.
posted by jasindaily online @ 4:28 AM   0 comments
Nampak makin ramai penulis UMNO telah tidak percaya kepada PAK LAH. Anda bagaimana??
Kami Sokong Pak Lah!
Contributed by
NihazMohdYusoff

Melihat persoalan, kritikan dan teguran yang tidak kunjung henti mengenai dasar-dasar dan tindakan-tindakan kerajaan akhir-akhir ini terutama dari laman ini, mungkin ramai berkata bahawa ada di kalangan penyokong UMNO tidak lagi menyokong Pak Lah.

Ini tidak benar. Saya sendiri masih menyokong Pak Lah, saya masih menyokong UMNO. Ini kerana sokongan saya kepada Pak Lah dan UMNO adalah bertunjangkan kepada perasaan cinta saya kepada bangsa dan negara.

Namun, sekiranya 'sokong' itu membawa kepada rebahnya bangsa dan negara ini, maka saya mungkin terpaksa menilai semula pendirian saya.

Tidak perlu saya ungkit atau ulang-ulang lagi apa yang telah ditulis oleh para penulis disini mengenai jambatan bengkok, ECMLibra, pembatalan beberapa projek mega, layanan istimewa kepada 'passport Anwar Ibrahim', mahupun sikap untuk 'berlembut' dengan Singapura di mana Tun M telah sebelum ini bertegas menjulang maruah negara. Ini kerana tulisan para penulis di sini mengenai semua persoalan ini sudah cukup lengkap dengan fakta dan kenyataan Tun M sendiri lebih lagilah lengkapnya.

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah bukannya samada KMU atau saya menyokong atau menentang Pak Lah, tetapi lebih kepada kenapa seolah-olah Pak Lah menentang kepimpinan terdahulu dan baru sekarang hendak ditonjolkan?

Kenapa saya berkata demikian? Kerana itulah yang saya nampak. Bagi saya, sebarang 'kekalahan' kepada Singapura adalah juga 'kekalahan' pertama yang tanpa sedar menuju kepada kekalahan yang lebih besar kepada kuasa jahat dunia yang mana mereka ini tidak jemu-jemu cuba menidakkan hak kita untuk mempunyai maruah!

Saya keliru kerana saya sangkakan saya menyokong kerajaan yang sama dalam pilihanraya yang lalu - kerajaan dengan dasar-dasar dan prinsip-prinsip yang sama yang akan membawa bangsa dan negara saya menembusi halangan minda meneroka kejayaan. Tetapi hari ini langkah saya tidak selaju dahulu. Saya teragak-agak tetapi tergesa-gesa, lalu kelam kabut dalam percubaan saya untuk mencernakan keputusan-keputusan yang dibuat kerajaan. Sekali-sekala saya bimbang tersalah langkah, bimbang terlangkah ke belakang dan takut tidak sampai ke destinasi yang saya sangka sedang saya tujui selama ini.

Baru-baru ini, saya bertanya kepada sahabat saya, (seorang wartawan di media perdana), tentang pendapatnya mengenai pendirian Anwar terhadap kepimpinan Pak Lah kini. Jawabnya, mengikut pendapatnya, Anwar sememangnya menyokong Pak Lah. Tetapi, saya membantah, kerana bagi saya, Pak Lah yang sebenarnya menyokong Anwar kalau pun tidak semenjak dahulu, ia mungkin hanya bermula kini. Walau betapa hebat sekalipun percubaan mengambil hati pembangkang, Keadilan tidak mati, dan Pas tidak mungkin undur diri - Melayu tetap berpecah undi.

Susunan strategi politik mengejar populariti, menampilkan keperibadian 'warak', penggunaan media dalam percubaan untuk 'mencapai' populariti global serta 'kelembutan' terhadap musuh-musuh negara yang langsung serta tidak langsung ini mengingatkan kita kepada politik siapa? Tentu sahajalah Anwar Ibrahim! Politik Anwar adalah politik ala artis majalah - gah di luar, tetapi kosong di dalam - tiada bakat, tiada kualiti. Politikus begini perlu naik lif untuk ke atas, dan itulah yang diajar Anwar kepada pengikutnya dan orang-orang yang mengaguminya.
Jika kita ingin berguru, bergurulah dengan orang yang telah berjaya, bukannya dengan orang yang kalah. Jika kita perlukan nasihat, mintalah dari orang yang berpengalaman, bukannya dari budak yang mentah.

Orang yang bijak tentu sekali memohon nasihat, tunjuk ajar, panduan dan pedoman dari orang yang terbukti lebih bijak dan telah berjaya. Orang-orang yang kurang bijak atau ego sahaja yang tidak mahu mengakui kebijaksanaan dan kejayaan orang lain dan berguru daripada mereka. Dan hanya orang-orang yang bodoh sahaja yang akan berguru daripada orang yang kalah atau orang yang tidak berpengalaman langsung.

Kita faham, bukan mudah untuk mengambil alih kepimpinan dari seorang pemimpin yang diiktiraf pemimpin agung di tahap dunia. Ini kerana, tidak dapat tidak, dunia akan membuat perbandingan di antara yang sekarang dengan yang dahulu.'
Oleh itu, kekuatan yang hebat amat perlu untuk menangani cabaran psikologi sahaja, belum lagi cabaran nyata iaitu pentadbiran dan pengurusan negara. Kadangkala, mungkin timbul perasaan terdesak untuk memadamkan populariti dan penghormatan dunia terhadap pemimpin terdahulu. Hati-hatilah, kerana perasaan itu namanya ialah perasaan 'dengki'.

Adalah lebih mudah untuk menganani cabaran psikologi ini dengan menerima hakikat kehebatan pemimpin terdahulu itu daripada menentangnya. Bukankah lebih bijak dan lebih mulia untuk rendahkan diri dan ikhlas meneruskan kejayaan yang dibawanya sebelum ini? Mengakui kehebatan orang lain tidak membuatkan kita menjadi kurang hebat. Orang-orang yang hebat adalah terdiri dari orang-orang yang sedia mengakui kehebatan orang lain dan menghormati mereka, bukan menentang mereka.

Maaf jika artikel ini agak 'mendalam'. Tetapi, apa yang perlu diperkata, mesti diperkatakan juga. Kita tidak mahu pemimpin kita menyangka kita memilih dan menyokong mereka kerana populariti. Kerana jika ini benar, tidak perlulah lagi kita mengadakan pilihanraya tetapi diadakan sahaja program reality "Malaysia's next....... Minister" bagi setiap portfolio dan diundi melalui SMS di mana yang paling glamour pasti menang. Namun, sesekali menjengah karenah politikus kita di segmen 'parlimen' dalam berita-berita TV, nampaknya seolah-olah itulah yang terjadi - para pemimpin kita seolah-olah terdiri dari anak-anak muda yang gila glamour - bercakap untuk glamour, malah meletak jawatan juga untuk glamour??!!!
posted by jasindaily online @ 4:17 AM   0 comments
Surat Kepada Pengarang Berita Harian: Kebebasan Zaman Pak Lah & Mahathir
Saudara Pengarang,
D
alam akhbar tuan pada 3 Mei 2006, seorang pembaca yang menggunakan nama pena Ali Imran Wahab menulis surat terbuka kepada Tun Dr. Mahathir. Ada beberapa perkara yang saya sangat tertarik untuk memperbetulkannya supaya persepsi masyarakat tidak terus dikelirukan oleh penulisan separuh masak dan beragenda peribadi seperti tersebut.

Beberapa minggu lalu saya menulis dalam sebuah laman web bahawa Dr. Mahathir (izinkan saya menulis dengan panggilan ini kerana sudah terbiasa selama lebih 22 tahun) harus terus menyatakan pendirian dan pandangan beliau terutamanya membabitkan keputusan-keputusan yang dibuat oleh pentadbiran beliau.

Saya tidak fikir adalah waras untuk sesiapa sahaja menghalang Dr. Mahathir dari menyatakan pendirian dan pandangan beliau dalam keputusan-keputusan kerajaan yang membabitkan sewaktu pemerintahan beliau. Beliau berhak mempertahankan keputusannya sama seperti kerajaan hari ini berhak mempertahankan keputusan mereka.

Saya tidak fikir majoriti rakyat Malaysia menganggap kenyataan-kenyataan Dr. Mahathir hari ini sebagai satu yang tidak diperlukan atau dikehendaki. Malahan saya tidak fikir kenyataan-kenyataan beliau akan menjejaskan imej dan kredebiliti beliau sebagai negarawan.

Sebaliknya saya berpendapat adalah perlu dan mesti untuk Dr. Mahathir menyatakan pandangan beliau bagi memastikan keputusan kepimpinan hari ini tidak dibuat atas maklumat yang salah atau mengelirukan. Dr. Mahathir sebagai seorang yang teliti mempunyai banyak fakta dan pengalaman yang boleh dipergunakan.

Benar Dr. Mahathir berjanji tidak akan masuk campur dalam urusan kerajaan seperti Lee Kwan Yew. Dan saya tidak fikir Dr. Mahathir telah pun masuk campur dalam pentadbiran. Malahan keputusan-keputusan kerajaan membayangkan Dr. Mahathir langsung tidak mempunyai kuasa untuk masuk campur.

Haruslah dibezakan antara masuk campur seperti Lee Kwan Yew dengan memberi pandangan dan mempertahankan diri. Adakah Dr. Mahathir perku berdiam diri apabila pentadbiran hari ini membuat pelbagai keputusan yang seolah-olah menyalahkan kepimpinan beliau yang lalu. Dr. Mahathir mungkin benar dan mungkin juga salah. Tapi beliau berhak mempertahankan diri, apatah lagi bila ternyata dalam banyak hal beliau berada di pihak yang benar.

Dakwaan penulis tersebut bahawa keputusan pembinaan jambatan baru sebagai satu tindakan untuk mengatasi kesesakan Tambak Johor semata menjelaskan fakta bahawa beliau tidak membaca keseluruhan sebab-sebab untuk pembinaan jambatan tersebut beserta Gerbang Perdana. Terdapat puluhan sebab dari segi ekonomi dan alam sekitar yang menjadi asas kepada usaha ini diabaikan oleh beliau.

Seterusnya Ali Imran mendakwa "Jarang sekali saya dapat menatap berita yang mendedahkan kepincangan atau kesalahan yang dilakukan kerajaan atau pemimpin kita seperti yang diamalkan media massa sekarang."

Saya fikir Ali Imran mempunyai ingatan yang begitu singkat atau tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap media di Malaysia atau sengaja memainkan retorik ini untuk memburukkan Dr. Mahathir. Sepanjang kepimpinan Dr. Mahathir saya fikir media juga bebas malah mungkin lebih bebas berbanding hari ini.

Pada zaman Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mempunyai kolum sendiri di dalam akhbar The Star yang mengkritik kepimpinan Dr. Mahathir.

Akhbar begitu bebas memperkatakan dasar-dasar kerajaan sehingga hampir tercetus rusuhan pada 1987 akibat isu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC). Pada zaman Dr. Mahathir juga akhbar memainkan isu-isu besar (yang sekarang saya belum nampak dalam media hari ini) yang tidak pro establisment seperti isu Tan Koon Swan, isu Abdullah Tan, isu Jabatan Penjara, Skandal Maika, isu Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Isu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, isu kepimpinan Osman Arof dan Sanudi Junid di Kedah, isu pembalakan di hutan Pahang, politik wang dan kronisme di dalam UMNO. Malahan isu pembelian Kumpulan Perkapalan Berhad (KPB) kepunyaan Mirzan Mahathir oleh Petronas juga mendapat liputan dan ulasan utama media.

Ketika krisis kewangan 1997, beberapa akhbar utama seperti Utusan dan Berita Harian bukan sahaja kelihatan tidak begitu memihak kepada Dr. Mahathir malah memlih untuk menyiarkan pandangan yang bertentangan dengan pandangan beliau.

Yang berbeza ialah Dr. Mahathir ketika menjadi pemimpin bersedia menghadapi isu dan menjawab soalan pemberita. Malahan Dr. Mahathir bersedia berdebat secara sihat dengan akhbar termasuk menulis surat secara terbuka kepada akhbar ketika beliau menjadi Perdana Menteri (lihat isu penggunaan bahasa Melayu yang dimainkan oleh Utusan berkaitan dalam wawancara Stesen televisyen Indonesia dengan Dr. Mahathir ketika persidangan Pertubuhan Negara-negara Berkecuali - NAM - di Indonesia sedekad yang lalu).

Jadi soal orang yang menganggap sekarang ini akhbar lebih terbuka dan telus tidak lebih daripada andaian semata-mata berbanding satu kajian yang akademik dan serius. Cuma jika pengarang akhbar dilihat berpihak kepada kerajaan hanyalah kerana kebanyakan dasar kerajaan dirangka dengan cekap dan meberi kebaikan kepada rakyat.

Mungkin benar kata Ali Imran bahawa Dr. Mahathir hanya akan mendedahkan dirinya kepada kritikan bila beliau mengkritik kerajaan. Tapi mengenali Dr. Mahathir dari jauh selama lebih 30 tahun, beliau bukanlah orang yang peduli kepada imej dan kejayaan peribadi. Beliau melihat kepentingan bangsa, negara dan agama lebih penting dari dirinya.

Ali Imran berkata adalah lebih baik kita tumpukan kejayaan kepada Wawasan 2020 ilham Dr. Mahathir. Cuma apa yang penulis ini tidak sedar ialah Wawasan 2020 bukan dilahirkan untuk sekadar retorik politik oleh Dr. Mahathir.

Sebaliknya ia dilahirkan bersama perancangan masa depan dan kronologi pembangunan pelbagai fasa yang telah mengambil kira pemangkin ekonomi pelbagai sektor dan daerah. Soalnya jika sebahagian daripada perancangan tersebut sudah semakin hilang dari pelan jangka panjang bolehkah kita mencapai negara maju pada 2020? Dan apakah pelan yang dirancang selama dua dekad yang lalu masih digunapakai oleh kerajaan hari ini?Walau apa pun perbahasan kita, saya tetap berpendirian bahawa Dr. Mahathir atas jasa dan pengorbanannya selama 22 tahun membangunkan negara berhak untuk bercakap demi negara ini.

Ab. Jalil Backer
Petaling Jaya
posted by jasindaily online @ 3:59 AM   0 comments
Iran leader blasts US "propaganda war"
Friday, May 12, 2006
JAKARTA (AFP) - Iranian President Mahmoud Ahmadinejad has hit back at what he called a US propaganda war, keeping up his firebrand attacks on the West a day after saying that Israel would one day vanish.

Ahmadinejad, who has become the public face of the Islamic republic in its quest for nuclear know-how that critics say is a bid to build the atom bomb, said his nation was a great force that would not bow to the US and its allies.

"They perhaps are using propaganda to start a war of ideology but they actually know that the Islamic Republic of Iran is a great force," he told a summit of Islamic and political leaders in the Indonesian capital Jakarta.

"They actually are carrying out propaganda with a sour face and are using strong words to intimidate our people, but I'm telling you the people of Iran are not afraid of them."

Asked if Iran was preparing for a potential military strike, he replied: "We deem that this matter is far from the possibility of taking place."

Ahmadinejad later attended Friday prayers at Jakarta's Istiqlal mosque, the largest in Indonesia, where he was mobbed by a crowd of thousands eager to catch a glimpse of him and shake his hand.

The congregation chanted "God is great!" when he was introduced by Indonesia's religious affairs minister.

"Indonesian people are people of faith and I am honoured to have come here," he told them.
Ahmadinejad's visit comes amid a backdrop of frantic international diplomacy over Tehran's nuclear ambitions.

The United States and European Union troika of Britain, France and Germany are pushing for a binding UN resolution that could clear the way for economic sanctions, possible escalating toward military action.

They are meeting resistance from China and Russia, however, which both have close economic ties with Iran.

On Wednesday Washington, which has so far failed to win support for UN sanctions against Tehran, said it would give its European partners "a couple of weeks" to draft a fresh approach.
On Thursday, the Iranian leader ramped up his rhetoric against the West, calling Israel a "cancer" that would "one day vanish".

"We believe that a government such as this one will not last long because it is built on tyranny and tyranny will not last long," he said as he also brushed off the threat of sanctions and war against Tehran.

"The idea of going to war is a joke, it's like a joke. Why should there be a war?" he said. "They do know that any mistreatment of the Iranian people will actually cause more losses to them than for us."

Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono, who met with Ahmadinejad on Wednesday, backed Tehran's claim that its nuclear program was peaceful.

But on Thursday, Indonesia's Foreign Minister Hassan Wirayuda said his country had not offered to mediate in talks aimed at resolving Iran's nuclear stand-off as Yudhoyono's spokesman earlier told reporters.

Ahmadinejad was due to fly to Bali Friday afternoon to attend a summit of the Developing-8 (D-8) group of large Muslim countries on Saturday.

Iran's courting of Indonesia comes as both the United States and Britain have been keen to build ties with it and hold up its moderate version of Islam and democratic credentials as an example to other Muslim nations
posted by jasindaily online @ 11:03 PM   0 comments
Palestin...cukupkah sekadar berdiam diri?
Ketika artikel ini ditulis, lebih 165,000 kakitangan awam kerajaan Palestin (PA) masih belum menerima gaji mereka. Wang hasil kutipan cukai milik kerajaan PA bernilai USD 300 juta (sehingga kini) telah dibekukan oleh rejim Zionis Israel. Begitu juga halnya dengan bantuan bernilai USD 200 juta dari Arab Saudi dan Iran juga belum lagi dapat memasuki bumi Palestin (Gaza dan Tebing Barat). Bantuan bernilai USD 50 juta sumbangan Algeria pula telah di"sapu" oleh Bank Arabi yang untuk melangsaikan hutang kerajaan PA yang lalu (dibawah Fatah) telah berhutang dengan mereka dengan nilai ratusan juta dollar. Bantuan-bantuan yang dulunya mereka terima dari masyarakat antarabangsa juga kini telah disekat oleh kempen AS dan EU untuk "menghukum" rakyat Palestin.Apakah dosa rakyat Palestin sehingga dihukum sedemikian rupa?

Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana telah mengundi pilihan mereka lewat pilihanraya Majlis Legaslatif PA pada bulan Januari yang lalu. Wakil-wakil HAMAS yang telah mereka pilih untuk menggantikan wakil-wakil Fatah yang koruspi dan tidak lagi boleh dipercayai bukanlah keinginan AS. Di atas pilihan yang demokratik tersebut, maka rakyat Palestin dihukum. Alasan AS mudah sahaja, jika PA mengiktiraf Israel dan meninggalkan "keganasan", maka segala bantuan akan diteruskan semula.
Bagaimana pula dengan pihak Israel?Seperti yang telah dikatakan oleh Dr Azzam Tamimi, pengarah Institute of Islamic Political Thought, AS dan EU hanya melihat isu Palestin ini melalui lensa Israel. Mereka hanya melihat kepentingan rejim tersebut tanpa melihat kepaa isu yang sebenarnya. Tuntutan PA di bawah pimpinan HAMAS, bahawa mereka bersedia untuk melakukan gencatan senjata jika rejim Zionis Israel bersetuju untuk mematuhi resolusi 242 PBB tidak pula diendahkan. Begitu juga dengan tawaran PA untuk melakukan gencatan senjata jika rejim Zionis bersetuju untuk mematuhi resolusi 194 berhubung pelarian Palestin dan juga melepaskan tahanan Palestin di penjara Zionis juga tidak mendapat tempat di hati rejim berkenaan. Bagi AS, apa yang diingini oleh rejim Zionis, itulah keinginan mereka. Apa sahaja yang menjadi ancaman kepada doktrin "Israel Security System", adalah ancaman kepada AS. Golongan Neo-Cons di AS akan sentiasa memastikan peraturan ini akan sentiasa dipatuhi oleh pembuatan dasar luar AS.

AS dan EU hanya melihat isu Palestin ini melalui kacamata Israel.
Kajian World Bank (Bank Dunia) terhadap keadaan rakyat Palestin jika rejim Zionis berterusan membekukan wang hasil pendapatan cukai mereka dan jika dunia berterusan mengenakan sekatan ekonomi terhadap karajaan PA yang baru:Pendapatan perkapita penduduk akan menurun sebanyak 30%. Ekonomi Palestin akan merudum sebanyak 27% pada penghujung tahun 2006. Ini bersamaan dengan keadaan ekonomi AS ketika dilanda krisis kewangan pada tahun 1929. Pengangguran di kedua-dua Gaza dan Tebing Barat akan meningkat sebanyak 39.6%. Bilangan mereka yang hidup dibawah tahap kemiskinan akan meningkat kepada 50%, dan ini merupakan 67% daripada jumlah keseluruhan penduduk Palestin di Gaza dan di Tebing Barat. Ibarat kata Dr. Omar Abdu al-Razeq, Menteri Kewangan PA sekarang, "Jika keadaan ini berterusan, bukan hanya sekadar krisis kewangan yang akan dihadapi oleh palestin, malah krisis sosial. Bukan hanya sekadar HAMAS yang akan jatuh, malah Palestin akan berada di dalam keadaan kucar-kacir".
Jika keadaan seperti ini berterusan juga, kemungkinan rakyat Palestin akan bertindak lebih agresif menentang Zionis. Kemungkinan juga akan berlaku kekacauan di kalangan rakyat. Apa yang berlaku pada 8 Mei 2006 di Khan Yunus merupakan bibit-bibit kemelut yang akan berlaku. Pihak-pihak Fatah yang kecewa akibat kekalahan mereka kepada HAMAS di dalam pilihanraya yang lalu tidak akan berdiam diri. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka boleh bekerjasama dengan pihak musuh untuk membantai rakyat mereka sendiri. Hatta presiden PA sekarang pun, Mahmoud Abbas yang mewakili Fatah, lebih disukai oleh ahli Knesset (parlimen) Israel berbanding dengan rakyatnya sendiri. Muhammad Dahlan, anak kesayangan rejim Zionis di Gaza, juga tidak akan berdiam diri terhadap kerajaan HAMAS dan juga keadaan yang wujud. Rata-rata rakyat Palestin menunding jari mereka ke arah Dahlan di atas mana-mana serangan kumpulan Fatah ke atas kerajaan PA sekarang.

Jika keadaan seperti ini berterusan juga, kemungkinan rakyat Palestin akan bertindak lebih agresif menentang Zionis.

Ismail Hanneya, Perdana Menteri PA sekarang wajar menerima pujian. Bukan hanya sekadar beliau, malah menteri-menteri kabinet yang lain beserta ahli Majlis Legaslatif yang lain. Ketika diwawancara oleh mana-mana media antarabangsa adakah beliau akan tunduk dengan tekanan AS dan EU. Beliau lantas menjawab bahawa rakyat palestin tidak laparkan bantuan AS dan EU. HAMAS tidak akan menjualkan rakyat Palestin sepertimana mereka telah dijual oleh Fatah lewat perjanjian Oslo 1993. Bagi Hanneya, rakyat palestin masih lagi mempunyai rakan-rakan dari negara-negara Arab dan negara-negara umat Islam untuk membantu mereka. Persoalannya, di manakah negara-negara umat Islam?Setakat ini, beberapa negara Islam telah membuat janji untuk memberikan dana bantuan.
Antaranya, Qatar, Iran, Arab Saudi, Algeria dan beberapa negara lain. Walau bagaimanapun hanya Indonesia yang lebih nampak terkehadapan di dalam isu ini. Kejayaan mereka melancarkan kempen satu dollar dari seorang rakyat Indonesia untuk Palestin telah dilancarkan secara besar-besaran di Jakarta. Ianya bagaikan tamparan hebat kepada negara-negara umat Islam lain yang hanya sekadar diam membisu. Ia juga bagaikan tamparan kepada Kuala Lumpur yang menjadi pengerusi OIC sekarang ini. Bayangkan, Indonesia yang masih lagi merawat parut-parut Tsunami dan kini sedang menghadapi kemungkinan berlakunya gunung berapi Merapi yang ingin meledak, telah melakukan sesuatu. Di manakah rakyat Malaysia?Usah menunding jari ke arah orang lain. Tanyakan diri kita, apakah sumbangan kita keapda rakyat Palestin. Mungkin ada yang mengatakan, itu hal rakyat Palestin. Buat mereka yang mempunyai kedangkalan otak seperti ini, cukuplah mereka mengandaikan, bagaimanakah perasaan mereka, jika mereka berada di dalam keadaan rakyat palestin. Sudahlah barat memulaukan mereka, umat Islam pula tidak mengendahkannya.Di sini saya menyeru kepada umat Islam di seluruh Malaysia untuk menggerakkan usaha menderma ke tabung Palestin. Jika Indonesia, negara yang miskin berbanding dengan Malaysia boleh mengerahkan satu dollar dari setiap rakyatnya untuk Palestin, mengapa tidak kita?

Dr Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa membantu rakyat palestin di waktu ini adalah kewajipan.

Dr Yusuf al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa membantu rakyat palestin di waktu ini adalah kewajipan. Sumbangan yang kita berikan adalah wajib, dan bukan hanya derma yang mendapat pahala sunat. Fatwa itu kemudiannya telah disokong oleh beberapa ulama lain di seluruh dunia.Masjid-masjid, surau-surau, jabatan-jabatan, pejabat-pejabat, restoran-resotan, sekolah-sekolah, IPTA/S-IPTA/S, kedai-kedai, NGO-NGO, persatuan-persatuan penduduk, persatuan-persatuan Siswa di seluruh negara, pertubuhan-pertubuhan pekerja, individu-individu, pemimpin-pemimpin, parti-parti politik, sesiapa sahaja, bantulah rakyat Palestin yang sekarang ini semakin menderita. Lancarkan tabung di derma Palestin di dalam lingkungan anda. Jika tidak anda siapa lagi?, jika tidak sekarang bila lagi?
posted by jasindaily online @ 9:29 PM   0 comments
RTM1 dah jadi RTM Sarawak?
Dulu jadi RTM Kelantan sekejap bila musim pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir. maklumlah mereka berkuasa. habis semua jentera kerajaan dibalunnya. sekarang dah jadi RTM Sarawak pulak dah. Pembangkang takde peluang langsung. ni ker demokrasi?

pembangkang macam mana? mana jentera mu? kita tak mau dengar selepas pilihanraya yg pembangkang tak sedia, tak seia, masa kempen tak cukup, bla bla bla. pilihanraya Sarawak memang sudah diramalkan utk dicepatkan. pergiatkan usaha mu. semoga berjaya insya-Alaah.

kepada pembangkang, buatlah analisis. apa yg sudah berlaku di Sarawak selepas pilihanraya 2001, apa janji MANIFESTO yang TIDAK ditunaikan selepas BN menang dulu. semua kata BN = Barang Naik. Selepas menang harga Barang Naik. listkan barang ini, atau bayaran2, bil2, cukai2 dll, buat perbandingan dan sebarkan. biar ada isi dalam kempen. apa janji yg tidak dikota, sehingga jumpa sekali lagi pilihanraya. terutama janji2 bagi kawasan setempat, seperti DUN Beting Maro. isu nasional mungkin kurang mengancam di DUN N24 ni.

kita memang berharap kepada Allah untuk menang. usahalah se optima mungkin. memang nampaknya ramai Melayu/Melanau-muslim dalam DUN N24.

tapi itu tidak menjamin kemenangan. sebabnya, jika mereka masih otak BN, dan kita pula tidak pernah mengPASkan mereka, atau memberi faham & kesedaran kepada mereka, mendidik mereka, berkhidmat kepada mereka, bergaul mesra dgn mereka, membantu mereka, menarik mereka menjadi simpatisan paling kurangnya, menunjukkan contoh yang baik kepada mereka, bagaimana mungkin mereka akan sokong kita secara

TIBA2 dimusim pilihanraya? kenyataan ini sah utk pilihanraya dimana2 & bila2 masa. pengalaman menunjukkan kita ghairah hanya pd musim pilihanraya, seronok 'berpesta' pilihanraya, mengagak sahaja kita boleh menang sebab ramai Melayu di sesuatu kawasan pilihanraya, tapi kita lupa mereka adalah Melayu BN, Melayu UMNO dan kita tak pernah atau amat sikit sekali sepanjang tempoh 5 tahun menjelang pilihanraya berusaha dengan kerja yang disebutkan diatas tadi untuk menawan hati mereka. kerja berlipatganda sekalipun, tapi hanya pada minggu2 pilihanraya sahaja tidak memadai. mana mungkin dgn ceramah rumah ke rumah yang dihadiri oleh sekelompok kecil dan kebanyakannya penyokong tetap pula, dapat membantu meningkatkan undi kita. perlu diingat, tiada demokrasi sejati dinegara kita. banyak sekatan dikenakan, walau pun sah di segi undang2, spt ceramah dlm Markas, dikacau juga.

Malaysia ni tak mungkin maju dengan pembangunan fizikal sahaja, jika tidak disertai dgn kebebasan, demokrasi dan hak sama rata termasuk di dalam hal menyampaikan mesej pembangkan. inilah ketinggalannya demokrasi dinegara kita. entah berapa puluh tahun lagi akan tercapai. Merdeka dah 50 tahun. UMNO dah 60 tahun (ada 3 tahun lagi je tu kalau ikut standard purata umur manusia sebelah sini). Dato' Shahrir mungkin sudah advance sedikit, seperti di Downing Street atau di rumah putih. tapi, Dato, kita masih di Malaysia. maaflah dato'. tiada maaf bagimu kerana berfikiran seperti pembangkang. BOHONGlah kata BN akan ada pembangkang sendiri dan tak perlu parti pembangkang.

Malaysia tidak akan maju dan tidak menjadi rujukan selagi pemimpin negara masih bersikap seperti sekarang. pimpinlah Oooh I See ja, NaaaM (kya hei) ka. tiada sapa respect kita.
posted by jasindaily online @ 8:56 PM   0 comments
Nuramirah Hanya Perlu Dua Tahun Menjadi Hafizah
KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.

Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim, 37. Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.

Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu, Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam, 12, Nurnabilah, 8, dan Muhammad Amin, 5, berlatih menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.

Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 anak murid berusia antara enam hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak, Nuramira menyatakan rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam adalah sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w..

"Mungkin ini kelebihannya (sama tarikh lahir dengan Rasulullah), tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang huffaz atau hafizah yang baik kita mesti berlatih bersungguh-sungguh," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti. Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39, seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya menghafaz al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia lima tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam, yang baru berusia dua tahun diberi pendedahan awal melihat abang dan kakaknya mengaji.

Jadual
Menurut Nurzahidah, beliau dan suami menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya. Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri untuk bersolat tahajud, subuh dan membaca al-Quran sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.

Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih semula menghafaz al-Quran pada pukul 9.45 hingga 1 tengah hari sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zuhur dan makan tengah hari.

Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah, akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris. Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul 3 hingga 4 petang sebelum dikejutkan untuk sembahyang asar dan kembali menghafaz al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.

Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang.

"Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz dan pada waktu malam juga saya akan turut mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi memberi ruang kepada mereka meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan kami berdamping sambil mendidik.

"Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi sanak-saudara atau sahabat handai serta membawa mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang. Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka," jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca, menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk mengekalkan cara didikan sedemikian dengan mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Menengah Agama kelak.

Ilmu akhirat
Dengan alasan tersendiri mereka mahu kesemua anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak yang dihantar ke sekolah biasa.

"Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada di rumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah, petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum, pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen, justeru berapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka," soalnya.

Mengenai petua yang diamalkan, Nurzahidah memberitahu, semasa mengandung beliau akan membaca surah Yasin, membaca al-Quran dan banyak berdoa ketika bersolat. Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada doktor wanita ketika mengandung sehingga melahirkan anak.

Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak kerana bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.

"Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan, makan tengah hari, petang dan malam bersama-sama kerana pada kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat," katanya.

Sementara itu, Azhari memberitahu, untuk membolehkan anak-anak memberi tumpuan kepada menghafaz al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen. Sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.
"Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang tahfiz, malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka pada al-Quran sedikit terganggu.

"Saya juga tidak akan memewahkan anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja," katanya.

Menurut Azhari, ibu bapa yang berhasrat mendidik anak sebagai tahfiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi tahfiz kerana beliau dan isteri bukannya tahfiz tetapi bersyukur kerana dapat mendidik anak-anak sebagai tahfiz dan mempunyai lebih 30 anak murid.
posted by jasindaily online @ 8:17 PM   0 comments
Meletak jawatan: Shahrir tersilap langkah...
Dalam kekecewaan dan tanpa berfikir panjang, Datuk Shahrir Abdul Samad, telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BBC) selepas tindakannya menyokong usul pembangkang demi mempertahankan integriti Parlimen, tidak disokong oleh ahli BBC yang lain.

Dan empat hari kemudiannya, beliau menyatakan kesediaan untuk mengakuri keputusan Jawatankuasa BBC yang berura-ura hendak mengekalkan jawatannya sebagai pengerusi Kelab tersebut dalam mesyuarat yang dijadualkan pada 9 Mei 2006. Nampaknya, selepas meletak jawatan, beliau berada dalam kedudukan yang amat pasif sekali. Pertama, apabila mengumumkan peletakan jawatan, beliau telah menegaskan bahawa ia bukan soal kecewa atau tidak, tetapi melibatkan soal prinsip.
Jika rakan-rakan lain tidak bersetuju dengan prinsip kepimpinan, beliau kena tarik diri. Kedua, beliau telah menemui Ketua Whip Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengaku telah melanggar arahan BN kerana menyokong usul pembangkang. Oleh itu, beliau rela meletakkan jawatan sebelum dikenakan tindakan disiplin. Dan peletakan jawatannya telah diterima oleh Najib.
posted by jasindaily online @ 1:25 AM   0 comments
Mohd Said mengaku syarikatnya kendalikan balak yang dirampas
Terjemahan Ahli Parlimen Jasin, Mohd Said Yusof hari ini mengakui bahawa syarikatnya - Binyu Sof Enterprise - adalah ejen penghantaran bagi kayu balak yang dirampas Jabatan Kastam di Melaka.

Ditanya sama ada kayu balak tersebut miliknya, beliau berkata: "Tidak, saya mengendalikan penghantarannya".

Mohd Said memberitahu demikian kepada pemberita di Dewan Rakyat berhubung laporan akhbar New Straits Times (NST) hari ini yang mengaitkan ahli Parlimen Jasin itu dengan syarikat yang terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau menjadi tumpuan laporan media sejak NST menyiarkan laporan mengenai seorang ahli Parlimen yang meminta Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia supaya 'menutup sebelah mata' terhadap kes rampasan balak tersebut. Mohd Said kemudiannya mengakui bahawa beliaulah yang dimaksudkan dalam laporan tersebut, tetapi berkata beliau berbuat demikian untuk mahu membantu 'sebuah syarikat bumiputera'.

'Jangan bantu penyeludup' Menurut laporan NST, satu laporan setebal enam muka yang mengandungi butiran terperinci mengenai kejadian tersebut dan apa yang berlaku ketika Mohd Said menemui pegawai Kastam, telah dihantar kepada Kementerian Kewangan bulan lalu.

Seorang pegawai kastam berkata, laporan tersebut juga ada menyebut mengenai 'suasana panas' ketika Mohd Said berurusan dengan jabatan berkenaan.

Pegawai kastam terbabit memberitahu Mohd Said, jika mereka melakukan apa yang dikehendakinya, ia akan mencemarkan integriti jabatan berkenaan dan mereka perlu menguatkuasakan undang-undang.

Berikutan itu, mereka tidak memenuhi permintaan Mohd Said dan meneruskan tindakan merampas balak berkenaan dan mengenakan bayaran kompaun terhadap ejen yang mengimportnya.

NST juga memetik seorang pegawai kanan kastam sebagai berkata, walaupun ianya menjadi tugas ahli Parlimen untuk membantu orang awam, tetapi "adalah tidak patut mereka membantu penyeludup". Sementara itu, Mohd Said memberitahu pemberita pagi ini bahawa ahli Parlimen dibenar menjalankan perniagaan.
posted by jasindaily online @ 1:12 AM   0 comments
Dr. M guna DVD tegur kerajaan
Ketika Umno merayakan ulangtahun ke-60nya hari ini, sebuah DVD yang mengandungi kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad terhadap pemimpin negara sedang diedarkan.
Dr Mahathir di dalam Rakaman DVD selama 2 jam itu antara lain membidas para pemimpin negara yang disifatkannya sebagai pengecut.
"Jika kita mahu sesuatu dilakukan dengan betul, kita mesti berani mengambil risiko. Tetapi sekarang ini saya lihat tiada siapa yang berani mengambil risiko walaupun negara ini jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab," katanya.
Bekas Perdana Menteri yang berusia 82 tahun itu kesal kerana para pemimpin yang ada kini lebih rela mendiamkan diri daripada bersuara kerana mahu menjaga diri masing-masing.
Kritikan keras Dr. Mahathir itu dibuat dalam satu majlis dialog dengan sekumpulan profesional Melayu pada hujung tahun lalu. Rakaman DVD itu diedarkan oleh Institut Kajian Ekonomi dan Politik (Ikape).

Malaysiakini berjaya mendapatkan satu salinan DVD berkenaan Dalam perjumpaan tertutup itu, Dr, Mahathir juga bercakap mengenai pembatalan pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor, isu Proton, dasar pertanian negara dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis dialog tersebut bertajuk 'Isu-isu semasa dalam politik Malaysia' dianjurkan oleh Ikape pada Disember lalu. Institut tersebut diketuai oleh bekas Ketua Pengarag akhbar New Straits Times, Tan Seri Abdullah Ahmad.
Dr. Mahathir juga bercakap mengenai isu permit import kereta (AP). Menurutnya sudah lama penyelewengan berlaku dalam pengagihan AP tersebut tetapi tiada siapa berani menegurnya.
"Jadi saya terpaksa bersuara, membuat kenyataan umum mengenainya walaupun saya pernah berjanji tidak akan mencampuri urusan kerajaan lagi apabila bersara.
" Penyelewengan AP ini adalah satu penyelagunaan kuasa yang bertentangan dengan kepentingan nasional. Saya tidak boleh mendiamkan apabila ada pihak diperas supaya membayar lebih RM300 juta wang pendahuluan kepada beberapa orang bagi mendapatkan AP mengimport kereta," jelasnya.
Melayu baru
Menurut beliau, lebih mengecewakan lagi apabila di dalam Umno sendiri tiada siapa mahu membetulkan atau mengkritik kesalahan yang berlaku di depan mata mereka.
"Lihatlah dalam Wanita Umno, mentang-mentang Rafidah Aziz adalah ketua mereka dan menteri yang bertanggungjawab trerhadap AP, ahli-ahli Wanita hanya mendiamkan diri. "
Sedangkan pada zaman saya, ahli-ahli mengkritik saya, Umno menegur saya malah ada yang melawan saya, cuba menjatuhkan saya. Tetapi hari ini apabila berlaku sesuatu yang tidak betul, mereka tidak mahu bersuara. Kalau begini keadaannya, kita bukan lagi satu kuasa politik sebenar," tambahnya.
Dr. Mahathir berkata, beliau tidak pernah mendiamkan diri apabila melihat penyelewengan atau kesalahan berlaku di depan matanya sebagaimana yang dilakukannya pada era allahyarham Tunku Abdul Rahman dulu.
" Ketika itu tiada siapa mahu bersuara tentang Tunku Abdul Rahman, saya bangkit menegurnya hingga akhirnya disingkir dari Umno," ujarnya.
Bekas Perdana Menteri itu menekankan, jika rakyat mahu sesuatu dilakukan dengan betul atau diperbetulkan, mereka mesti bangkit bersuara dan mengambil risiko.
Dr. Mahathir juga ditanya mengenai ciri-ciri 'Melayu baru' dalam majlis dialog tersebut dan beliau menjelaskan, 'Melayu baru" yang ingin dilihatnya ialah orang yang sanggup berkerja keras, bukannya mengharapkan wang mudah atau rezeki terpijak.
" Dapat payung kuning satu, satu kereta Rolls Royce, dapat istana dengan pencen. Apa lagi nak? Tak payah buat kerja! Ini bukannya Melayu baru yang kita hendak. Tujuan kita ialah mengubah sistem nilai yang selama ini tidak membantu kemajuan orang Melayu," jelas beliau.
Dr. Mahathir juga bercakap mengenai hala tuju masa depan negara ini yang mana pada pendapatnya tidak berada di landasan yang betul sekarang.

Bahagian kedua esok antara lain Dr. Mahathir bercakap mengenai dasar pertanian negara, isu jambatan dan Anwar Ibrahim.Berita asal
posted by jasindaily online @ 12:59 AM   0 comments
PEMBANGKANG JASIN KECAM AHLI PARLIMEN JASIN SALAHGUNA KUASA
Thursday, May 11, 2006
Tindakan Ahli Parlimen Jasin yang mencampuri urusan Kastam dan Eksais Diraja (KDRM) Melaka dalam isu rampasan kayu balak bergergaji import, merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang harus diberi perhatian khusus.
Perkara ini telah memberi impak negatif beliau sebagai Ahli Perlimen BN yang kononnya melaungkan slogan anti rasuah. Justeru, KeADILan Bahagian Jasin dan PAS kaw.Jasin....telah mengambil langkah membuat laporan polis agar siasatan lebih lanjut dilakukan.
Laporan polis tersebut telah dibuat di IPD Jasin pada 5 Mei 2006 (Jumaat) dan disertai oleh Jawatankuasa KeADILan Bahagian Jasin serta PAS Kawasan Jasin.

Berkaitan dengan isu ini juga, satu laporan telah dibuat di Pejabat BPR Melaka pada 8 Mei 2006 (Isnin) dengan tujuan dan hasrat yang sama supaya perkara ini dapat disiasat sepenuhnya dan dilakukan pendakwaan terhadap beliau .


Turut serta dalam laporan yang dibuat ini, ialah Ketua AMK Melaka, Sdr. Mohd. Yusof Abdullah, Jawatankuasa KeADILan Jasin, AMK Negeri Melaka dan Ustz. Kamaruddin Sidek ( Ketua Pemuda PAS Kawasan Jasin dan Negeri Melaka ).

Di dalam masa yang sama, di atas tanggungjawab moral, beliau mesti meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Jasin !

Pembangkang Jasin juga mengambil kesempatan untuk memuji Datuk Shahrir Samad di atas tindakan beliau meletakkan jawatan yang dilakukan di atas dasar prinsip yang jelas tidak mahu berkompromi di atas perlakuan rasuah dan salah guna kuasa oleh ahli parlimen.
posted by jasindaily online @ 5:34 PM   0 comments
Menyatakan ketelusan, kebenaran, keadilan
Wednesday, May 10, 2006
Melihat kepada suasana dalam negara, adalah dirasakan ketika ini agak gawat dengan berbagai isu yang sedang dan telah berlaku. Peristiwa usul di parlimen merupakan satu titik tolak bermulanya persefahaman, pertemuan, penyatuan dalam menyatakan segala ketidaktelusan dalam sistem negara yang sedia ada.

Seluruh ahli MP baik wakil kerajaan mahupun pembangkang boleh bersatu atas satu prinsip, iaitu menolak sebarang bentuk campurtangan politik dalam sistem pentadbiran awam. Ini bermakna menolak campurtangan orang politik terhadap pegawai kerajaan demi kepentingan peribadi.

Melihat akan suasana, kita merasakan cukup trajis dan malu kerana segala yang berlaku melibatkan bangsa Melayu, yang beragama ISLAM, tetapi kita sanggup menggadaikan segala prinsip kemanusiaan dan ketamadunan sejagat yang telah digariskan oleh agama kita demi kepentingan politik sempit kita sendiri

Kita bercakap tentang ISLAM dan keadilan, ISLAM dan ketelusan, ISLAM itu dan ini, tetapi dalam masa yang sama kita cuba mencampuradukkan antara kebenaran dan ketelusan ISLAM yang hakiki dengan kepentingan peribadi. Bangsa dan negara ini mulia kerana kita berjaya menjadikan ISLAM sebagai "garis perlaksanaan dalam pentadbiran", tetapi dalam masa yang sama kita berselindung atas nama ISLAM dan mengeruhkan keadaan dengan meletakan kepentingan peribadi mengatasi kehendak ISLAM itu sendiri.

Sekarang adalah wajar, kita bangkit agar umat ini terus menerus mempertahankan prinsip dalam menyatakan kebenaran walaupun terpaksa menghadapi berbagai rintangan dan onak yang akan dirasai. Kita berpegang kepada kebenaran yang berprinsip daripada bersatu atas dasar kepentingan peribadi dan kemahuan kehendak nafsu.

Salah tetap salah, walaupun manis untuk menyatakannya, benar tetap benar walaupun pahit untuk menyatakannya. Ayuh bangunlah seluruh masyarakat tanpa mengira apa jua fahaman kepartian, kita bersatu,bersama dalam menyatakan ketelusan, kebenaran, keadilan untuk masa depan agama dan negara agar umat ini terus dipandang kemuliannya
posted by jasindaily online @ 5:54 PM   0 comments
Kerajaan digesa perangi gejala minum arak secara terbuka
Kerajaan Barisan Nasional (BN) 'Terengganu Bestari' digesa supaya mengambil langkah yang lebih berani dan berkesan bagi membendung gejala meminum arak secara terbuka yang melibatkan orang Melayu Islam.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ariffin Deraman berkata, ini kerana dalam masa tidak sampai dua tahun kerajaan BN memerintah, gejala keruntuhan agama itu telah melanda rakyat negeri ini yang berani meminum arak secara terbuka.
Katanya, berdasarkan laporan akhbar, gejala meminum arak secara terbuka bukan sahaja berlaku di kalangan remaja malah sudah melibatkan golongan profesional Melayu, kakitangan awam dan swasta yang semakin menjadi-jadi.
Menurutnya, akhbar pernah mendedahkan beberapa kedai milik bukan Islam di Jalan Tok Lam, Jalan Engku Sar, Jalan Air Jernih, Jalan Cherong Lanjut dan Jalan Sultan Zainal Abidin yang ke semuanya di bandar ini dikatakan 'hidup' dan beroperasi setiap malam walaupun sering diserbu
Sebelum ini, katanya laporan demi laporan mendedahkan kegiatan judi yang semakin berleluasa manakala beberapa premis perniagaan turut dilaporkan mempamerkan arak untuk dijual.
Tambahnya, kegiatan itu tidak mungkin dapat dilakukan secara terbuka sekiranya pihak kerajaan mengambil langkah yang lebih tegas bagi membendungnya.
Selain itu, katanya, dua buah pasar raya di Kuala Terengganu juga turut mengiklankan penjualan arak kepada umum secara terbuka dan bebas apabila menjelang sambutan perayaan bukan Islam beberapa ketika dahulu.
Menurutnya, gambar tin dan botol arak jelas dicetak bersama barangan lain sebagai promosi jualan istimewa sempena sambutan itu.
''Apa yang sangat mendukacitakan, helaian iklan itu diedar melalui akhbar ke segenap ceruk bandar dan diselitkan ke semua kenderaan tanpa mengira pemiliknya Islam atau sebaliknya,''katanya.
Beliau berkata, situasi itu amat berbeza dalam masa lebih empat tahun Terengganu di bawah pemerintahan PAS di mana penjualan dan peminuman arak telah dapat dikawal dengan sebaik-sebaiknya.
''Kerajaan Islam Hadhari BN negeri dengan dasar liberal nampaknya menyuburkan kembali tabiat meminum arak di kalangan orang Islam atau lebih tepat lagi orang Melayu,'' ujarnya kesal.
posted by jasindaily online @ 5:49 PM   0 comments
Sikap Dollah membiulkan rakyat
Saya kira saya bukan seorang dari rakyat Malaysia yang turut bingung dan hairan dengan perkembangan episod melibatkan kes Datuk Shahrir Samad ini

Kita membaca akhbar hari ini, Kelab Penyokong Kerajaan ataun BBC membuat keputusan mendesak Shahril agar terus kekal mengetuai mereka. Malah ada akhbar yang melaporkan Shahrir sendiri telah menyatakan kesediaannya untuk mengetuai kembali BBC.

Ahli-ahli Kelab tersebut turut membuat keputusan agar kerajaan mengizinkan mereka mengundi dan membuat keputusan di Parlimen menurut pertimbangan mereka sendiri kecuali dalam hal-hal dan urusan penting kerajaan.

Akan tetapi dalam majlis yang lain PM Dollah Badawi mengisytiharkan bahawa tindakan TPM Najib Tun Razak menerima perletakkan jawatan Shahrir itu adalah betul malah beliau mengatakan jika Shahrir sendiri tidak meletakkan jawatannya beliau akan disuruh berbuat demikian kerana aksi beliau bertentangan dengan prinsip BN.

Dollah turut menegaskan adalah menjadi prinsip bahawa ahli-ahli Parlimen BN TIDAK boleh menyokong sebarang usul ataupun cadangan yang dibawa atau diusahakan oleh pihak pembangkang.

Lebih memeningkan lagi apabila ahli Parlimen Jasin yang merupakan punca segala kejadian ini seolah diberi pembelaan secara terbuka oleh Dollah. Cuba kita teliti kata-kata Dollah sebagaimana dilaporkan oleh UTUSAN hari ini:

Tetapi, pihak Kastam sendiri mesti tahu apakah tindakan yang telah diambil, walaupun Ahli Parlimen Jasin telah menyatakan niatnya adalah hanya untuk membantu sebuah syarikat bumiputera dan beliau pun tidak akan melakukan
perkara seumpama itu lagi

Soal bantu syarikat Bumiputera bukan isunya. Soal menjalankan tugas wakil rakyat juga bukan isunya.

Isunya adalah ahli parlimen tersebut yang mengendalikan syarikat FORWARDING miliknya telah menggunakan kedudukannya agar pihak kastam (sebagimana pengakuan beliau sendiri) MENUTUP SEBELAH MATA dalam kes kesalahan yang melibatkan pelanggannya.

Tidakkah ini salah? Tidakkah ini lebih kurang serupa dengan salah satu pertuduhan rasuah yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim dahulu?

Dalam hal ini mengapa PM membela sibersalah?

Ini baru satu insiden dan contoh kecil, bayangkan hal-hal yang lebih besar yang memerlukan keputusan dari Dollah?!
posted by jasindaily online @ 5:44 PM   0 comments
Wakil BN tiada pilihan kecuali TOE THE LINE
Bolehkah ahli parlimen BN mengundi mengikut pandangan dan pendirian masing-masing?

Dollah Badawi dan Najib kata tak boleh!

Menteri di JPM Nazri Aziz mengatakan memandangkan wakil-wakli BN ini diundi atas nama BN dan bukannya atas diri peribadi mereka masing-masing maka suka tak suka kesemua mereka perlu mengundi menurut arahan parti dan paling penting tidak sama-sekali boleh mengundi menyokong mana-mana usul yang dibawa parti pembangkang.

Nazri menambah mana-mana wakil BN yang berhasrat atau bercadang mengundi mengikut pendirian attau pandangan masing-masing bolehlah meletak jawatan dan bertanding sebagai calon Bebas!

Begitu sekali kerasnya pendirian BN dalam hal urusan Parlimen yang melibatkan wakil-wakil mereka.

Akhbar THE STAR dan THE SUN telah membuat undian ataupun poll bagi meneliti pandangan orang-ramai berkenaan isu ini.

THE SUN membuat poll dengan soalan:

Did Shahrir Samad do the right thing by quitting as BBC Chairman?Adakah tindakan Shahrir meletakkan jawatan sebagai Pengerui BBC itu betul?

Keputusannya sebanyak 85 peratus mengtakan YA manakala cuma 15 peratus mengatakan TIDAK.

Poll THE STAR pula berbunyi:

Should political parties allow their MPs to vote according to their conscience?Patutkah pari-parti politik membenarkan wakil parlimen mereka mengundi mengikut pertimbangan masing-masing?

Keputusannya sebanyak 92.3 peratus ataupun 2,981 dari 3,230 responden berpandangan bahawa wakil-wakil ini seharusnya diberikan kebebasan mengundi menurut pertimbangan masing-masing walaupun terpaksa mengundi menyokong usul pembangkang

(Untuk makluman di UK, model dewan perwakilan yang dicontohi Malaysia, ahli-ahli parlimen mereka tidak terikat dengan whip parti masing-masing semasa mengundi di dewan)

Apa pandangan anda?

Bagi saya kebebasan pertimbangan ini penting. Walaubagaimanapun sikap dan pendirian parti yang diwakili juga penting.

Tetapi dalam kes MP Jasin contohnya, ianya melibatkan kemungkaran yang dilakukan oleh seorang wakil, dalam hal ini mana-mana parti pun tidak sewajarnya melindungi sebarang bentuk kemungkaran samada yang ,melibatkan parti lawan ataupun partinya sendiri.

Oleh itu perkara ini perlu jelas. Dan kita juga perlu jelas dan berani. Asasnya yang hak perlu diskong dan yang bathil ditentang walaupun yang melibatkan sesama kita.
posted by jasindaily online @ 5:33 PM   0 comments
Nazri dedahkan sikap sebenar UMNO terhadap Islam
Tuesday, May 09, 2006
Oleh : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN
Di dalam satu dialog yang diadakan bersama para peguam di auditorium Majlis Peguam pada 22 Februari yang lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Dato Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dengan tanpa segan silu mendedahkan sikap partinya UMNO terhadap Islam
Malaysiakini melaporkan bahawa Menteri tersebut dikatakan berkata bahawa persaingan bagi mendapatkan undi telah mendorong parti-parti politik seperti UMNO dan PAS menggunakan Islam sebagai pengkalan atau platform dan seterusnya mendorong pihak seperti beliau dan UMNO untuk melakukan perkara-perkara yang ''we do not believe in'' ( kami tidak percaya kepada perkara-perkara tersebut )
Dengan lain perkataan UMNO terpaksa juga menggunakan slogan dan platform Islam meskipun UMNO sendiri tidak percaya kepada apa yang terkandung di dalam Islam itu sendiri sama ada aqidahnya, hukum hakam, halal haram dan sebagainya.
Nazri seterusnya dilaporkan berkata bahawa UMNO terpaksa menggunakan Islam kerana PAS menurutnya menggunakan Islam bagi mendapatkan undi. Nazri berkata ''we are doing a disservice to our nation . we are led into doing something that we don't believe.'' ( Terjemahan : Kami melakukan perkara yang tidak memberi khidmat kepada Negara , kami telah didorong bagi membuat sesuatu perkara yang kami tidak percaya.'' )
Seterusnya di majlis yang sama apabila ditanya oleh seorang peguam Haris Ibrahim ( peguam yang terkenal dengan kelantangannya menyerang Islam ), berkata orang Islam yang berfikiran sekular mesti terus bercakap dalam perkara-perkara yang berkaitan Islam meskipun akan menghadapi risiko dituduh murtad.
Haris di dalam soalannya kepada Nazri bertanya adakah pihak Kerajaan telah ''diculik dan diminta wang tebusan'' oleh golongan pelampau agama ( Islamic hardliners ) dan beliau seterusnya menyatakan kepada Nazri bahawa pihak seperti beliau tidak mahu menyerahkan negara ini kepada beberapa orang atau golongan pelampau yang berpura-pura kononnya bercakap bagi pihak majoriti
Nazri berkata ''the problem among Muslims is that we rely on people who are knowledgeable ( Islamic scholars ) but people like you ( Haris Ibrahim ) and me are secular. So speak up, even if you may not be the majority.'' ( Terjemahan : masalah di kalangan orang Islam adalah mereka bergantung kepada orang yang berpengetahuan ( sarjana Islam ) dan mereka seperti kamu ( Haris Ibrahim ) dan saya adalah secular. Ayuh terus bercakap meskipun kamu bukan dari golongan yang majoriti)
Komentar saya terhadap pendedahan berani Nazri di atas adalah seperti berikut :-
Kalau dahulu rakyat Malaysia khususnya orang Islam masih ragu-ragu bahawa adakah UMNO benar-benar ikhlas ingin melaksanakan Islam dengan pendedahan Nazri ini sudah cukup terang dan bersuluh menunjukkan sikap sebenar UMNO terhadap Islam. Kalau dahulu umat Islam mungkin agak sukar atau teragak-agak untuk menerima dakwaan bahawa UMNO tidak ikhlas ingin melaksanakan Islam kerana bersandarkan hujah bahawa soal ikhlas adalah soal hati maka dengan pendedahan Nazri ini tidak ada lagi sepatutnya ruang untuk rakyat negara ini mempecayai bahawa UMNO masih ikhlas ingin melaksanakan Islam.
Apa yang didedahkan Nazri ini menjadi bukti yang sahih dan kuat bahawa UMNO tidak dapat lagi bertahan untuk terus berpura-pura kepada rakyat negara ini tentang sikap sebenar mereka terhadap Islam. Satu keperitan dan kesakitan yang amat sangat Nazri dan UMNO rasakan apabila bersikap berpura-pura ini. Ibaratnya kalau UMNO dahulu terpaksa bertopeng bagi melindungi wajahnya yang hodoh kini topeng yang lama dan mungkin sudah busuk dan berulat itu terpaksa ditanggalkan dan kini orang telah dapat melihat wajar sebenar pemakai topeng tersebut. Amat hodoh !!!
Pendedahan Nazri mengajar kepada kita tentang perlunya orang Islam mengetahui dan memahami Islam dari satu segi dan permainan politik golongan sekular Islam dari satu segi yang lain bagi mendapatkan undi. Bagi UMNO dan juga mana-mana parti sekular di negara-negara umat Islam keyakinan bahawa Islam adalah satu kepercayaan yang perlu dipegang, dokong, sokong dan laksanakan di dalam seluruh kehidupan manusia adalah suatu yang tidak penting dalam perjuangan mereka. Apa yang penting bagi UMNO adalah untuk terus berkuasa di dalam negara ini mereka mesti juga bercakap dan bertindak seolah-olah mereka juga mahukan Islam meskipun mereka sendiri tidak mempercayai ajaran Islam itu sendiri.
Islam adalah wahyu dari langit bukan ciptaan atau teori oleh mana-mana orang di dunia ini. Allah s.w.t tidak akan membiarkan agamaNya dipermainkan begitu rupa tanpa pengawasan dan penjagaaan daripada Nya. Jika ada mana-mana pihak yang ingin cuba mempermainkan atau menyelewengkan Islam dan ajaran-ajarannya sama ada secara langsung atau tidak langsung ,Allah s.w.t akan pasti membongkar permainan dan penyelewengan tersebut dan pendedahan Nazri menjadi bukti kepada perkara itu.
Adalah suatu yang pelik dan ajaib orang yang tidak mempercayai sesuatu perkara akan melaksanakan perkara yang beliau tidak percaya tersebut melainkan kerana muslihat tertentu. Yang demikian adalah juga satu perkara yang ajaib dalam keadaan UMNO tidak meyakini dan mempecayai Islam sepertimana pendedahan Nazri tersebut UMNO masih diharap oleh rakyat negara ini untuk melaksanakan ajenda Islam.
Pendedahan Nazri sekaligus membuktikan bahawa Islam hadhari adalah hanya retorik kosong dan permainan licik UMNO bagi mendapatkan undi dan sokongan rakyat semata-mata meskipun Islam hadhari tersebut disolekkan dengan solekan-solekan indah seperti kononnya ingin melahirkan insan bertaqwa. Adalah disyorkan UMNO untuk UMNO mempopularkan slogan baru Islam ala Nazri
Rakyat kini tiada pilihan selain menyokong PAS kerana sehingga kini secara jelas Insya'Allah PAS tidak berpura-pura sama ada dari segi dasar mahupun mesejnya kepada rakyat negara ini bahawa ia memang ingin melaksanakan Islam dan meskipun undi rakyat itu penting ia hanya berperanan sebagai alat pemberi kuasa bagi PAS melaksanakan cita-cita Islamnya . Undi bukan matlamat. Bagi PAS tidak seperti UMNO matlamat tidak menghalalkan cara yang tidak halal.
posted by jasindaily online @ 9:48 PM   0 comments
PAK LAH Perdana Menteri Satu Penggal - maklum balas
Perlantikan Pak Lah adalah kerana TEORI 'RAHMAN' yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sejak dahulu. Akibat taksub teramat sangat, maka pemimpin menjadikan teori ini sebagai satu syarat dalam perlantikan pemimpin-pemimpin negara.

BAGAIMANA BELIAU DILANTIK?
Trajedi perlucutan jawatan Anwar Ibrahim, menimbulkan keraguan di atas teori tersebut, lalu perlantikan Abdullah Ahmad Badawi mengembalikan kepercayaan bahawa ia masih lagi diguna pakai. Kemungkinan besar ini adalah merupakan salah satu alasan perlantikan Pak Lah sebagai Perdana Menteri.

Persoalan disini, adakah Pak Lah sememangnya tersenarai atau beliau sekadar pemain simpanan yang menunggu masa untuk dikeluarkan? Karektor Pak Lah lebih kurang serupa dengan sikap Allahyarham Ghafar Baba. Manusia seperti ini, tidak boleh memimpin Negara dan kelayakan mereka hanyalah sebagai pak angguk dan pak turut kepada pemimpin nombor 1. Berceramah dikampung-kampung dan menggunakan bahasa kampung. Tetapi Mahathir tiada pilihan lain. Dengan jolokan 'cucu ulamak' ia mungkin dapat mengubati perasaan rakyat yang terluka akibat pemecatan Anwar Ibrahim.

Tetapi Pak Lah yang dilantik hanya sekadar syarat dan apabila tibanya waktu dan ketika, beliau perlu meletakkan jawatan secara hormat. Dan ini akan berlaku di dalam tempoh yang terdekat untuk memberikan laluan kepada Najib Razak pula.

MUSLIHAT PAK LAH
Akibat pemerintahan Mahathir yang semakin tidak popular. Pak Lah dapat menyeimbangkan keadaan dengan kemunculan beliau dengan 'Anti-Rasuahnya'. Sikap ini seperti ini adalah jelas bersententang dengan sikap PM sebelumnya dan rakyat berjaya diubah hati mereka untuk kembali menyokong perjuangan dan perlantikan beliau. Semangat beliau itu rupakan hanya lah senjata untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan tidak lebih dari itu. Selepas penangkapan ikan-ikan bilis, semangat itu semakin pudar dan penglibatan menantunya memberikan tanggapan yang berlainan. secara tidak langsung ia menjelaskan bahawa beliau adalah tidak ubah seperti pemimpin yang lain juga.

Untuk terus menjadi Perdana Menteri, beliau berhadapan dengan Pilihanraya yang terdekat, yakni pada tahun 2004. Akibat kepercayaan rakyat yang sudah luntur dan semakin hancur, beliau tiada mempunyai pilihan lain kecuali menggunakan 'Islam Hadhari' untuk mengambil hati rakyat yang semakin ramai beralih arah menyokong PAS. Sekali lagi rakyat tertipu dan dalam pilihanraya 2004, beliau memenanginya dengan majoriti yang agak tinggi. Kemenangan akibat penipuan oleh SPR dan bantuan hantu-hantu yang pulang kerumah untuk mengundi.

ISYARAT AWAL
Pak Lah tidak lama menjadi Perdana Menteri. Ini adalah kerana beliau sesungguhnya tidak layak dengan tanggung-jawab yang besar ini. Beliau mempunyai tarikh tamat yang terlekat di dahi beliau. Sepeti botol makanan yang ada tarikh luputnya. Namun beliau tidak terkecuali untuk menyapu bersih peluang yang ada didepan mata. Peluang ini diambil dengan menggunakan khidmat menantu beliau Khairi. Kekukuhan fakta pemberhentian awal Pak Lah adalah merujuk sikap Khairi yang cuba memonopoli peluang yang ada secara gelojoh. Sikap terburu-buru beliau seakan menunjukkan bahawa beliau sudah tiada masa dan peluang yang ada perlu disapu secepat mungkin.

Semua pemimpin tahu, akan sikap Khairi ini namun mereka mendiamkan diri dan kekadang memberi sokongan kerana semua tahu bahawa hanya inilah masa bagi beliau bertindak sedemikian.

ISYARAT DARI MENTERI
Najib tahu akan kondisi Pak Lah sebagai Perdana Menteri, tetapi beliau harus bersabar kerana masa dan ketika akan tiba. Pak Lah bukan lah tandingannya dan apabila masalah datang bertali arus, Pak Lah akan melangkah pergi dan Najib perlu menunggu sehingga Pak Lah mengah sendiri. Terkapar-kapar dan tidak bernafas.

Beliau sendiri tidak hormat akan perlantikan Pak Lah kerana beliau rasakan beliau adalah lebih bijak dari Pak Lah dan Pak Lah bukanlah saingan baginya. Kerana itu Najib memandang remeh atas apa yang Pak Lah cuba laungkan di dalam pemerintahan.

Sebagai contoh, istilah 'ISLAM HADHARI' dan CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG. Najib tidak pernah menggunakan ayat-ayat tersebut di dalam ucapan beliau. Ini jelas menunjukkan bahawa tiada persetujuan diantara mereka dan baru-baru ini dalam Najib menerima surat perletakan jawatan Shahrir Samad, lagi sekali Pak Lah memberikan pandangan yang berbeza.

Najib mempunyai ramai penyokong kuat. Beliau adalah raja dikalangan angkatan muda. Sikap tidak bersetuju dengan Pak Lah juga menjadi ikutan kepada menteri-menteri yang lain dan sikap ini tidak ditonjolkan secara terang-terangan bimbang diketahui ramai. Khir Toyo, tidak dapat bersembunyi dari komplot ini kerana beliau adalah menteri yang sering menjadi tumpuan Pak Lah. Pelbagai kutukan diterima sejak Pak Lah memerintah, tetapi beliau tidak langsung mengambil hati malah tersenyum sendiri.

Beliau tahu bahawa masa Pak Lah akan tiba dan itu janji Najib. Dan kerana jaminan tersebut, Khir Toyo rasakan bahawa beliau masih ada peluang untuk terus menjadi MB dan saingan dari bekas Menteri di dalam Negeri, Noh Omar yang jelas menjadi orang kuat Pak Lah tidak lagi bisa meracun lagi.

KESIMPULAN
Pak Lah tidak lama, begitulah kesimpulannya. Namun peluang yang ada perlu dicapai dan disapu secepat mungkin. Perletakan jawatan Pak Lah akan menjadi reality dan pastinya Najib akan gelak besar kerana tidak lama lagi beliau akan menjadi naga yang besar untuk merebut peluang yang lebih besar.

Malang bagi rakyat, walau siapa pun yang memerintah, selagi masih kerajaan UMNO, ia akan tetap serupa. Perlantikan Najib tidak akan membawa sebarang perubahan malah beliau adalah lebih teruk dari PM sebelumnya.

Permainan politik ada dimana-mana, dan pastinya rakyat akan menjadi mangsa dalam percaturan dan permainan politik yang ada. Rakyat perlu berubah dari konsep yang diguna pakai. Rakyat tidak mahu tahu akan TEORI RAHMAN tetapi rakyat perlu tahu adakah masa depan untuk mereka. Rakyat tidak mahu kemajuan yang akan membawa mereka ke alam kesengsaraan. Dengan kerjasama SPR dan pihak POLIS, nampaknya Malaysia tidak ke mana kecuali ke lembah kehancuran yang lebih dahsyat. Rakyat tahu siapa Najib tetapi apakan daya, terlalu ramai yang masih lagi beku otaknya dan benak hatinya.

Kehadiran Najib kelak akan sedikit membuat perubahan dalam erti kata sebenar. Segala kepincangan di dalam pemerintahan Pak Lah ketika ini, akan cuba dibaiki. Beliau tidak banyak merancang ketika ini, kerana segala-galanya akan diluah apabila beliau dilantik sebagai PM kelak.

Tetapi taktik Mahathir atas perlantikan PAK LAH adalah lebih untuk menyeimbangkan pemerintahan Malaysia. Dari pemimpin yang hebat (Mahathir), ke pemimpin yang lemah (Pak Lah) dan kembali kepada kepimpinan yang sedikit baik (Najib). Namun jika diteliti, semuanya hancus dan tidak boleh diguna pakai. Perlu dihapuskan dan digantikan dengan produk baru yang lebih relevan dengan keadaan kemajuan dunia sejagat hari ini. Sehingga berjumpa lagi.
posted by jasindaily online @ 6:17 PM   0 comments
Temberang Besar UMNO!
Semua anggota pemuda Umno telah disarankan untuk mengibarkan bendera UMNO sebagai memperingati ulang tahun ke-60 parti itu pada Mei 11. Demikian yang dilaporkan oleh media arus perdana negara ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin telah dilaporkan berkata bahawa Pergerakan Pemuda UMNO sedang melancarkan satu kempen menggalakkan ahli-ahlinya mengibarkan bendera itu sehingga Mei 18. ''Kempen ini adalah satu simbol Persatuan kita dan cinta kita kepada UMNO, dan untuk generasi muda ia mesti merupakan satu simbol penghargaan kita kepada parti yang terus memperjuangkan agama, bangsa dan negara. '' demikian ucapan beliau pada pelancaran kempen itu di Pusat Dagangan Dunia Putra, minggu lalu.

Beliau menyebut bagaimana ada negeri-negeri yang mencetuskan cara yang menarik dalam kempen tersebut termasuk satu cadangan Pergerakan Pemuda Pahang yang mahu mengibarkan bendera UMNO di bot yang berulang-alik sepanjang Sungai Pahang. Bagi individu pula, kata beliau, memadailah kalau bendera parti dikibarkan di rumah dan pejabat sepanjang tempoh berkempen itu.

''Dengan cara ini mereka digalakkan berkarya dan menjamin bahawa usaha mereka menyerlah,'' katanya. Selain kempen itu, beliau berkata, pergerakan itu sedang menganjurkan satu peraduan menamakan bendera parti, yang sehingga kini belum mempunyai nama yang rasmi.

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Pemenangnya nanti akan dihakimi bukan sahaja pada nama yang dicadangkan, tetapi juga kepada asas di sebalik nama yang dikemukakan. Mereka yang berminat mengambil bahagian boleh menghantarkan cadangan melalui SMS kepada 017-267-0337 ataupun melalui faks di 03-4044-2199 ataupun melalui e-mel ke bendera umno@pemuda.com.my. Tarikh tutup ialah Mei 18. (Lihat Senarai Penyertaan Pertandingan Menamakan Bendera Umno di Laman M@RHAEN)

Mula-mula sekali, usia UMNO bukanlah 60 tahun. UMNO yang didaftarkan pada 11 Mei, 1946 mati tanpa pusara menjelang ulang tahunnya yang ke-42. UMNO yang ada ini telah didaftarkan sejurus mahkamah mengharamkan parti UMNO asal pada 4 Februari 1988. Anak UMNO yang lama itu baru sahaja berusia 18 tahun. Mungkin juga namanya yang sama, tetapi ia merupakan UMNO generasi kedua dan merupakan satu entiti yang berbeza. Kedua, UMNO yang baru berusia 18 tahun itu sepatutnya menganjurkan hari jadinya pada bulan Februari, yakni tiga bulan yang lalu dan bukannya pada 11 Mei.

Kita mesti ingat bahawa mereka yang berjuang dalam UMNO asal, seperti ramai veteran yang ada termasuk mereka yang menjadi Perdana Menteri di negara ini, enggan menganggotai semula UMNO Baru (nama baru UMNO yang dilahirkan itu) dan akhirnya mereka semua mati tanpa menjadi anggota UMNO semula. Orang-orang ini beranggapan mereka bukan menganggotai semula parti UMNO lama, tetapi menganggotai satu parti yang baru. Mereka itu adalah seperti ayah kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO; Hishamuddin dan Bapa Merdeka telah mengelakkan UMNO Baru dan menganggapnya sebagai satu parti murahan yang menciplak UMNO asli yang sengaja diharamkan dan digulung semata-mata untuk membolehkan musuh-musuh Perdana Menteri disingkirkan daripada parti. Dengan kata lain, sesungguhnya kerja-kerja mengharamkan parti UMNO asal dan mendaftarkan satu parti ciplakan UMNO adalah satu gerakan menghumban anggota parti secara haram.

Kita harus ingat, veteran UMNO termasuk Tengku Razaleigh Hamzah, Musa Hitam, dan Tunku Abdul Rahman telah mencuba mendaftarkan UMNO Malaysia sebaik sahaja mahkamah mengharamkan UMNO. Permohonan mereka telah ditolak dengan alasan nama 'UMNO' itu sudah diambil dan dapat digunakan. Satu minggu selepas permohonan UMNO Malaysia ditolak, Pendaftaran Syarikat telah memperkenankan pendaftaran UMNO Baru. Permohonan UMNO Baru telah dikemukakan selepas permohonan UMNO Malaysia ditolak dan bukannya sebelum kejadian itu. Ini bermakna penolakan UMNO Malaysia berasaskan nama itu tidak lagi boleh digunakan adalah satu pembohongan. Permohonan UMNO Baru telah dikemukakan hanya selepas tarikh itu sejurus permohonan UMNO Malaysia telah ditolak.

Satu perkara penting yang mesti diingatkan di sini ialah UMNO Baru perlu mengemukakan satu permohonan untuk menganggotai Barisan Nasional telah diadakan pada Februari 1988 di PWTC untuk menimbangkan permohonan UMNO Baru. Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh MCA. Mesyuarat Barisan Nasional itu telah membincangkan kemasukan anggota baru. Ini bermakna UMNO Baru adalah satu parti baru dan bukan sama dengan Umno yang asal.

Kemudian, Khairy bercakap mengenai jasa UMNO memperjuangkan agama, bangsa dan negara, mengikut urutan (susunan) berikut. Sejak bilakah perlembagaan UMNO itu diubah di mana agama menjadi objektif pertama parti, dan diikuti oleh bangsa dan negara? Sebenarnya bangsa yang didahulukan, diikuti dengan agama dan negara.

Anda mungkin menganggap ini satu perkara kecil sahaja. Tidak...!!!! Inilah yang menjelaskan apa sebenarnya yang diperjuangkan oleh parti dan apakah objektifnya dan apakah keutamaannya. UMNO tidak pernah meminda perlembagaannya kenapa pula Khairy mampu mengubahnya? Khairy cuba memandai-mandai bersaing dengan PAS dengan menunjuk-nunjuk bahawa objektif utama UMNO ialah agama. Ini tidak benar! Dan kerana itulah UMNO mengagungkan Ketuanan Melayu (semacam Apartheid).

Ini yang terdapat dalam Artikel 3 Perlembagaan UMNO:

FASAL 3: ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Lagi satu perkara yang amat mudah mereka warwarkan ialah kisah UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan Malaya ataupun MERDEKA. Inipun tidak benar. Dalam semua mesyuarat para pemimpin UMNO pada 1940-an dan 1950-an yang mereka adakan dengan pihak British mereka tidak pernah mengemukakan isu kemerdekaan. Walaupun semasa mereka menentang penubuhan Malayan Union pada 1946, soal kemerdekaan tidak pernah dibangkitkan. Orang lain yang sebenarnya memperjuangkan kemerdekaan itu dan mereka semuanya telah ditangkap oleh British dan disumbat dalam penjara. Ada yang dihukum gantung kerana menderhaka. Ada yang ghaib dan didapati mati kemudiannya. Hanya selepas British merasakan bahawa Malaysia sebagai satu jajahan takluknya sudah semakin membebankan mereka dan bahaya negara itu jatuh ke tangan komunis barulah mereka bersetuju dengan kemerdekaan. Hanya selepas British membuat keputusan memberikan kemerdekaan kepada Malaya barulah UMNO mula berani membuka mulutnya.

Inilah satu 'fait accompli' yang diciplak oleh UMNO dan mendakwa bahawa itulah perjuangannya. Gelagat itu adalah sama dengan sikap seseorang yang mendakwa dia yang menyediakan masakan makanan yang sudah dihidangkan di meja makan, sedangkan dia tidak pun pernah masuk dapur dalam hidupnya.

Seterusnya kita telah melihat bagaimana Musa Hitam , yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan menentang Mahathir telah melepaskan jawatannya untuk bergabung tenaga dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan menubuhkan Tim B. Beliau pernah berkata apabila sesuatu bola sudah menjadi kempis janganlah cuba menendangnya. Bola itu bukan sahaja tidak mahu bergolek jauh tetapi akan mencederakan kaki si penendangnya juga. Dia merujuk kepada serangan bertubi kali yang diarahkan padanya selepas dia diaibkan.

Semasa Rahim Tamby Chik dipaksa untuk bersara daripada jawatan Ketua Pemuda UMNO gara-gara skandal seks dengan seorang gadis bawah umur, dia juga telah diserang oleh Pemangku Pemimpin Pemuda Zahid Hamidi. Seorang panglima perang PAS, Mat Sabu turut mengejek Pemuda UMNO. Ketika dia menghenyak Rahim, Pemuda UMNO telah bangkit mempertahankannya, kata Mat Sabu. Kini Rahim tidak lagi berkuasa Pemuda UMNO yang menghenyak dia pula. PAS tidak berminat mengejek seorang yang tidak lagi berkuasa. Kami berbuat demikian hanya kalau dia berkuasa dan menyalahguna kuasa ataupun melakukan jenayah. Apabila dia sudah tidak lagi berkuasa apa guna menghenyaknya? Hanya Pemuda UMNO yang tidak berhati perut yang berani menghenyak orang yang sudah tidak berkuasa tetapi tidak berani berkata-apa apa semasa dia berkuasa.

Inilah dia apa yang sedang berlaku di Malaysia hari ini. Semasa Dr. Mahathir berkuasa, setiap orang memuji muja dia. Kini dia sudah tidak berkuasa, sesiapa sahaja berani bangkit bercakap mengenainya. Kenapakah orang semacam itu tidak mengutuk Dr. Mahathir semasa dia masih menjadi Perdana Menteri seperti yang kita lakukan terhadap pembangkang? Kenapa baru sekarang sanggup mengutuk beliau setelah dia tidak berkuasa untuk bertindak balas?

Malaysia-Today tidak mengutuk orang yang sudah tidak berkuasa. Mungkin satu ketika dahulu kita juga memang kritis terhadap Dr. Mahathir. Anda boleh baca banyak komen kami sebelum munculnya Malaysia-Today yang disiarkan oleh Laman Web Fee Anwar Campaign. Sejak Mahathir tidak lagi berkuasa, kami tidak lagi jadikan sasaran kritikan kami. Kita tidak menendang orang yang sudah jatuh. Kita cabar dia semasa dia gah dan berkuasa. Kita lakukan kerja itu secara terbuka bukan dengan menggunakan nama samaran dan membaling batu dan menyorok tangan.

UMNO sudah memilih berperang dengan Mahathir. Yang menyeronokkan dalam bab ini ialah orang yang hari ini mengkritik Dr. Mahathir adalah orang yang sama yang menganggap Abdullah adalah seorang 'idiot' (tolol). Mereka menyokong Paklah dan menentang Dr. Mahathir bukan kerana mereka ghairah dengan kegemilangan Perdana Menteri. Mereka menyokong beliau kerana tahu bahawa hanya Paklah yang akan menentukan siapa yang akan menjadi calon dalam pilihan raya umum yang dijangkakan pada tahun hadapan.

Pak Lah sedang membeli sokongan. Dia memberikan geran kepada setiap Anggota Parlimen sebanyak dua juta untuk dana pembangunan dan 10% diberikan sebagai bayaran muka. Jumlah dua juta Ringgit itu tidak bermakna apa-apa. Terdapat 200 anggota Parlimen Barisan Nasional dan mereka mempunyai tabung pilihan raya bernilai RM200 billion untuk digunakan sehingga 2010.

Dr. Mahathir sudah sedar betapa sokongan terhadapnya semakin berkurangan. Paklah membeli semua MP dan panglima perang UMNO. Memang ramai yang sanggup menendang bola kempis kalau mereka dijanjikan satu kerusi untuk bertanding dalam pilihan raya umum dan beberapa juta sebagai dana pembangunan yang diizinkan secara peribadi oleh Perdana Menteri. Ini membuktikan satu perkara sahaja, betapa setiap pemimpin UMNO boleh dilelong.
Kalau pun Pemuda UMNO betul berani seperti yang mereka lagakkan, cubalah buat laporan polis terhadap Dr. Mahathir dan tuduh dia kerana rasuah. Buatlah kepada Dr. Mahathir apa yang telah dilakukan olehnya terhadap Anwar. Buatlah tuduhan itu sekarang ataupun tutup mulut dulu sahaja!!
posted by jasindaily online @ 6:11 PM   0 comments
Kenapa Pula Iran Tidak Wajar Memiliki Senjata Nuklear?
Tatkala kuasa politik antarabangsa mencari rembatan maut akan perkembangan senjata nuklear Iran, amat sedikit perhatian yang diberi terhadap Amerika dan British yang telah berjasa besar dalam penciptaan krisis ini ataupun apa langkah yang bakal diambil Israel untuk menjadikan keadaan itu lebih merumitkan.

Kebencian Iran terhadap Barat bukanlah terjadi secara spontan dari retorik Imam yang radikal sahaja. Ianya tumbuh dari apa yang rakyat Iran lihat sebagai hipokrasi sebahagian anggota masyarakat nuklear dunia, serta campurtangan AS dan UK dalam hal ehwal dalaman Iran lebih dari setengah abad. Iran memang merbahaya, namun British dan Amerika telah menjadikan mereka begitu. Dan situasinya jauh lebih buruk dari yang terpamir di depan mata.

Sejurus selepas Perang Teluk tahun 1991, Jerman telah memberi dua buah kapal selam kelas Dolphin berkuasa diesel kepada Israel. Kerajaan Israel telah bersetuju membeli kapal selam ketiga pada harga yang amat murah. Pada November 2005, Jerman telah mengumumkan yang ia telah menjual dua buah lagi kapal selam kepada Israel pada harga $1.2 billion (£660m).

Para penganalisa pertahanan telah mencadangkan yang bot kelas Dolphin itu merupakan lonjakan besar akan keupayaan Israel dalam melancarkan serangan dari laut sekiranya sistem pertahanan daratnya telah dihancurkan oleh senjata nuklear musuh. Malangnya, doktrin Bush akan serangan pre-emptif telah pun bertapak secara geopolitiknya: Israel dan Presiden Amerika tidak akan menunggu sehingga musuh melepaskan tembakan pertama mereka.

Pada awalnya, Israel telah dijangkakan untuk mempersenjatai armada kapal selamnya dengan misil popeye jarak dekat keluarannya sendiri yang membawa kepala letupan konvensional. Sekurang-kurangnya tiga penerbitan arus perdana di AS dan Jerman telah mengesahkan yang kapal-kapal tersebut telah dilengkapi dengan misil Harpoon buatan Amerika dengan berkepala nuclear. Setiap Dolphin itu membawa 24 buah misil.

Walaupun Israel belum lagi menerima dua buah kapal selam baru, ketiga-tiga buah kapal yang sedia ada dalam armadanya mempunyai potensi melancarkan 72 buah Harpoon. Stratfor, syarikat perniagaan perisikan Texas mendakwa yang Harpoon telah direka bukan setakat menjejak sasaran bersais kapal di laut bahkan juga boleh dipasang dengan sistem panduan yang lain.

Menurut wartawan ketenteraan bebas Gordon Thomas ianya sudah pun berlaku. Beliau telah melaporkan yang Harpoon kini telah pun dilengkapi dengan perkakasan ''over the horizon'' dari pengeluar AS bagi membeuatkan ia sesuai digunakan menyerang kemudahan nukelar Iran. Oleh kerana Teluk Parsi cetek airnya ini membuatkan kapal selam Israel mudah dikesani, dua darinya telah dilaporkan meronda di perairan dalam Teluk Oman, dalam jangkauan sasaran Iran.

Sekiranya Israel menghalakan senjata nuklear buatan AS kearah Iran, kedudukan pemimpin besar Negara itu, Ayatollah Ali Khamenei, menjadi lebih kuat disokong rakyatnya. Walaupun hakikatnya Israel telah membangunkan bahan nuklear sejak tahun 1958, Negara itu tidak pernah mengaku secara rasmi yang ia memiliki senjata nuklear. Para penganalisa menganggarkan yang Israel adalah kuasa nuklear kelima terbesar di atas bumi dengan kebanyakan teknologi sistem penghantarannya dibiaya oleh pembayar cukai AS. Bagi menyulitkan lagi usaha diplomatic yang sedang berlangsung, Israel sepertimana Pakistan dan India telah enggan menandatangani Nuclear Non-Proliferation Treaty walaupun ketika ia berkeras dalam khutbah antarabangsanya betapa Iran mesti disekat dari memperolehi apa yang sudah pun dipunyai Israel.

Sebelum Ariel Sharon disungkup masalah kesihatan, Der Speigel (akhbar Jerman) telah melaporkan betapa mantan PM Israel itu telah mengarahkan perkhidmatan perisikan Negara itu Mossad menyusup ke Iran dan mengenalpasti kemudahan nuklear untuk dimusnahkan. Jurnalis Seymour Hersh juga telah menulis betapa tentera AS sudah pun menyusup masuk ke dalam Iran memilih sasaran serta menjalankan kerja-kerja kotor bagi mewujudkan kekacauan politik. Ianya adalah taktik sama yang telah digunakan oleh AS dan UK lebih dari separuh abad lalu yang telah mendorong kita ke kancah nuklear semasa.

Dalam tahun 1953, Kermit Roosevelt telah mengepalai CIA dalam penyingkiran Mohamed Mossadeq, Perdana Menteri Iran yang dipilih secara demokrasi. Melayani akan perjuangan demi kepentingan umum yang telah ditindas di bawah pengaruh penjajah British, Mossadeq telah merancang untuk memiliknegarakan telaga minyak yang mewah dalam negaranya.

Dengan tudingan perisikan British, CIA melakukan pengeboman strategik serta ugutan politik terhadap pemimpin agama yang menjadi asas kepada penyingkiran Mossadeq. Shah Reza Pahlevi, boneka yang tali-temalinya digerakkan dari Downing Street dan Washington, telah menjadi diktator kejam yang kemudiannya memberi kemudahan kepada syarikat minyak multinasional akan capaian dalam simpanan minyak Iran. Lebih suku abad kemudiannya, rakyat umum Iran bangkit memberontak, memanggang Shah Iran sehingga cabut lari di malam hari, serta menobatkan Ayatollah Ruhollah Khoemeini.

Iran memiliki kekuatan yang perlu bagi mencipta pertelagahan hari ini dengan Barat. Termasuk anggota simpanan, tentera Iran mempunyai 850,000 anggota- cukup untuk menghadapi pasukan tentera Amerika yang terkucil di Iraq, walaupun AS menghantar pasukan simpanannya. Pehak Iran turut memiliki misil permukaan -udara dengan jarak jangkauan 1,500 batu dan mampu membawa kepala peledak nuklear.

Amerika tidak boleh menceroboh dan menduduki Iran. Tindakbalas Iran kemungkinannya ialah dengan menceroboh selatan Iraq yang didiami sepertimana Iran oleh puak Shiah yang mungkin mendaftar berjihad untuk menghuru-harakan lagi Iraq. Juga terdapat laporan yang mengatakan adanya ribuan kemudahan nuklear bawah tanah serta pengempar gas uranium di Iran, dan adalah mustahil untuk kesemuanya itu dimusnahkan. Namun pehak Israel mungkin sanggup mencubanya. Serangan Israel keatas Iran akan memberi sedikit kelapangan bernafas politik Bush di negaranya. Presiden boleh berterusan berdebat yang Israel berhak mempertahankan dirinya.

Bagaimana jika tindakan Israel itu akan membahayakan Amerika? Israel tidak boleh menyerang tanpa Amerika menjadi sekongkolnya. Jet-jet Israel perlu terbang membelahi ruang udara Iraq yang tentu sahaja memerlukan keizinan AS. Dan misil Harpoon buatan Amerika akan menjadi kepala peledak menghentam Iran. Ini tentu sahaja akan meletupkan kemudahan nuklear Iran sekaligus melancarkan tentera pengganas Iran ke dunia Barat.

Namun George Bush masih lagi tanpa legasi presiden yang boleh dibanggai.

Mangkuk hayun ini mungkin sanggup mengambil apa jua risiko untuk menempatkan namanya dalam sejarah sebagai insan yang berjaya menghentikan impian Iran dari memiliki senjata nuklear. Apa yang lebih ditakuti ialah bedebah ini menjadi orang pertama yang menarik pemicu nuklear sejak Hiroshima dan Nagasaki- lantas tempatnya akan pasti terpahat dalam buku sejarah.

James Moore is the author of three books about the Bush administration. His latest, 'The Architect', will be published in September by Random House of New York.
posted by jasindaily online @ 6:07 PM   0 comments
Siapa mangsa sebenar DADAH?
Monday, May 08, 2006
Kejadian yg wajib diambil iktibar... Berkesankah dgn memberi jarum suntikan percuma terhadap penagih dadah? Jarum suntikan adalah free tetapi tidak terhadap bekalan dadah... Akhirnya yg menjadi mangsa adalah isteri & anak2... Malang sungguh nasib anak2 yg comel ni... Semoga kehidupan mereka diberi pelindungan & mendapat kasih-sayang serta perihatin dpd manusia yg lain.

KUALA LUMPUR: Dua hari selepas Hasmah Mohamad, 24, mati dipercayai dibunuh suaminya, tiga anak mereka yang masih kecil menjadi mangsa perebutan hak penjagaan antara keluarga masing-masing.

Perebutan sehingga menimbulkan kekecohan di rumah bapa saudara kanak-kanak itu di Ampang, memaksa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kebetulan melawat mereka, campur tangan untuk meredakan keadaan.
Kekecohan bermula apabila ahli keluarga ibu dan bapa tiga beradik itu datang ke rumah bapa saudara mereka di Ampang Hiliran di sini petang semalam, untuk menuntut hak penjagaan.Seorang daripada ahli keluarga suami mangsa membantah tindakan abang sulung Hasmah, Azmi Mohamad, yang mahu membawa tiga kanak-kanak terbabit ke rumahnya. Abang ipar suami mangsa, Kamaruddin Abdul Ghani, 46, berkata dia difahamkan keluarga mangsa hanya mahu menjaga anak sulung, Nuramilia Nadirah, 4, tetapi enggan menjaga dua adiknya, Nuramira Nazura, 2, dan Nurul Suhada, lima bulan.
''Mereka hanya bersetuju menjaga anak sulung, manakala dua lagi adiknya diserahkan kepada kami. Saya juga kesal dengan tindakan keluarga Allahyarham Hasmah yang enggan memberi peluang kepada ibu saya melihat cucu kesayangannya, walaupun dia selama ini tinggal bersama pasangan itu dan tiga anak mereka.
''Sanggup mereka biar emak saya lumpuh menangis mahu melihat cucunya. Saya tidak mahu bertengkar dan rela jika hak penjagaan menjadi milik mereka secara mutlak selepas mendapat arahan mahkamah,'' katanya.
Hasmah meninggal dunia awal pagi Sabtu lalu, dipercayai dibunuh suaminya. Allahyarham ditemui berlumuran darah tersandar pada dinding rumahnya di tingkat tujuh Projek Perumahan Rakyat Ampang Hiliran di sini, sambil memangku erat anaknya berusia dua tahun yang menyusu badan.
Shahrizat menyaksikan sendiri ketegangan lebih 15 minit antara dua keluarga itu, terpaksa meminta mereka bertenang dan menjelaskan rasional mengapa hak penjagaan sementara diberikan kepada keluarga mangsa.Beliau hadir bersama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Rafik Reshidullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Datuk Sayed A Rahman Sayed Mohd memaklumkan, lazimnya ketiga-tiga yang menerima nasib seperti itu diletakkan di bawah penjagaan JKM.
''Saya sudah jumpa keluarga kedua-dua belah pihak. Kita ada dua pilihan, sama ada meletakkan kanak-kanak itu bawah jagaan JKM, sementara proses perundangan dimulakan ataupun diserahkan kepada ahli keluarga, dengan pengawasan JKM.
''Selepas berbincang dengan keluarga kedua-dua belah pihak, kita memutuskan kanak-kanak ini diletakkan di bawah jagaan bapa saudara mereka, iaitu Azmi sementara menunggu keputusan mahkamah,'' katanya kepada pemberita.
Shahrizat berkata, kita akan memastikan bantuan disalurkan setiap bulan kepada ketiga-tiga kanak-kanak ini. Jadi, buat sementara ini, JKM khususnya Rafik akan menjadi pelindung kepada mereka.''Malah, anak sulung mangsa berusia empat tahun menjadi saksi utama kejadian awal pagi Sabtu lalu, juga diberi kaunseling khas kerana masih dalam trauma akibat kejadian itu,'' katanya.
posted by jasindaily online @ 9:51 PM   0 comments
HARI BURUH : Ilusi Kapitalisme...

1hb Mei, Hari Buruh Sedunia. Malaysia juga tidak terkecuali saban tahun meraikannya. Kali ini, ia disambut dengan tema "Pekerja Cemerlang Negara Terbilang"; sekali lagi untuk memenuhi hasrat pembangunan modal insan berminda kelas pertama [Utusan Malaysia, 1 Mei 2006]. Di dalam perutusannya, Perdana Menteri mengiktiraf serta mengakui golongan pekerja sebagai aset terpenting negara, menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara. Dalam penghayatan sambutan Hari Buruh ini, mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahui asal usul mengapa ia disambut; malah mungkin ramai juga yang tidak tahu mengapa 1hb Mei dipilih sebagai Hari Buruh.

Sebagai umat Islam, kita haruslah peka terhadap sebarang pemikiran dan pegangan yang wujud dalam kehidupan kita sehari-hari. Ini adalah amat penting kerana sebagai seorang Muslim, kita seharusnya menetapkan pendirian kita berdasarkan hukum Islam dan bukannya berdasarkan 'ikut-ikutan' ataupun pemikiran selain Islam. Justru wajarlah bagi kita untuk memahami hakikat sambutan Hari Buruh sebelum menetapkan pendirian kita mengenainya.

Sejarah Hari Buruh
Pada tahun 1884, The Federation of Organized Trades and Labor Unions telah menyebarkan resolusi untuk menetapkan 8 jam sehari sebagai waktu kerja yang sah bermula dari 1 Mei 1886. Resolusi tersebut menyeru agar para pekerja melakukan demonstrasi umum untuk mencapai tujuan itu memandangkan kaedah mengikut saluran yang sah telah dianggap gagal. Pada ketika itu, pekerja dipaksa bekerja selama 10, 12 hingga 14 jam sehari. Sokongan kepada gerakan ini telah tumbuh dengan cepat. Pada April 1886, dianggarkan seramai 250,000 pekerja telah menyertainya. Gerakan ini berpusat di Chicago dan dianjurkan oleh golongan anarki dari International Working People's Association. Ahli perniagaan dan pemimpin negara pada ketika itu merasa bimbang dengan peningkatan pengaruh revolusi ini dan mereka telah membuat persediaan sewajarnya. Bilangan polis dan anggota keselamatan ditambah dan senjata baru dibekalkan, dibiayai oleh ketua-ketua perniagaan tempatan.

Antaranya, Kelab Komersial Chicago, yang telah membeli senjata bernilai US$2000 untuk Pengawal Keselamatan Illinois mengawal kemaraan demonstrasi. Walaubagaimanapun, pada 1hb Mei, gerakan ini telah berjaya memenangi hati kebanyakan para pekerja termasuklah pembuat pakaian, pembaiki kasut dan para buruh. Pada 3hb Mei 1886, untuk mengekang kemaraan, pihak polis telah melepaskan tembakan amaran kepada para pendemonstrasi di hadapan kilang McCormick Reaper Works, menyebabkan 4 orang terkorban dan banyak yang cedera. Keesokannya, golongan anarki telah menganjurkan perhimpunan besar-besaran untuk membantah tindakan pihak berkuasa tersebut di dataran Haymarket. Perhimpunan ini berjalan lancar sehinggalah jurubicara terakhir berucap di pentas. Orang ramai mulai beredar dan hanya tinggal beberapa ratusan orang. Ketika inilah, 180 orang polis telah mengepung medan tersebut dan mengarahkan agar perhimpunan itu dibubarkan. Ketika pembicara terakhir turun dari pentas, sebiji bom dilemparkan ke arah polis, membunuh seorang dan mencederakan 70 orang yang lain. Polis bertindakbalas melepaskan tembakan ke khalayak ramai mengakibatkan seorang pekerja mati dan ramai yang cedera. Inilah secara ringkas sejarah perjuangan yang dimulakan oleh golongan anarki sosialis untuk menuntut hak dan keadilan golongan pekerja terhadap majikan. Perjuangan ini akhirnya diabadikan dengan sambutan Hari Buruh.

Permasalahan Buruh
Sambutan Hari Buruh ini sebenarnya sangat sinonim dengan demonstrasi. Di negara jiran kita yang sentiasa hangat dengan acara demonstrasi, telah dirancang satu perarakan besar-besaran sempena sambutan Hari Buruh [Utusan Malaysia, 29/4/06] sebagai kesinambungan dari berbagai demonstrasi yang muncul di kota-kota besar Indonesia. Ini merupakan manifestasi masalah serius yang sedang dihadapi oleh para pekerja di sana. Demonstrasi tersebut ditujukan khusus memprotes pindaan undang-undang pekerja no. 13/2003 yang dikatakan menguntungkan majikan [Utusan Malaysia, 29/04/06]. Antara fasal draf pindaan yang dikatakan merugikan pekerja adalah jika mereka mogok, pekerja boleh didakwa di mahkamah dan jika majikan kerugian akibat mogok tersebut, cuti dan jaminan hari tua atau skim pencen akan ditarik. Ini hanyalah salah satu daripada teriakan yang dilaungkan oleh kaum buruh. Banyak lagi permasalahan yang mengongkong mereka. Di Australia, ratusan ribu pekerja turun mogok kerja membantah undang-undang baru pekerja pada 15 November 2005. The Australian Council of Trade Unions (ACTU) melaporkan seramai 210 ribu pekerja turun di jalanan Melbourne dan mendakwa lebih 546 ribu orang kesemuanya mengambil bahagian dalam demonstrasi ini di seluruh negara, menjadikannya tunjuk perasaan terbesar di Australia. Demonstrasi ini tetap berlaku walaupun pekerja telah diberi amaran oleh majikan bahawa mereka akan dikenakan denda setinggi A$20,000(US$14,600) jika berbuat demikian [South China Morning Post, 16/11/2005]. Di Malaysia pula, antara tuntutan pekerja yang masih belum selesai adalah elaun kos sara hidup (COLA), imbuhan tetap khidmat awam (ITKA), imbuhan tetap perumahan, gaji minimum sektor awam RM1000 sebulan , gaji minimum pekerja Malaysia RM900 sebulan, umur persaraan 60 tahun, penyalahgunaan Skim Pemisahan Secara Sukarela (VSS), penghadan pengambilan pekerja imigran dan lain-lain [Sumber: Presiden Ceupacs dan MTUC].

Permasalahan buruh ini nampaknya semakin hari semakin meruncing di setiap negara di dunia ini. Pergeseran yang muncul di antara pekerja dan majikan nampaknya tidak pernah reda. Dengan kos kehidupan yang semakin meningkat, rungutan dan tuntutan makin bertambah. Apa yang dahulunya tidak terkait secara langsung dengan dunia pekerjaan mula dikaitkan, menjadikan permasalahan ini semakin rumit dan kompleks. Kita lihat sehingga kini para pekerja kerap mengadu upah yang rendah, menuntut hak dalam pendidikan, kesihatan, cuti, cuti kehamilan dan bersalin, sehinggalah kepada penyediaan kemudahan perumahan, kesihatan, sukan dan lain-lain. Lebih buruk lagi sekiranya masalah buruh ini mendapat perhatian negara Kapitalis Barat dan menjadikan isu-isu buruh ini sebagai sebahagian daripada alat politik luar negerinya. Sudah semestinya persoalan buruh ini akan dicampur dengan ramuan Hak Asasi Manusia, kebebasan berbicara, kebebasan berkumpul dan berpersatuan. Fenomena ini boleh dijadikan sebagai alat oleh negara-negara kapitalis seperti Amerika untuk menekan secara politik dan ekonomi negera kecil seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan Thailand.

Mungkin para pekerja memandang 'Hari Buruh' ini sebagai suatu manifestasi terbelanya golongan pekerja. Namun hakikatnya, konflik pekerja-majikan masih berleluasan di seluruh dunia. Lantas, apakah sebenarnya masalah yang sedang berlaku dan apakah penyelesaian yang tuntas bagi permasalahan ini? Sautun Nahdhah kali ini ingin membongkar ilusi dan penipuan sistem kapitalisme serta kekejaman sistem sosialisme agar para pekerja benar-benar dapat menjadi cemerlang pemikirannya. SN juga akan menggariskan pandangan Islam dalam masalah perburuhan secara ringkas agar dapat menjadi panduan yang sebaik-baiknya dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Diharap ini dapat menjadi pedoman bagi semua pihak termasuk majikan dan para pemimpin agar dapat menjalankan peranan mereka dengan betul dalam merungkai kemelut ini.

Ilusi Kapitalisme
Sistem Kapitalime secara tabi'i akan mengformat sistem ekonomi yang hanya akan menguntungkan kaum kapitalis dan menjaga kepentingan mereka. Pekerja dalam pandangan mereka dianggap sama seperti aset yang lain - seperti mesin yang menghasilkan barang atau perkhidmatan yang boleh dijual-beli. Justru itu, eksploitasi pekerja memanglah merupakan suatu yang wajar dalam pandangan mereka. Upah yang rendah, beban pekerjaan yang berat dan kedudukan tawar-menawar yang lemah adalah antara keadaan yang menghimpit gologngan pekerja. Upah paling minimum akan seboleh-bolehnya diberikan kepada pekerja untuk mereka mendapatkan keuntungan semaksimum mungkin. Bagi golongan kapitalis ini, gaji yang lebih kecil kepada pekerja adalah lebih baik kerana ini mengurangkan kos pengeluaran. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan ' efficiency' bagi mereka. Upah Minimum (Minimum Wage) yang kerap mereka unjurkan sebagai penyelesaian masalah penggajian pada hakikatnya hanyalah sekadar cukup-cukup untuk pekerja tersebut 'hidup'. Hatta bagi seorang graduan baru (bukan upah minimum) pun, dengan gaji sekitar RM1800, hanyalah cukup untuk menyewa rumah, membayar ansuran kereta dan perbelanjaan sehariannya tanpa peluang untuk menyimpan secara konsisten. Manakala bagi seorang juruteknik yang menerima gaji sekitar RM1000 ianya sekadar cukup untuk membayar sewa bilik, ansuran motosikal dan perbelanjaan hariannya. Dalam menetapkan skim gaji pula, para pendokong sistem kapitalisme menjustifikasi skim yang 'sesuai' untuk gaya hidup sesuatu kerjaya; sedangkan hakikatnya, skim tersebut, bagi kebanyakan pekerja hanyalah sekadar 'cukup makan' sahaja.
Sekiranya kita perhatikan, bagi majoriti para pekerja, kenaikan tahunan juga merupakan suatu ilusi. Dari segi angka, memang gaji kelihatan meningkat setiap tahun tetapi jika dibandingkan dengan kenaikan harga barang dan nilai sebenar wang yang kita perolehi akibat inflasi, pada hakikatnya nilai wang yang diperolehi berkurangan. Sebagai perkiraan kasar, katakanlah, gaji seorang kerani yang berpengalaman pada tahun lepas adalah RM1000; tahun ini gajinya naik RM1200 tetapi rata-rata, harga barang meningkat 30% akibat kenaikan harga minyak. Nilai wang gaji kita pada hakikatnya merosot sebanyak 10%, walaupun angkanya RM1200. Realitinya, gaji sebenar ( Real Wages) kita menurun dari tahun lepas!!
Adalah juga merupakan hakikat sistem kapitalisme bahawa penganggur perlu wujud. Jika diperhatikan data-data kesemua negara di dunia, pasti tidak ada satu pun yang mempunyai 0% kadar pengangguran. Sebagai contoh, Afrika Selatan : 31%, Tajikistan, Bosnia, Bangladesh, dan Kenya : 40%, Nepal : 47%, Zimbabwe : 70%. Paling buruk, Liberia dengan kadar pengangguran 85%. Ketika ini, di Indonesia, menurut data BPS (per Okt 2005) angka pengangguran sudah meningkat menjadi 11.6 juta (atau kira-kira 10.82% dari jumlah tenaga kerja). Pusat Penelitian Ekonomi Lembaga Pengetahuan Indonesia (LIPI) dan Institute for Development of Economic Finance(INDEF) menyatakan angka pengangguran yang lebih jauh tinggi daripada laporan kerajaan tersebut. LIPI menganggarkan angka pengangguran mencapai 12.151 juta manakala INDEF pula menganggarkan kira-kira 12 juta hingga 12.151 juta orang. Jumlah ini menunjukkan pertambahan penganggur sebanyak 800,000 hingga sejuta orang berbanding tahun 2005. Jumlah penganggur dikira dari penganggur lama, 11.650 juta orang dan unjuran pertambahan 500,000 orang. Setiap pertumbuhan ekonomi sebanyak 1% dapat menyediakan pekerjaan untuk menyerap 15 juta penganggur. Dengan adanya pengangguran, maka akan terus ada orang yang sanggup bekerja dengan gaji yang amat rendah. Mereka juga menambah bahawa kenaikan harga bahan bakar (BBM) telah mengakibatkan jumlah penduduk miskin mencapai 47.5 juta orang!!! Kenaikan harga bahan bakar ini telah menimbulkan lonjakan inflasi dan menurunnya daya beli masyarakat. Ini adalah contoh dari Indonesia, sebuah negara yang amat kaya dengan bahan galian…ke manakah perginya semua kekayaan tersebut???

Pakar ekonomi kapitalis mengatakan bahawa kekayaan yang ada akan dapat dirasai oleh setiap warga sesebuah negara melalui mekanisma yang dikenali sebagai ' The Trickle Down Effect' (kesan aliran ke bawah). Hakikatnya kesan ini tidak wujud. Apa yang sebenarnya berlaku adalah sebaliknya - kesemua kekayaan mengalir ke atas (bukan ke bawah). Bill Gates sebagai contoh, memiliki kekayaan US$52.8 billion. Dengan kekayaan ini, dia mampu membayar gaji Presiden Amerika, George W. Bush sebanyak US$400,000 selama 132,000 tahun!!! Kekayaannya melebihi bajet tahunan negara Russia. Namun begitu, di manakah kesan kekayaan Bill Gates ini kepada rakyat Amerika yang masih ramai menganggur, tiada berumah dan tidur di jalanan?

Kapitalisme sebenarnya tidak menjadikan urusan jaminan kesejahteraan masyarakat sebagai tanggungjawab negara . Tanggungjawab ini diletakkan di atas bahu pelbagai institusi lain. Hak pendidikan dan kesihatan juga dibebankan oleh negara kapitalis ke atas majikan. Dengan pembatasan tanggungjawab ini sesebuah negara kapitalis itu berfungsi hanyalah sebagai sebuah institusi politik. Kesejahteraan hidup buruh dibebankan kepada majikan, manakala kesejahteraan lapisan masyarakat yang lain dibebankan pula kepada badan-badan kebajikan masyarakat, yayasan dan pertubuhan bukan kerajaan yang bergerak dalam bidang sosial, pendidikan dan kesihatan. Inilah salah satu penyebab kacau bilaunya aturan sosial di dalam sesebuah negara kapitalis; yang akhirnya dengan mudah melahirkan berbagai masalah dan kegoncangan sosial dan ekonomi. Oleh itu tidak hairanlah, dalam sesebuah negara kapitalis itu, kerap berlaku konflik antara buruh dan majikan. Buruh menuntut sedangkan majikan tidak merasakan bahawa itu adalah tanggungjawabnya. Pada hakikatnya kapitalisme memandang bahawa orang yang tidak bekerja itu adalah orang yang tidak berguna kerana tidak menyumbang apa-apa pun kepada sistem. Oleh itu, bagi golongan kapitalis tulen, mereka ini digolongkan sebagai orang yang tidak layak untuk mendapatkan hak; dengan kata lain mereka tidak layak untuk hidup.

Kaum Muslimin yang dimuliakan Allah, inilah sistem yang mendominasi kehidupan kita hari ini. Keselesaan dan kestabilan hidup yang dirasai oleh setiap individu yang hidup di dalam sistem ini hanyalah merupakan satu ilusi dan penipuan....

Kekejaman Sosialisme
Dalam menangani masalah buruh ini, terdapat sebuah lagi sistem yang tidak kurang penting peranannya dalam merosakkan kehidupan manusia. Sosialisme/Komunisme muncul sebagai suatu reaksi dari penerapan sistem Kapitalisme. Kelahiran dua kelas dalam masyarakat - golongan borjuis(majikan) dan proletar (buruh) -dalam sistem Kapitalisme, merupakan mangkin berkembangnya pemikiran ini. Sosialisme menitikberatkan pembelaan pihak buruh atau golongan proletar ini. Sosialisme jugalah yang telah melontarkan konsep yang lebih dikenali dengan keadilan sosial. Konotasi 'adil' di dalam konsep keadilan sosial ini tidaklah membawa maksud Sosialisme itu benar, kerana hakikatnya ia juga merupakan satu sistem yang zalim. Sosialisme sebenarnya tidak menjamin keperluan asas ( primary needs) bagi setiap individu. Mereka hanya cuba menyamaratakan pemilikan. Dalam satu bentuk Sosialisme sebagai contoh, pemilikan barang pengeluaran adalah dilarang sama sekali. Mereka membataskan pemilikan hanya kepada barangan pengguna sahaja. Oleh kerana kurangnya perhatian dalam menjamin penyelesaian keperluan asas, kemerosotan luar biasa tahap kehidupan rakyatnya terserlah. Ini berlaku di semua negara yang menerapkan sistem Sosialisme. Kemerosotan ini termanifestasi pada majoriti rakyatnya, sehingga ada rakyat yang tidak dapat memenuhi keperluan-keperluan asasnya.

Negara China yang menjadi gergasi ekonomi sekarang ini bukanlah pada hakikatnya disebabkan oleh perubahan dasar ekonominya tetapi adalah kerana ramai rakyatnya miskin, hidup melarat, menganggur dan sanggup bekerja dengan gaji yang amat rendah/tiada gaji. Pekerja ini hanya disediakan tempat tinggal kongsi dan diberi makan. Kos buruh yang sangat murah (dalam kata lain, percuma) inilah yang menyebabkan tiada negara yang boleh menyainginya. Kemerosotan tahap hidup ini juga diakui sendiri oleh Khruschev lebih dari sekali. Dia pernah berseloroh di hadapan Presiden Amerika Syarikat, Richard Nixon ketika beliau melawat Russia pada 1959 bahawa Russia akan hanya dapat mencapai tahap kehidupan Amerika dua puluh tahun yang akan datang. Ini dapat dibuktikan lagi dengan penghijrahan rakyat USSR ke Iraq pada tahun 1958, 1959 dan 1960 dalam keadaan yang teruk kelaparan dan mengharap agar mendapat sesuap makanan. Ini semua menunjukkan Sosialisme juga tidak dapat menyelesaikan masalah keperluan asas rakyatnya termasuklah masalah perburuhan. Kesamarataan yang diimpikannya hanya menjadikan rakyatnya miskin dan hidup merana.

Keadilan Sosial
Ketika wujud jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin, di tengah-tengah pertentangan antara kaum pekerja dan majikan, idea-idea Sosialisme seperti keadilan sosial menjadi barangan panas yang dijajakan oleh golongan sosialis. Dalam dunia hari ini, konsep keadilan sosial diwujudkan untuk mengatasi keadaan yang amat mengerikan akibat penerapan sistem Kapitalisme. Dengan kata lain, ia merupakan usaha untuk menampal keburukan sistem Kapitalisme.

Sekiranya kita telusuri konsep ini dengan mendalam dan menyeluruh, kita akan mendapati bahawa ianya bukanlah menjanjikan 'keadilan sosial' yang sebenarnya; malah, secara umumnya, ia mengekalkan kezaliman sistem kapitalisme itu sendiri. Sebagai contohnya, skim pencen kepada pegawai perkhidmatan awam, bonus kepada para pekerja, perkhidmatan kesihatan bagi yang miskin dan pendidikan percuma bagi kanak-kanak yang tidak mampu - semua ini, meskipun membawa konotasi 'adil' namun pada hakikatnya ia tetap mengekalkan kezaliman. Bagi memahami hakikat ini, kita perlu melihat konteks 'keadilan' secara lebih meluas - mengapakah hanya warga tua sahaja yang mendapat pencen dan bantuan sedangkan terdapat ramai yang bekerja namun tidak berkemampuan (serta patut dibantu); mengapa hanya pekerja sahaja yang mendapat bonus? Bagaimana dengan orang yang bekerja sendiri seperti penjual air, penjual goreng pisang dan yang lain-lain? Mengapa perkhidmatan kesihatan dan pendidikan diberikan percuma hanya untuk orang tidak berkemampuan sahaja, sedangkan sepatutnya perkhidmatan tersebut diberikan secara percuma kepada setiap individu. Semua ini menunjukkan bahawa keadilan sosial juga merupakan suatu kezaliman, kerana sesebuah negara itu bertanggungjawab memastikan seluruh rakyatnya, setiap individu, terjamin dalam mendapat perkhidmatan asasi seperti kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan. Tidak kira samada mereka kaya, miskin, kuat atau lemah, mereka semuanya berhak mendapatkannya. Sesebuah negara itu bertanggungjawab menjamin pemenuhan keperluan asas setiap individu rakyat, dan membantu mereka memenuhi keperluan tambahan mereka. Tanggungjawab umum ini adalah untuk setiap individu rakyat dan bukan hanya golongan tertentu sahaja.

Kewujudan konsep keadilan sosial di dalam sistem Kapitalisme pada hakikatnya bertindak sebagai ubat bius agar manusia tidak menyedari akan keburukan sistem tersebut. Ia, pada hakikatnya bertujuan melanjutkan lagi jangka hayat penerapan sistem ini.

Masalah Buruh dalam Islam
Islam sebagai sebuah ideologi yang lengkap mempunyai penyelesaian tuntas bagi permasalahan buruh. Dalam Islam, isu-isu yang berkaitan dengan masalah buruh diperhatikan sebagai masalah hubungan ajir(buruh) dengan musta'jir(majikan).Oleh kerana ia mencakup berbagai aktiviti manusia, maka Islam mengatur hubungan ini dengan hukum-hukum yang berkaitan dengan aqad ijaarah (kontrak kerja) . Jika diperhatikan, Islam pada hakikatnya mengatur kontrak kerja dan kerjasama antara majikan dan pekerja ini supaya bersifat saling menguntungkan. Islam mengatur secara jelas dan terperinci hukum-hukum berkaitan ijarah al-ajir (kontrak kerja). Di antara prinsip asasnya adalah:

i) Perkhidmatan atau produk yang dihasilkan adalah halal,
ii) Ia memenuhi syarat sahnya aqad ijarah, iaitu orang yang membuat transaksi mampu membezakan yang baik dan buruk;
iii) Wajib mendapat keredhaan kedua-dua pihak, tiada unsur paksaan.
iv) Ia mempunyai perincian yang jelas berkaitan bentuk, jenis pekerjaan, masa bekerja, upah dan tenaga yang dicurahkan ketika bekerja.

Ijaarah ertinya adalah 'transaksi atas khidmat atau manfaat(yang dikeluarkan oleh pekerja) untuk memperolehi imbalan berbentuk upah/gaji'. Yang menjadi dasar hubungan antara majikan dan pekerja sebenarnya adalah manfaat/khidmat yang dikeluarkan oleh pekerja. Atas khidmat/usaha/manfaat inilah pekerja mendapat upah. Berdasarkan perkara ini, upah/gaji berbeza mengikut jenis manfaat/khidmat yang diberikan. Bahkan untuk jenis manfaat/khidmat yang sama juga, upah yang diperolehi boleh berbeza-beza kerana pengaruh latar belakang pendidikan, pengalaman bekerja, keterampilan dan lain-lain. Oleh itu, upah/gaji seorang pekerja itu ditentukan oleh kedua belah pihak, iaitu pekerja dan majikan mengikut kesepakatan. Negara yang menjalankan hukum Islam dalam masalah buruh ini tidak campurtangan dalam menentukan saiz upah/gaji atau mengkelaskan jenis manfaat/perkhidmatan yang dikeluarkan. Namun, negara tersebut wajib memastikan semua kontrak kerja dilakukan berasaskan kepada prinsip asas aqad ijaarah di atas. Jika berlaku perselisihan antara majikan dan pekerja, negara boleh campurtangan bagi mencegah berlakunya kezaliman di antara kedua-dua pihak. Kerajaan ini juga boleh membentuk satu badan khas yang menangani urusan akad kontrak kerja tersebut.

Dalam Islam, perkara-perkara seperti perkhidmatan kesihatan, jaminan hari tua, wang gantirugi, penghargaan, pampasan kemalangan semasa kerja, rekreasi, perumahan dan sebagainya bukanlah tanggungjawab majikan. Kewajiban majikan hanyalah membayar upah/gaji tepat pada waktu yang telah dijanjikan dengan jumlah upah yang sesuai dengan kesepakatan yang telah dibuat oleh kedua-dua pihak. Begitu juga hak politik kaum buruh, ia tidaklah termasuk dalam urusan perburuhan, tetapi menjadi hak setiap individu rakyat. Justru itu, bukan hanya golongan buruh sahaja yang berhak bersuara, bersyarikat, berkumpul, mengeluarkan pendapat dan berpersatuan; majikan juga berhak melakukan perkara yang sama. Seluruh lapisan masyarakat sebenarnya berhak melakukan kesemua aktiviti yang disebutkan tadi. Pengaturan sistem Islam dalam urusan perburuhan berpihak kepada kedua-dua belah pihak, pekerja mahupun majikan.

Kesemua perkara yang berkaitan kesejahteraan buruh, hak pendidikan, perkhidmatan kesihatan, jaminan hari tua dan lain-lain adalah merupakan kewajiban dan tanggungjawab negara. Negara dalam pandangan Islam wajib bertanggungjawab ke atas setiap individu rakyatnya, bukan sahaja terhadap para pekerja. Negara wajib melindungi dan memelihara kepentingan serta memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat, samada pekerja, majikan, kaum lemah mahupun kuat, berada atau miskin, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau orang tua yang tenat. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam pernah bersabda yang bermaksud:

"Imam (Khalifah/pemimpin) itu laksana pengembala, dimana dia bertanggungjawab ke atas setiap rakyatnya." [H.R. Bukhari]

Di sinilah letaknya keadilan Islam; hukum-hukumnya tidak hanya berpihak kepada golongan lemah dan miskin atau hanya kaum buruh, tetapi juga terhadap golongan majikan, yang kaya dan yang mampu. Semua lapisan masyarakat memperolehi jaminan keamanan, kesejahteraan dan keadilan. Kesemuanya diperlakukan dan dilayan sama di hadapan hukum Allah. Implikasi yang akan diperhatikan sekiranya sistem Islam dilaksanakan terhadap dunia perburuhan sudah pasti akan jelas berbeza dari keadaan yang kita lihat sekarang. Para buruh dan majikan kedua-duanya mempunyai posisi tawar menawar yang sama dalam membuat transaksi kontrak kerja. Amalan diskriminasi Kapitalisme dalam masyarakat, terutamanya kepada pihak yang lemah akan terhapus. Tiada lagi sikap 'lepas tangan' pemerintah yang biasa diperhatikan di negara-negara kapitalis dalam menjamin keperluan rakyatnya. Tiada lagi isu 'terpaksa rela' dalam bekerja akibat tekanan kehidupan yang amat sangat. Tiada lagi kezaliman ke atas golongan pekerja.

Wahai kaum Muslimin yang mulia!
Kebanyakan masalah dunia yang menjerat manusia hari ini, termasuk masalah yang dihadapi oleh golongan pekerja, muncul akibat dari penerapan sistem Kapitalisme yang cenderung mewujudkan kezaliman dan ketidakadilan. Kemelut permasalahan kaum buruh jelas merupakan manifestasi kerosakan yang dibawa oleh sistem ini. Akibatnya kaum buruh bertungkus lumus berjuang untuk mendapatkan hak-hak mereka yang banyak dirampas oleh golongan majikan kapitalis. Wahai kaum buruh, sesungguhnya segala yang ingin kalian capai terdapat di dalam sistem Islam.

Bukankah keadilan dan kesejahteraan yang ingin dicapai oleh kaum buruh? Bukankah ketenangan dan kesenangan yang ingin dikecapi? Lantas mengapakah sistem Kapitalisme, sistem yang menyebabkan pelbagai ketidakadilan ke atas kaum buruh ini, terus diharapkan untuk menyelesaikan kemelut yang dimunculkannya sendiri?

"Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki? Siapakah yang lebih baik hukumnya daripada Allah, bagi orang-orang yang yakin? [TMQ Al-Maidah 50]

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyediakan bagi umat manusia sebuah sistem yang pasti akan membawa rahmat kepada mereka. Sistem yang secara intrinsik memanifestasikan keadilan dan jaminan kesejahteraan - Al-Islam yang menghidangkan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Justru itu, kembalilah kepada Islam, wahai umat yang diredhai Allah. Kembalilah kepada Islam secara menyeluruh dengan menerapkan setiap aspek hukum di dalamnya; ekonomi, sosial, politik dan yang lainnya. Bagi seluruh umat Islam, termasuk kaum buruh, yang sewajarnya diserukan adalah mengembalikan kehidupan Islam yang telah lama hilang dengan menegakkan Daulah Khilafah Islamiyyah. Seruan da'wah ini hendaklah di dalam bentuk yang telah digariskan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam - seruan intelektual tanpa tindakan fizikal. Semoga Allah menyegerakan kemenangan bagi mereka yang ikhlas menyerukan kepada yang diredhaiNya. Wallahua'lam
posted by jasindaily online @ 9:42 PM   0 comments
Mengenai 5 perkara.....
3 Perkara Yang Elok Disebut
Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.
Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat!!
Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?
2 Perkara Jangan Disebut
Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita ! berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.
Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya.! Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.
Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin..
posted by jasindaily online @ 5:51 PM   0 comments
Tahlil untuk Umno
Umno akan mengadakan satu majlis tahlil dan seluruh pemuda Umno telah digesa agar mengibarkan bendera bagi menandakan ulangtahun ke 60 parti tersebut pada 11 Mei, demikian menurut laporan dalam salah sebuah akhbar utama negara. Berita sebenar sepatutnya berbunyi, " Umno akan mengadakan satu majlis tahlil dan seluruh pemuda telah digesa agar mengibarkan bendera separuh tiang bagi mengingati tarikh kematian Umno tahun 1988.

Timbalan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata bahawa pergerakan pemuda Umno akan menganjurkan kempen menggalakkan anggotanya mengibarkan bendera sehingga 18 Mei. "Kempen ini merupakan simbol kepada penyatuan dan kecintaan kami terhadap Umno, bagi generasi muda, ia merupakan simbol penghargaan kami kepada perjuangan yang tiada penhujung bagi parti terhadap agama, bangsa dan negara,: katanya semasa melancarkan kempen di Pusat Dagangan Dunia Putra minggu lalu.

Pertamanya, Umno bukan berumur 60 tahun. Umno yang didaftarkan pada 11 Mei 1946 telah terkubur sebelum sempat menyambut hari kelahiran ke 42nya. Umno yang ada kini adalah Umno Baru yang dilahirkan selepas Umno diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 dan usianya kini hanyalah 18 tahun. Mungkin dari segi panggilannya masih sama tetapi ia tetap Umno Baru dari generasi kedua. Keduanya, Umno yang baru berusia 18 tahun, sepatutnya meraikan hari lahirnya pada pada 18 Februari, tiga bulan yang lalu dan bukannya pada 11 Mei. Majlis yang sepatutnya diadakan pada 11 Mei adalah majlis tahlil bagi mengingati tarikh kematian Umno asal.

Kita harus ingat bahawa mereka yang berjuang untuk Umno asal, seperti beberapa orang veteran termasuk mereka yang telah menjadi Perdana Menteri negara ini, enggan menyertai Umno Baru dan pada hakikatnya kesemua mereka mati tanpa seorangpun menyertai Umno Baru. Bari mereka ini, mereka tidak menganggap sebagai menyertai Umno tetapi menganggapnya sebagai menyertai parti baru. Mereka ini, seperti bapa kepada Ketua Pemuda Umno Baru, Hisamuddin dan Bapa Merdeka telah menghindari Umno Baru dan menganggapnya sebagai salinan murahan atau cetak rompak kepada Umno yang asal

Kita harus ingat bahawa para veteran Umno, yang termasuk Tengku Razale